∘°∘38∘°∘

Start from the beginning
                                    

"So, Airis. Ehem.. do you want to be my love of my life?" lamarnya membuatkan Aisyah terpana. Aisyah memandang ke arah Tok Ma dan yang lain. Ini kalau bonda tahu.. habis dia!

"Encik Dani.. boleh bagi saya masa untuk fikir semua ni? Dan.. kalau betul Encik Dani ikhlas nak peristerikan saya, datang jumpa bonda saya." balasnya lembut.

Aryan mengukir senyuman manis, awal lagi dah dapat greenlight. Iris matanya merenung ke dalam anak mata coklat cair milik Aisyah. Matanya sempat menangkap parut kecil yang terhasil di dahi Aisyah.

"Kalau esok saya jumpa bonda awak, boleh? Sebab saya nak hantar rombongan meminang esok," bicaranya teruja, Aisyah terkejut hebat.

Biar betul mamat ni?!

"Err.. Encik Dani.. awal sangat ni," tegurnya. Senyuman cuba diukir walaupun dia kekok sedikit.

Semua mata di sana hanya memerhati saja adegan mereka berdua. Aryan mengukir senyuman semanis gula. Jika di kira, mungkin berkilogram banyak dah gula dalam senyuman dia.

"Tak apalah awal, kita boleh bercinta lepas nikah. Lagipun cinta lepas nikah tu lagi indah. Semuanya dah halal." jelas Aryan lembut menerpa ke halwa telinga Aisyah.

Aisyah cuba mempatrikan senyuman pada wajahnya, ingin meneutralkan suasana kembali. Tiba-tiba dia rasa kekok menyerang dirinya.

"Aryan.." meleret nada Tengku Farah menegur perilaku anak saudaranya. Aryan sekadar membalas dengan sengihan. Tuan Raiz menggeleng kepala dengan perangai Aryan.

Mereka kembali menikmati makanan masing-masing dengan berselera. Hana mengalihkan pandangannya ke arah suaminya apabila merasa dirinya dari tadi diperhatikan sekumpulan lelaki. Ziyyad paut erat pinggang isterinya.

"Don't worry, I'm here with you." bisiknya lembut menerpa ke halwa telinga Hana. Dada yang terasa sendat akhirnya lapang kembali.

Selesai sahaja kenduri tersebut, semua tetamu mulai beransur pulang. Ziyyad perhatikan Aryan yang dating dengan Aisyah di pangkin dekat pokok mangga. Tengah malam ni dia nak ajak anak dara orang dating! Dengusnya.

"Aryan Daniel! Masuk rumah sekarang sebelum aku sebat kau dengan rotan buluh Tok Ma tu." gertaknya, cepat-cepat Aryan menyarung selipar di kaki lalu berlari naik ke rumah sebaik menghantar pemergian Aisyah melalui ekor matanya.

Hana terkekek menahan tawa melihat reaksi Aryan yang seperti dikejar dengan harimau. Berpeluh-peluh jejaka itu berlari apabila mendengar ugutan Ziyyad. Rotan buluh tu kalau kena kulit, pedih!

"Kau tahu tak Aisyah tu anak orang? Bukan isteri kau kan lagi? Yang kau ajak dia dating tengah malam ni dah kenapa? Nak kena cekup dengan JAIS?" semburnya, bertalu-talu. Terkedu Aryan dengan soalan Ziyyad, nampaknya Ziyyad dah serap perangai membebel Hana.

"Banyak cakaplah kau ni, aku tahulah apa aku buat. Orang cuma bincang hal kahwin je pun. Dah aku nak masuk, nak minta mama dengan papa pinangkan Aisyah untuk aku esok." ujarnya teruja.

"Tak apalah, esok boleh dating lagi. Nanti aku tolong cover kau kalau ada Ziyyad." ulas Adyan. Mereka sempat ber-bro hug terlebih dahulu. Langsung tidak perasan yang Ziyyad sudah berapi.

"Pergi masuk dalam sekarang, Aryan Danial. Kalau kau dah kahwin, kau nak ajak Aisyah tu dating pukul 2 pagi pun aku tak kisah. Ini kahwin pun belum ada hati nak angkut anak dara orang ke hulu hilir. Bagi halal dulu." ujar Ziyyad. Harapnya nasihatnya masuk ke dalam hati Aryan.

Kepala digelengkan berulang kali dengan telatah Aryan. Tak reti sabar betul! Geramnya. Pinggang Hana dia rangkul erat lalu mereka menuju masuk ke dalam bilik. Hanya Aryan dan Adyan saja yang tidur di ruang tamu. Orang single tak boleh tidur bilik, kata Tok Ma!

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now