Berat mulutnya ingin melontarkan kata. Masih lagi dia rasa ingin berpatah balik tetapi sudah terlambat.

"Ye cik adik? Nak jumpa saya ke?" ujar Danish yang sedang memandangnya.

"Saya.... saya nak mintak nombor awak boleh?" menggenggam tangannya yang menggigil.

Tercekik Danish yang baru sahaja sesudu nasi goreng dikunyahnya tadi. Aku mimpi ke? Dia.. nak minta nombor aku? Aku?

"Awak.. Qayla kan?"

"Awak yang mesej saya masa tu kan?" terbatuk-batuk Danish sambil menanyakan bertubi-tubi soalan.

Qayla mengangguk-angguk kepala. Lemah kesemua tubuh badannya.

"Mamat ni dah 'block' aku. Dia buat-buat lupa ke apa?" rungut Qayla sendirian.

"Minggu lepas saya ada hantar satu mesej lagi pada awak, tapi awak tak balas sampai sekarang. Kenapa 'block' saya?" matanya berkeliaran tidak mahu memandang wajah Danish.

"Sini telefon awak.." sambil menghulurkan tangan kirinya yang masih bersih.

"Saya tak 'block' awak pun. Saya tukar telefon dan nombor baru. Ada banyak nombor yang hilang.. awak mesej saya dulu, nanti saya balas. Okey?" sambil dia menekan-nekan nombor dan menyimpan nombornya dalam telefon milik Qayla.

"Okey." jawab Qayla ringkas. Tak fasal-fasal dia berfikiran negatif kepada Danish. Sekarang dia malu.

Dia tidak menyangka yang dia dapat berbual dengan Danish secara depan-depan sebegini. Akan tetapi satu badannya habis seram sejuk. Takut punya fasal. Gementar punya fasal.

"Sudah..." ujar Danish sambil menghulurkan telefon itu kembali. Qayla mengambilnya.

"Itu aje? Tak nak benda lain?" tanya Danish.

"Benda lain?" berkerut dahinya selepas soalan itu sampai ke telinga Qayla.

"Iya.. benda lain. Atau... nak hati saya?" mendagu sambil memandang wajah Qayla yang semakin merah.

Tidak sempat Qayla menjawab kerana beberapa orang rakan Danish telah menghampiri mereka. Cepat-cepat Qayla melarikan diri keluar dari situasi genting itu.

Fikirannya cuma ingin mendapatkan nombor dan selesai kerjanya. Upah dapat, nombor telefon Danish juga dapat!

Tetapi lebih lagi dia fikirkan tentang soalan terakhir Danish yang amat menarik hatinya. Tak akanlah seseorang seperti dia akan sukai aku. Aku biasa-biasa tidak seperti perempuan lain.

"Kenapa.. aku rasa perasaan ni?" membayangkan wajah Danish yang tadinya asyik memandang dia. Pipi Qayla yang ranum tambah merah menyala.

KEESOKAN harinya, muncullah Arissa dan juga Sophia dihadapan pintu kelas Qayla.

Arissa memanggil Qayla kesana. Cepat-cepat Qayla menuju kesitu.

"Dah dapat?" teruja nada Arissa.

"Sudah.."

"Ni nombor dia.." Qayla memberikan mereka kertas koyakan kecik yang tertulis nombor telefon Danish disitu.

Melompat-lompat kedua-dua gadis itu dihadapannya. Teruja benar. Sudah semestinya mereka akan terus cuba berhubung dengan Danish selepas pulang dari sekolah.

"Bagus lah awak ni.. jadi seperti yang kami janjikan..." Sophia menghulurkan wang RM 50.

"Ambil ni. Cukup ke? Kalau rasa tak cukup, saya boleh bagi lagi, tapi.."

"Takkanlah dapat free aje, kan?" kata Arissa sambil mengangkat keningnya.

Qayla bingung. Apa lagi yang mereka mahukan?

"Awak jadi orang tengah saya, boleh? Tengok-tengokkan Danish untuk saya. Perhatikan siapa dia kawan, dengan siapa dia berbual.."

"Saya?" ternganga mulutnya selepas Arissa memberikannya arahan lagi.

"Ya.."

"Tengok dari muka awak, macam saya boleh percaya. Tak akanlah awak ada perasaan dengan Danish kan?" anak mata Arissa melihat Qayla dari atas hingga bawah. Penampilan Qayla yang tidak seberapa, pasti Danish tidak tertarik kepada perempuan ini.

Qayla menjadi orang tengah?

Bagaimana pula dengan perasaannya yang telah dia pendam terhadap Danish.

Pasti ada cara lain!

Lagipun jika dilihat, Danish nampak selesa dengannya. Mereka berdua pun sudah saling mengenali berbanding dengan Arissa.

Wang yang tadinya dia terima digenggam kuat. Geram hatinya.

"Baik.. saya terima" keputusan Qayla disaat akhir.

Kedua gadis itu melangkah pergi. Perlahan-lahan hilang dari pandangan Qayla.





You're Mine?Where stories live. Discover now