"Aku nak kau jauhkan diri kau dari dia!"baru sahaja dia mahu membuka mulut, suara dari dalam talian terlebih dahulu memberinya amaran.

"Huh! Kenapa? Kau takut perasaan dia beralih dekat aku?"sinisnya. Suara didalam talian terus diam. Mungkin terasa dengan apa yang dikatakannya.

"Avyren? Hebat betul nama tu. Tapi, kau belum tentu hebat untuk menandingi aku Avyren. Atau lebih elok aku panggil kau... Daren Emeir"provoknya angkuh.

"Kau jangan dekat dengan isteri akulah!!!".

"Boleh.. aku boleh turuti permintaan kau tu. Tapi, kau kena tonjolkan diri kau dulu. Sudahlah tu bersembunyi Daren. Aku tak bodoh macam Yunus. Lebih cepat kau keluar dari tempat persembunyian kau, lagi cepat kau boleh dapatkan isteri kau. Itu pun kalau dia tak jatuh dalam penjara aku"sinisnya lantas mematikan panggilan begitu sahaja.

Kedua tangan di tongkat kebelakang dan badannya di sandarkan sedikit. Kornea matanya tajam memandang ke arah dinding yang di penuhi dengan Gambar Daren Emeir dan Avyana Estella. Boleh dikatakan hampir kesemua gambar itu adalah gambar yang di ambil secara senyap.

"Aku tunggu kau tonjolkan diri Daren. Dan aku akan buktikan dekat kau yang aku ni lebih hebat dan lebih terbaik dari kau!". Dia tertawa besar. Tidak sabar untuknya menunggu kejatuhan seorang perisik terhebat iaitu Daren Emeir.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku duduk di atas bangku di dalam bilik pakaian aku sambil mengisi baju yang perlu aku bawa. Tika itu, Dyan datang menghampiri aku sambil memeluk bantal peluknya.

"Mummy, kita nak pergi mana?"tanya Dyan memanjat bangku kecil yang ada disitu.

"Kita akan pergi holiday.. suka tak?"tutur ku girang. Laju Dyan mengangguk dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Pak lang itut?".

"Pak lang tak ikut. Paklang ada kerja sayang. Tapi, Uncle Uda dengan Aunty El ikut"jawab ku.

"Yeay! Baby Mina pun ada!"Dyan melompat girang. Suka benar dia kalau berjumpa dengan sepupunya itu. Sedangkan, sepupunya itu baru berusia 6 bulan.

Bibir aku mengukir senyum melihat Dyan gembira. Entah kenapa hati aku tiba-tiba tersentuh apabila melihat Dyan. Alangkah indahnya jikalau Daren ada disisi. Pasti keluarga kecil aku sudah lengkap.

Rasa sedih itu cepat-cepat aku hapus apabila Dyan menoleh ke arah aku. Tangan aku ligat memasukkan baju ke dalam beg pakaian. Satu persatu aku susun kemas. Aku tidak membawa baju terlalu banyak kerana percutian ini hanya satu minggu sahaja. Dekat sana nanti sudah pasti akan membeli pakaian baru.

Seusai itu, aku membawa beg pakaian aku keluar dari bilik pakaian lalu aku letakkan di tepi dinding untuk memudahkan aku membawanya keluar esok. Setelah itu, aku dan Dyan menapak keluar dari bilik aku ke bilik Dyan bagi mengemas pakaian Dyan untuk di bawa bercuti.

"Okay, which clothes do you want to bring?"tanya ku pada Dyan.

Dengan pantas Dyan menapak ke bahagian pakaiannya dan mengeluarkan beberapa pasang baju dan seluar lalu di berikan kepada aku.

"Dyan.. baju ni tak perlulah bawa"kata ku apabila melihat baju yang di hulurkan oleh Dyan itu.

"Tapi ni kan baju Daddy"kata Dyan. Aku menarik senyum tipis dan menghela nafas berat. Dyan ni, kalau pergi bercuti mahupun pulang ke kampung, pasti dia akan membawa baju milik Daren. Boleh dikatakan baju itu dah macam bantal busuk dia. Nak dicuci pun dia akan tunggu dihadapan mesin basuh sampai baju tu selesai dicuci.

"Okay, okay. Mummy simpan baju di dalam beg ni okay?"aku memasukkan baju itu ke dalam beg galas milik Dyan.

Selesai sahaja mengemas pakaian milik Dyan, beg itu aku tolak dan aku letakkan di samping pintu. Anak mata aku memandang jam dinding yang ada di dalam bilik itu. Jarum sudah menunjukkan pulul 11 malam.

"Okay Dyan, now is your sleep time. Come. Esok nak bangun awal"aku membawa Dyan naik ke katilnya. Dyan kini sudah dapat tidur sendiri. Walaupun kadang-kadang itu dia akan menangis mahu tidur bersama aku.

"Good night sayang. Sleep tight"selimut aku tarik menyelimuti tubuh kecil Dyan. Dahinya aku kucup dan lampu tidur aku pasang. Dengan pantas mata Dyan sudah pun layu. Penat sangat agaknya. Tambahan pula, sudah lepas waktu tidurnya.

Aku melangkah keluar dari bilik Dyan sambil menutup suiz lampu terus bilik menjadi gelap. Hanya biasan cahaya dari lampu tidur sahaja yang menerangi bahagian katil Dyan. Daun pintu aku katup perlahan. Dan kaki aku atur ke bilik.





Bersambung...

Sorry guys kalau chp ni berbelit. Actually author dah lupa dah macam mana nak menulis.

Avyren [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora