∘°∘24∘°∘

Začít od začátku
                                    

Hana mengemaskan rambut suaminya lantas air mata yang berjuraian diseka lembut. Dia ingin mendengar bicara suaminya terlebih dahulu.

"Sayang rasa.. abang ni masih ada peluang tak untuk bertaubat? Abang banyak sangat buat dosa, abang risau Allah tak ampunkan dosa-dosa abang. Dosa abang terlalu banyak," lirih nadanya berkata tentang hal tersebut.

Nafas dihela lega, matanya merenung sekilas wajah sang suami. Air mata Ziyyad diseka lembut. Rambut sang suami dikemaskan rapi.

Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mengenang dosa-dosanya terhadap Allah adalah mata yang salih. Tangisan keinsafan adalah satu kurniaan Allah buat jiwa insaf. Tangisan itu memelihara mata dari api neraka.

"Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah."

- Hadis Riwayat Al-Tirmizi

"Awak.. Allah tu Maha Pengampun. Kita sebagai manusia perlu selalu meminta ampun padanya. Jika awak nak berubah, berubahlah kerana Allah. Dan mulakannya dengan solat." balas Hana lembut, ini pun salah satu kata-kata ustazah sewaktu menghadiri majlis ilmu.

Ziyyad hanya mengukir senyuman tatkala mendengar bicara isterinya, sebelum terlena dalam ribaan sang isteri. Hana membuka tali telekungnya lantas dilipat rapi, kelihatan Ziyyad sudah lena di ribaannya.

"Saya sayang suami saya, semoga dengan izin-Nya awak mampu berubah. Saya sentiasa doakan awak, abang." bisiknya lembut, jari jemari runcingnya meramas rambut Ziyyad. Lena sungguh tidurnya.

Hana mengalihkan kepala Ziyyad dari ribaannya, lantas diletakkan kepala itu di atas bantal. Dia ingin berehat sekejap, kepalanya terasa berpusing. Tersentak Hana apabila tangan kekar Ziyyad melingkar di pinggangnya.

"Awak penat ni, tidurlah." ujar Hana lembut. Ziyyad pindahkan tubuh Hana lalu kepala itu dibaringkan di atas bantal.

"Tak.. abang tak penat. Tapi kenapa sayang nampak pucat? Ada sakit dekat mana-mana ke? Tell me," Ziyyad menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

"Kepala pening sikit, tapi tak apalah rehat kejap mungkin okay kut. Awak tak kerja harini?" walaupun kepala terasa berat, matanya tetap merenung anak mata Ziyyad.

"Tak, abang nak teman isteri abang kat rumah. Lagipun dia tak sihat. Tunggu sini kejap tau, abang ambil minyak panas." tidak dapat tidak, Hana relakan saja suaminya menuruni katil. Senyum tipis dilorek di bibir merah jambunya.

Ziyyad mengambil minyak panas lalu kembali ke katil. Sila dipasang sebelum kepala Hana diletakkan di atas ribaannya. Sedikit minyak dituang di telapak tangan lalu dia mengurut lembut bahagian kepala sang isteri.

"Feel better, daisy? If you feel hurts anymore, quickly tell me." Hana hanya mengangguk saja sebagai balasan, pening yang menyerang semakin reda.

"Awak.. kenapa panggil kita daisy? Kita ni bukannya bunga daisy. Lepas tu suka sangat panggil sayang. Lemah seluruh sendi," bicaranya. Tangan disulamkan pada tangan Ziyyad.

"Because you like daisy, and it is not wrong right for me to call my beloved wife with sweet names? I can call you daisy, sayang, baby, sweetheart, love and any nicknames that I want." lembut saja balasan sang suami cukup membuatkan hatinya cair.

"Suka hati awaklah nak panggil apa sekalipun, Hana tak kisah. Eh, awak kita lama-lama kat bilik ni mama tak marah ke? Hana belum turun lagi tau buat sarapan," balas Hana, seketika mindanya terfikir yang dia belum buat sarapan.

"Taklah sayang, buat apa mama nak marah? Kita kat newlyweds, so it's okay if both of us spend more time in our room. Tentang sarapan tu, jangan risau. Rasanya kak Qis dah sediakan." jawab Ziyyad tidak ingin membuat sang isteri risau.

DEAR KAYYISAKde žijí příběhy. Začni objevovat