𝟛𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

Makan malam di rumah banglo itu terasa seperti orang asing lagi-lagi jika orang itu adalah Ayden Darhwish.

"Kak Yaya, nak ikut Wina tak hujung minggu depan kami sekeluarga nak ikut Hazran balik Scothland. Saja nak jenguk rumah aunty di sana." Ajakkan Adlene mematikan suapan gadis itu.

"Yeke? Best nya." Dia sungguh teruja jika diberi peluang untuk turut serta namun dia sedar kedudukannya. Dia tidak layak untuk duduk dalam keluarga itu.

"Jom sayang. Sekurang-kurangnya kau dah tahu di mana tempat tinggal aku. Kalau tak asyik tanya je." Sempat dia menarik hujung rambut gadis itu.

"Ish!!! Sakit lah." Jelingan maut itu membuat kan Ayden tersenyum kecil. Hanya Elaine sahaja yang nampak senyuman itu.

'Bukan ke dia pergi meeting?Kenapa dengan Ayden? Senyum tiba-tiba' Tergamam dia melihat reaksi Ayden ketika itu.

"Kalau Lia nak pergi, umi izin kan." Celah Julia.

"Apa pula umi, kita berdua pun ikut sekali. Lagi pun kita dah lama tak bercuti bersama." Emir tidak akan sesekali meninggalkan adik nya pergi sendirian.

"K... Kau nak ikut ke?" Soal Ayden secara tiba-tiba.

"Hmm... T... Tak apa lah."

"Jom lah Dahlia ikut mummy sekali. Bukan selalu pun dapat cuti macam ni. Selain tu dapat la peluang mummy nak kenal kamu." Celah Puan Sofea.

"Bukan apa, saya tak nak ada orang tak selesa dengan kehadiran saya dalam keluarga puan. Dulu ada orang cakap saya perempuan malang. Jadi saya tak berani nak ikut sesiapa sesuka hati." Jelas nya tanpa mengangkat wajah nya. Dia tahu Ayden sedang memandang tepat ke arahnya.

Suasana ketika itu berubah sunyi sepi. Adakah dia tersalah cakap? Tidak mungkin mereka sekeluarga terasa dengan kata-kata itu? Elaine di selubungi rasa bersalah. Aduh!

"Eh.. Eh.. Mm... Puan Sofea Tuan Zack, saya minta maaf saya tak ada niat pun nak cakap macam tu. Cuma saya perlu sedar diri di mana kedudukan saya taraf saya nak di bandingkan dengan keluarga Tuan Zack." Dia cuba menjelaskan supaya tiada salah faham dengan penjelasannya itu.

"It's okay Dahlia. Kami faham. Tapi tiket penerbangan masih buka untuk kamu jika berminat nak ikut." Pujuk Tuan Zack. Elaine hanya mengangguk kepala.

Usai selesai makan malam, Elaine berasa bersalah menyelubungi dirinya. Merata dia mencari si egois. Akhirnya sekujur tbuh yang di cari rupanya sedang menyendiri di tepi kolam renang.

"A... Are you okay?" Soal Elaine dengan nada yang terketar-ketar. Jari telunjuknya cuba menarik hujung kemeja Ayden. Gayanya seperti kanak-kanak ingin kan lolipop.

"Kau rasa?" Jawab sinis. Senyumannya terus mati saat melihat sekilas wajah Elaine disisinya.

"Sa... Saya nak minta maaf sebab cakap lepas saya tadi. Saya cuma..."

"Cuma apa?" Potong Ayden sebelum Elaine menghabiskan kata-katanya.

"Saya... Saya ni asde pakcik Oyen"

"Asde?? Apa tu?"

"Haa tak tahu ke? Maksudnya sedar diri pakcik Oyen. Cukup lah dulu pakcik Oyen dah malukan saya. Saya takut kalau benda tu terjadi lagi." Jelasnya.

"Tak perlu kot nak ulang semua tu."

"Tak apa la kalau macam tu saya balik dulu pakcik Oyen. Again, I'm truly sorry for what just happen. Assalamualaikum."

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now