"Cover aku, biar aku masuk ke dalam tengok Luqman" arah Raja Maraya.

"Okay, go now!" Rapat rapat Jibrael mengikut jejak langkah Raja Maraya yang berlari ke pintu masuk. Satu tendangan diberi kepada lelaki yang cuba menghalangnya. Tepat di tulang kering. Menyebabkan lelaki itu menggelupur menahan sakit.

"Stay safe, Jade!" Laung Raja Maraya. Melihat lebih kurang dua lelaki lagi yang mahu menyerang Jibrael itu sudah ditembak, Raja Maraya menarik nafas lega. Tetapi tidak sampai disitu sahaja. Kini, wajah Raja Maraya berubah tegang apabila dia berpaling kebelakang.

Buk!

Satu tumbukan menyinggahi wajahnya.

"Nice to meet you, Black Maria" suara seduktif milik perempuan itu bergema di laluan tengah kelab malam yang sedang kucar kacir. Dengan jelas Raja Maraya melihat wanita itu mengeluarkan dagger miliknya. Bersiap sedia mahu menempuh satu pertarungan sengit dengan assassin terkenal itu.

"As your wish, miss.. nobody" entah siapalah wanita ini. Tak pernah pula dia lihat. Raut wajahnya seakan wanita Asia. Mungkin, berasal dari negara jiran.

Raja Maraya langsung tidak berganjak saat wanita itu mendekatinya dengan dagger. Seketika, wanita itu cuba menusuknya. Tetapi lengan yang menggenggam dagger itu dikilas kuat oleh Raja Maraya. Rambutnya dijambak kemas sebelum Raja Maraya menghentak kepala wanita itu ke dinding berkaca di sebelahnya.

PRANG!

Pecah berderai kaca kaca tersebut dek hentakan kuat itu.

Lansung tidak dilepaskan rambut panjang itu. Kali ini, Raja Maraya menarik rambut itu agar mendongak sebelum melepaskan dua tumbukan tepat di atas hidung wanita itu.

Darah likat yang mengalir dihidung cepat diseka setelah tubuhnya dilempar ke lantai.

"Make it quick. I don't have time to play. Get up" arah Raja Maraya. Dagger yang berada di hujung kaki itu disepak ke arah perempuan itu.

Kain gaunnya diselak kebelakang. Mendedahkan kaki jinjangnya sebelum kekuda dilebarkan sedikit. Dua tangan dikepal lalu dilaraskan paras matanya. Ini, namanya sikap pasang untuk seni Muay Thai.

"Bitch" gumam wanita tadi. Dia berdiri, lalu dagger miliknya dicapai. Diputar sekali dagger itu lalu dibaling ke arah wajah Raja Maraya.

Pap!

Dagger itu tertancap di pintu belakang. Saat mengelak balingan dagger tersebut, satu tendangan mengenai dada Raja Maraya, membuatkan dia terpelanting ke dinding. Satu tumbukan hampir melayang ke wajahnya tetapi segera ditahan.

Tangan yang berada dalam genggaman itu dipulas kuat.

"Arghh!" Suara wanita itu menjerit kesakitan. Lagi lagi, apabila Raja Maraya memberi tumbukan padu ke perutnya membuatkan dia mengundur kebelakang sedikit.

"You're so boring. Weak " Raja Maraya menggulingkan matanya ke atas. Tanpa menunggu lama, pistol dihala ke arah wanita itu.

Bang!

"Sepatutnya dari tadi aku bunuh kau. Buang masa aku" cemuhnya sebelum rambut nya dikirai ke belakang bahu. Kaki Raja Maraya segera menapak ke arah bilik VVIP yang masih terkatup rapat. Apa yang terjadi dengan Raja Luqman didalam? Hidup atau mati?

Dang!

Dengan mudah pintu yang terkunci dari arah dalam itu ditendang olehnya. Suasana di dalam begitu tegang. Raja Luqman dan Tengku Haziq sedang mengacu pistol antara satu sama lain. Bertentang mata tanpa berkutik.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now