Flirty

25 9 1
                                    

Sera sedikit tergamam saat Namjoon hadir ke rumah agamnya pada jam pukul dua belas tengah malam.

Mujur Tuan Jung tiada kerana ke Jepun semalam. Jika tidak, mesti ayahnya ini akan menyoal jawabnya lagak seorang Inspektor!

Namjoon berdehem tatkala terlihat paha Sera yang putih gebu itu. Tiada sebarang cacat cela pada paha yang dia tatapi tadi.

Sepantas kilat dia melihat Sera semula. Sia-sia aja pipinya nanti ditampar oleh gadis itu!

"Kenapa awak datang rumah saya malam-malam ni?" Soal Sera sedikit ketawa kecil.

Terkejut juga dengan kehadiran Namjoon di sini.

Namjoon pula senyum malu sebelum menggaru belakang kepalanya. "Maaflah kalau menganggu tapi saya ada hajat nak disampaikan. Terpaksa saya datang sini memalam buta." Namjoon berdehem lagi. "Malam esok, saya nak jemput awak datang ke rumah saya. Saya ada buat parti sikit. Jangan risau, inu just parti biasa aja. Saya dengan abang saya handle esok majlis tu. Kalau awak tak keberatan, awak datanglah esok." Jawab Namjoon dengan nada lembut.

Kad undangan bertukar tangan.

Sera mengusap sedikit dagu runcingnya. Seakan memikirkan sesuatu.

Matanya tertacap ke arah kad undangan pemberian Namjoon sebentar tadi.

Kemudia mata hazel Sera menatap Namjoon pula.

"Okaylah. Malam esok saya datang rumah awak."

"Thanks. Saya harapkan kedatangan awak, Sera." Untuk kali ketiga, Namjoon berdehem kecil. "Okay, saya tak nak buang masa awak. Saya balik dulu, ya? Good night!" Namjoon melambai kecil tangannya ke arah Sera sebelum beredar.

Sera juga membalas lambaian dari Namjoon. Matanya hanya melihat Namjoon menghilangkan diri bersama pemandunya.

"Comel betul perangai." Ujar Sera tanpa sedar.

×××××××××××××××××××××××××××××××××××

Danbi mengeluh kecil tatkala melihat kehadiran Namjoon pada malam buta sebegini.

"Party? Mummy Oppa tak marah ke Oppa buat party macam tu?" Soal Danbi sebelum menyisip kopi panas yang sebentar tadi dia bancuh.

Namjoon turut menyisip minuman buatan kekasihnya itu. "Sebab Mummy tak adalah kami buat party. Alah, bukan liar pun party kami. Just makan, minum dan dengar lagu. Bi nak join ke?" Soal Namjoon berbalas soalan.

Mata Namjoon melihat juihan mulut Danbi yang menunjukkan ke arah Puan Yu yang sedang tidur.

"Macam manalah Bi nak pergi kalau orang tua ni ada? Lainlah dia dah 'kiok'."

Terus Namjoon menggaru kepala yang tidak gatal. Dia lupa pula yang teman wanitanya ini menjaga neneknya yang sedang uzur.

"Bi tak nak pergilah. Maaf ya, Oppa."

"It's okay." Jawab Namjoon tersenyum kelat.

×××××××××××××××××××××××××××××××××××

Keesokan Pagi.

Nami, Jimin dan Hana.
Hanya mereka bertiga sahaja berada di mall untuk membeli pakaian sempena majlis Namjoon pada malam ini.

Taehyung tidak turut serta bersama mereka untuk membeli-belah. Siangnya dia sibuk bagi babi makan. Ibu Taehyung seorang jutawan penternak babi yang berjaya. Jadi Taehyung buat kerja part time jadi tukang bagi babi makan sementara menunggu semester mereka tamat.

Tetapi pada malam hari, Taehyung akan hadir ke majlis itu bersama mereka.

Hanya Jimin dan Hana sahaja ke kedai pakaian berjenama sementara Nami pula ke atas rooftop. Tengah hisap rokok!

Social MediaWhere stories live. Discover now