"Memang sengaja kan sakitkan hati saya macam tu" mukanya berkerut. Tidak mahu dia menjawab pertanyaan Qayla. Malas ingin mengenangkan peristiwa yang sudah lama.

Masing-masing dihamburkan tawa.

Alangkah bahagianya jika dari dulu lagi Qayla sendiri yang membuat 'first move'. Pasti sekarang dia tidak perlu merahsiakan pertemanan ini dari sesiapa pun. Lebih-lebih lagi daripada Arissa.

ARISSA setiap hari mencarinya selepas waktu sekolah semata-mata ingin mendapat tahu aktiviti seharian Danish didalam kelas. Jika dia tidak mahu memberitahunya, Qayla pula yang dihina seakan-akan itu kesalahan yang berat.

'Tak guna!'

'Tak reti buat kerja ke?!'

'Benda mudah pun susah nak dibuat ke?!'

Arissa mulai berubah sejak beberapa hari lepas. Telinganya hanya dipenuhi makian yang keluar dari mulut Arissa. Mengapa?

Mahu tidak mahu dia harus menceritakan saja segala hal tentang Danish alang-alang sememangnya mereka rapat.

Akan tetapi Qayla tetap merahsiakan pertemanannya dengan Danish.

Berharap semoga Arissa tidak tahu tah perkara ini.

Pernah juga sekali, Qayla bingung mahu menceritakan perkara apa tentang Danish. Kesemua aktivitinya berjalan seperti biasa sahaja. Namun masih juga dipersoal Arissa.

"Itu aje?!" lantang Arissa menjerit dihadapan muka Qayla.

"Aku tak percaya itu aje! Mesti ada apa-apa yang lain kan? Kau cakap dengan aku perempuan mana yang menggedik dengan dia dalam kelas?"

"Cakap!" tangannya menolak Qayla ke dinding.

Mata Qayla mulai berair kerana digertak sebegitu. Sudah tidak tahan lagi matanya mahu menampung air mata yang sejak dari tadi ditahan.

"Percayalah cakap aku.. memang itu aje. Dia macam biasa, cuma berbual-bual dengan Mikail.." Qayla menelan air liur.

Sememangnya benar hanya Mikail saja rakan yang kerapkali Danish berbual bersama. Sedikit pun dia tidak tipu.

Lama Arissa merenung wajah Qayla dengan penuh rasa tidak puas hati. Tangan Arissa dari tadi masih tidak lepas dari memegang kuat bahu Qayla.

Selagi dia masih tidak percaya kata-kata Qayla, selagi itulah dia mahukan Qayla dalam kesakitan.

"Demi apa kau buat macam ni Arissa? Sebab jantan kau sanggup buat orang lain macam ni ke?" perlahan suara Qayla menanyakan soalan pada Arissa.

"Aku dah bercakap jujur dekat kau kan. Itu aje. Dah hari-hari kau tanya aku soalan yang sama. Kau nak expect aku ikut saja dia pergi kemana-mana ke?" matanya tepat memandang Arissa.

Suasana menjadi sepi.

Sophia sepatah pun tidak berbicara sejak awal tadi. Dengan rasa kasihan kepada Qayla, perlahan-lahan Sophia mula menarik Arissa kebelakang.

Bahu Qayla dilepaskan. Arissa masih tidak menjawab selepas ditengking Qayla tadi.

Tangannya kini sibuk membetul-betulkan tudungnya.

"Fine!"

"Tapi kalau aku dapat tahu sendiri ada sesuatu yang lain dengan apa yang kau beritahu dekat aku. Kau akan dapatlah nasibnya. Aku cari kau sampai lubang cacing!" ugut Arissa lalu pergi bersama Sophia meninggalkan Qayla.

Qayla hanya menggagahkan dirinya untuk masih kekal berdiri. Untung saja van sekolahnya langsung tiba. Cepat-cepat dia naik kedalam van tanpa melihat kiri kanan lagi.

SEDANG dia melayankan angin dari tingkap van, luarannya sememangnya terlihat tenang. Namun dalam fikirannya hanya dia saja yang tahu.

"Kenapa macam ni pula jadinya.. kalau dia sendiri tau aku rapat dengan Danish macam mana? Entah-entah bukan setakat bahu aku saja dia cengkam, mungkin dia terus tikam aku aja lepas ini. Takutnya.." bermacam-macam suara yang bermain didalam kepalanya.

"Tolonglah.. jangan ada mulut-mulut yang memberitahu dia tentang aku dan Danish."

Saya tidak tenang.

Perkara semakin lama semakin menyerabutkan kepalanya. Qayla yang kena mengalah dengan Arissa atau apa sekarang?

Sekarang Qayla mahu menyesal juga sudah terlambat. Dia sudah menjadi sasaran Arissa juga sekarang. Entah kenapa Arissa kini mulai baran dengannya.

Dia sama-sekali tidak pernah memberontak. Hanya diikutkan saja kehendaknya.

Atau dia sudah tahu yang Qayla juga rapat juga dengan Danish? Bagaimana pula? Siapa yang beritahu Arissa?

Ataupun rakan sekelasnya yang lain? Dia dan Danish hanya rapat didalam kelas. Siapalah yang sesuka hati sahaja menyebarkan berita tentangnya itu!

Qayla harus cari tahu..




You're Mine?Where stories live. Discover now