Beg pakaian di keluarkan dari bonet kereta. Kami menapak masuk ke dalam bangunan dan menghampiri meja reception yang ada di lobi itu. Semetara menunggu Uda dan Izzat mendaftar masuk, aku dan Elisya melabuhkan duduk di sofa yang telah disediakan.

"El, lepas ni bolehlah kita jalan-jalan ambil gambar banyak-banyak". Ujar ku.

"Mesti.. aku dah prepair tau baju untuk ootd nanti. Bukan senang aku nak datang sini"Elisya turut teruja untuk menjelajah bumi German ini. Mana tidaknya, negara inilah yang menjadi impian kami untuk meneroka.

Aku menyukai negara German ini lebih kepada struktur binaannya, sunguh klasik. Pernah aku memberithau Elisya bahawa suatu hari nanti, aku ingin mempunyai rumah sendiri yang struktur binaannya sama seperti bangunan di German.

"Okay.. jom kita naik"ajak Uda sambil memegang kad kunci di tangannya.

Kami menyusuli Uda naik ke tingkat 3 menggunakan lift. Izzat juga turut sama naik ke atas bagi membantu mengangkat beg pakaian. Berguna juga kawan Uda ni.

"Uncle, uncle kawan uncle Uda ke?"tanya Dyan. Dari tadi lagi dia asyik memerhati Izzat yang membantu mengangkat beg pakaian aku dan Dyan.

"Yup. Uncle pun kawan Daddy Dyan juga"jawab Izzat menunduk memandang Dyan.

"Uncle tahu tak mana Daddy Dyan?"soal Dyan spontan. Terkejut Izzat mendengar pertanyaan Dyan. Izzat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu macam mana untuk menjawab pertanyaan Dyan.

"Dyan.. kenapa tanya soalan macam tu dekat uncle"tegur aku.

"Dyan nak jumpa Daddy"kata Dyan polos.

"Eh! Tak apalah Vy. Biasalah budak-budak. Dia rindu daddy dialah tu"kata Izzat cuba mengawal suasana yang janggal.

Pintu lif terbuka memandakan kami sudah tiba di tingkat 3. Kami menapak mencari nombor bilik. Setelah sampai di hadapan bilik, aku dan Uda menolak masuk beg pakaian ke dalam. Dyan yang gembira, berlari girang di dalam rumah itu.

"Dyan! Hey! Jangan berlari"larang aku. Tetapi teguran aku manalah didengarinya apabila dia sudah terlampau teruja.

"Thanks bro"ucap Uda kepada Izzat setelah menolak masuk kesemua beg pakaian ke dalam rumah.

"No hal. Esok jangan lupa. Kita ada kerja"Izzat memperingati rakannya itu. Nampak sangat sering terlupa bila ada tugas.

"Iya.. kau ni. Macamlah aku selalu lupa".

"Memang selalu pun. Dah lah aku balik dulu. Apa-apa contact je aku. Budak-budak lain pun ada"Izzat meminta diri. Sempat dia melambai ke arah Dyan sebelum dia menapak pergi dari situ.

"Yayang!"sahut Uda memanggil isterinya sambil kakinya menguak langkah ke arah bilik.

Aku awal-awal lagi sudah meneroka seluruh rumah. Boleh tahan besar juga rumah ni. Ada dua bilik tidur. Cukuplah untuk kami berlima. Uda dan Elisya aku biarkan mereka tidur di bilik tidur utama. Manakala aku dan Dyan akan tidur di bilik lagi satu.

Aku menjengah ke bilik tidur. Melihat Dyan yang terlompat-lompat di atas katil aku biarkan. Nanti bila dah jatuh pandailah dia nak berhenti. Langsir aku tolak. Permandangan luar bilik sungguh menarik perhatian aku. Cantik sungguh. Aku bersyukur dapat menjejakkan kaki di bumi German. Kalau tidak kerana Uda yang ada tugas di sini memang tidak merasalah aku untuk menghirup udara di German. Itupun Elisya yang beriya mahu aku menemaninya.





Uda membawa kami ke restaurant untuk makan malam. Kami hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke restaurant kerana tempat penginapan aku berhampiran dengan restaurant yang halal. Bukan restaurant sahaja yang dekat, kedai-kedai yang lain pun hanya berhampiran sahaja. Habislah duit aku nanti.

"Dyan, sit properly"tegur Uda apabila melihat Dyan yang begitu teruja. Dyan turut dan duduk dengan sopan.

"Lepas ni nak pergi mana?"tanya Elisya sambil menyua makanan ke mulut.

"Pergi grocery. Cari barang rumah sikit. Nanti bila saya tak ada senang yayang dengan adik nak masak"jawab Uda.

Aku hanya mendengar sahaja perbualan Uda. Tangan aku ligat membantu Dyan untuk makan.

"Adik"panggil Uda.

"Ya"jawab ku ringkas.

"Esok jangan mengada nak keluar sendiri. Nanti hilang susah"pesan Uda. Awal-awal lagi sudah memberi aku amaran.

"Iya.. Uda ingat adik ni suka pergi mana-mana tak bagitahu ke?".

"Eh! Kau dah lupa? Dulu kau je yang selalu buat masalah. Keluar tak pernah nak bagitahu orang"herdik Uda.

"Ya lah, yalah. Ish! Kisah lama tak payah lah ungkit". Kesal aku bila Uda membuka kembali kisah lama dimana itulah kali pertama aku bertemu dengan Daren Emeir.

"Kau yang buat aku ungkit cerita lama"kata Uda kemenangan. Dia tersenyum bangga.

Elisya tergeleng kepala melihat pergaduhan dua beraadik itu. Sehari kalau tak bertekak memang tak aman hidup mereka. Tapi, dalam bertekak tu, mereka tetap prihatin antara satu sama lain.



Bersambung...

Avyren [✔️]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن