Hindered Love II

25 6 0
                                    

"Uncle rasa, kamu belum cukup pekak lagi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Uncle rasa, kamu belum cukup pekak lagi. Tinggalkan Sera demi masa depan dia."

Bright termangu.

Dia terkejut dengan pernyataan lelaki tua itu. Adakah kurangnya dia di mata lelaki itu? Bright berfikir diluar kotak.

"Kenapa tiba-tiba aja Uncle halang percintaan kami? Selama ni, Uncle okay aja saya bercinta dengan Sera? Adakah sebab saya orang Thailand, Uncle ubah fikiran?" Soal Bright.

Tuan Jung ketawa sinis. Tak sangka Bright fikir begitu.

"Uncle betul-betul tak kisah bangsa apa yang Sera hendak bercinta. Muslim, Afrika, Kemboja atau lain bangsa. Asalkan, dia ada pekerjaan tetap. Dia kerja kilang kondom pun, Uncle terima dia jadi menantu. Janji duit yang dia hasilkan, bukan dengan cara JUAL DIRI!"

Perkataan Jual Diri, seakan menghempap ke atas dirinya. Nampaknya, Tuan Jung sudah ketahui pekerjaan Bright yang sebenarnya.

Bright ketawa kekok. "Uncle, benda tu Bright boleh explain ---!"

"Uncle tak nak dengar apa-apa alasan keluar dari mulut kamu. Walaupun kamu kerja keras dalam dunia pornstar, tapi Uncle tetap tak nak kamu jadi suami Sera." Tuan Jung menahan rasa. "Mungkin Sera boleh terima kamu jadi suami dia. Sebab dia cintakan kamu. Tapi Uncle tak nak hidup Sera bagaikan kena sumpah. Kamu mungkin tak tahu mendiang Mummy Sera seorang pelacur. Uncle bercinta dengan Mummy Sera walaupun orang sekeliling mengata Uncle. Mengata Sera sebagai anak haram. Uncle sebagai ayah, hati Uncle sakit bila kisah silam mendiang isteri Uncle, Sera yang tanggung akibat. Banyak kali Sera hampir nak diperkosa oleh bekas-bekas pelanggan mendiang isteri Uncle. Masa Sera hampir diperkosa tu, Sera kecik lagi. Umur enam tahun kot."

Tuan Jung menggelap air matanya.

Bila mengingati bagaimana Sera hampir diperkosa oleh bekas pelanggan mendiang isterinya, hatinya terluka. Anak yang dia jaga dari kecil, hampir dirosakkan.

Bright menggetap giginya.

Dia juga rasa sakit mendengar kalimat Tuan Jung. Tidak banyak Sera ceritakan tentang dirinya atau keluarga. Bahkan gadis itu sedikit pun tidak menceritakan perihal Sang Ibu. Banyak cerita kenangannya bersama Tuan Jung sahaja.

"Kudrat yang tak seberapa ni, Uncle jaga Sera. Uncle lindungi Sera walaupun banyak kali Uncle sakit. Tapi Uncle nak Sera bahagia dengan lelaki yang tepat."

Tuan Jung mencapai tangan kanan Bright lalu menggenggam dengan erat. "Uncle tak kata kamu jahat, Bright. Sumpah atas nama Tuhan, Uncle suka bila kamu dengan Sera bersatu. Cuma Uncle nak kamu tinggalkan Sera. Sera tak layak untuk kamu dan kamu pun tak akan pernah layak untuk Sera. Uncle tak nak Sera rasai benda ni sekali lagi. Kamu mungkin akan tinggal dunia lucah kamu tu. Tapi orang dekat luar, masih ingat dengan adegan kamu walaupun kamu dalam liang lahad. Nak ke orang-orang gatal ni usik isteri kamu? Nak ke orang-orang macam tu, usik anak perempuan kamu?"

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Aug 09, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Social MediaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora