Twitter

62 10 2
                                    

"Kau serius ke ni? Haih, nampak aja Prof Ji ni baik. Rupanya setan." Danbi ketawa mengekek.

Tidak sangka video asmara pensyarah mereka bersama seorang remaja sekolah tinggi tersebar luas di seluruh kolej. Tidak lama lagi, satu dunia akan tahu kebusukkan Prof Ji.

Danbi mulai duduk. Jam menunjukkan lapan sebelas pagi. Berbaki beberapa puluh minit lagi sebelum kelas mereka bermula.

Hanya Sera dan Danbi sahaja berada dalam kelas. Disebabkan kelas bermula jam sembilan pagi, jadi tiada sesiapa yang akan datang seawal ini selain daripada Danbi dan Sera.

"Semalam syok pergi dating?" Soal Sera berbalas soalan. Sengaja dia mengubah topik perbincangan mereka.

Dia malas mahu mengulas lanjut perihal Prof Ji. Bukan penting pun!

Danbi menyandarkan tubuh ke kerusi.

Kulit putih kuningnya sedikit kemerahan atas faktor cuaca yang panas dan juga riak malu. Bibir merahnya juga tersenyum kecil.

"Gila tak seronok? Semalam satu Seoul Namjoon bawak aku berjalan. Apa yang aku nak, dia tunaikan. Semalam pun mak Namjoon ikut serta kami. Panjang kami berborak."

"Untunglah direstui. Jarang orang tua tu nak restui hubungan Namjoon dengan orang lain. Kira kau ni bertuahlah, ya?"

Danbi senyum kian melebar. "Nak dapat restu, kenalah pandai ambik hati bakal mak mertua." Gadis itu kemudiannya berdehem kecil. "Kau tak nak try ke abang tiri Namjoon? Good-looking jugak orangnya."

"Siapa?" Soal Sera berkerut kening. Kemudian dia tertawa kecil. "Seokjin Sunbae? Sorry, aku tak berkenan. Hati aku untuk Bright sahaja." Kata Sera dengan senyuman angau.

Ligat otaknya memikirkan sang kekasih yang datangnya dari Thailand.

Menjalinkan hubungan cinta berjarak jauh sangat rumit namun hubungan kedua mereka ini bertahan selama tiga tahun.

Namun tidak pada Danbi. Malahan dia mencebik bibir. "Bercinta dah bertahun, bilanya dia nak datang sini jumpa engkau?"

"Minggu depan dia datang sini. Katanya nak minta izin dengan family aku."

"Minta izin untuk?" Soal Danbi pula. Riak wajahnya seakan berminat.

Sera menguntum senyuman malu. "Bright ajak aku bertunang. Sekarang dia tengah kumpul duit untuk beli cincin pertunangan. Dah alang tu, nak bincang sekali pasal perkahwinan dengan Daddy aku. Kalau tak ada aral melintang, tahun depan kami kahwin terus lepas aku habis Diploma ni."

Tidak sempat Danbi membuka mulut, ketibaan Nami and the gang mulai masuk ke dalam kelas.

Seketika kelas menjadi sunyi.

Nami mulai duduk di kerusi paling belakang. Manakala kedudukan Sera dan Danbi berada di tiga baris meja hadapan Nami and the gang!

"Main golf pun macam kayu. Tak payah mengajak aku pergilah, baruah." Mukadimah 'sopan' dari Park Jimin memecah kesunyian kelas ini.

Nami mencebik bibir. "Okaylah kayu golf aja yang terbang. Pakcik sebelah aku lagi rare. Dia pergi tendang terus bola golf tu. Yang sialnya bola tu masuk dalam lubang, anjay!"

"Malam ni kita karoklah. Bosan pulak tengok padang golf hari-hari. Tak pun kita main game aja dekat kedai Hana. Abang kau ada bukak Cyber Cafe, kan?" Soal Taehyung menyenggol bahu Hana.

Gadis itu mengangguk kecil. "Daftar ahli, dua puluh ringgit. Korang dapat kad ahli dengan jajan percuma. Rugi tak pergi." Alang-alang Taehyung petik nama kedai abangnya, alangkah indahnya juga dia promosi kedai milik abang sulungnya.

Social MediaWhere stories live. Discover now