Jealous!

24 7 0
                                    

"Aktiviti korang kali ni berpasangan. Lelaki dan perempuan. Jadi saya bagi masa lima minit untuk pilih pasangan." Kata Prof Kim sebelum meniup wisel supaya kesemua pelajar bertindak dengan lebih pantas.

Sera sudah bingung hendak memilih siapakah yang menjadi pasangannya kelak.

Takkan dia hendak pilih Jimin?

Ah, bukan suatu pilihan yang tepat! Tak memasal Jimin ajak beromen pulak kalau berdua dengan lelaki itu.

Tatapan Sera beralih ke Taehyung dan Vernon yang saling bertekak. Kes berebutkan Emma Kim.

"Buto kaulah, Mulut Petak! Aku yang ajak Si Emma dulu. Kau apahal mencelah ni, sial? Kau pergi berambuslah!" Bentak Vernon dengan nada tidak suka.

Jika dia lebih awal, mungkin juga Emma akan memilihnya kerana gadis itu juga seakan bingung untuk mencari pasangannya.

Taehyung senyum benci. "Benon, kau tu muda tiga tahun dari aku. Jangan melawan cakap abang kau ni. Kau cari je la perempuan yang lagi muda dari kau. Emma tu sebaya dengan aku. Jadi bagi peluang je la Hyung kau ni. Tu, Danbi sorang tu. Kau ajaklah dia." Sempat lelaki itu menunjuk ke arah Danbi yang seakan 'lost' mencari pasangannya.

Vernon memandang Danbi sekilas sebelum mencebik.

"Benon nenek kaulah! Sebut elok-elok sikit nama aku tu. Karang tak berzuriat aku kerjakan! Kau tak payah panjang ceritalah. Emma tu, aku punya."

"Tak ada tulis pun nama bapak kau dekat nama Emma!"

"Noona nak join saya tak?" Ajak seorang lelaki dengan nada lembut.

Emma diam terpaku. Ianya Changbin.

"Okay." Terus Emma berjalan beriring bersama dengan Changbin. Daripada dia mendengar dua ekor beruk itu bergaduh, lebih baik dia pilih sahaja Changbin.

Taehyung dan Vernon masing-masing mengunci mulut.

Namjoon mengukir senyuman sambil menghulurkan tangan ke arah Danbi. "Jadi partner Oppa?" Ajak Namjoon dengan nada romantis.

Danbi hanya mengangguk sebelum tubuhnya didakap oleh Namjoon.

Para gadis rata-rata jijik melihat aksi Danbi yang berpelukan bersama lelaki idaman mereka.

Sera hanya memerhatikan Namjoon dan Danbi. Entah mengapa hatinya seakan sakit melihat adegan ini.

Nak pula, hubungan Sera dan Bright kurang baik semenjak dua menjak ini. Asyik bergaduh sahaja. Kadang, Bright tiada tanda-tanda hendak memulihkan hubungan mereka. Biarkan Sera terkontang-kanting sendirian.

Jadi mungkinlah asbab dirinya berasa sakit melihat hubungan Danbi dan Namjoon yang seakan tiada masalah itu.

"Noona, jom kita jadi pasangan. Saya ni tak tahu nak pilih siapa dah. Perempuan dekat sini semuanya select." Pinta seorang lelaki dengan nada rendah diri.

Perhatian Sera terus ke arah lelaki ini.

Perhatian Sera terus ke arah lelaki ini

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Social MediaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora