∘°∘23∘°∘

Start from the beginning
                                    

Dari jauh lagi, Tengku Farah hanya memerhatikan saja kemesraan anak menantunya. Dia suka bila melihat Ziyyad asyik melorek senyuman manis tatkala bersama isterinya. Tak pernah lekang senyuman di bibir.

Dengan perlahan-lahan, tubuh kecil Hana diletakkan di kerusi yang ada di ruang makan. Hana hanya mengukir senyum tipis pada Ziyyad, balasan terima kasih.

"Awak.. ambilkan tu, Hana tak sampailah. Jauh sangat.." adunya manja dalam keadaan separa berbisik.

"Mana, yang?" balas Ziyyad tapi nadanya dikuatkan sedikit. Sengaja, mahu buat dua orang lelaki single di rumah ni sakit hati. Hana menekup pipinya, terasa membahang yang teramat!

"Itu, udang berempah tu. Awaknya.." bisiknya meleret. Ziyyad balas dengan senyuman tipis, tangannya mengaut sedikit udang berempah itu ke pinggan Hana. Tersentak Hana tatkala Ziyyad ingin menyuapnya.

"Abang suapkan ya? Kan selalu abang yang suap kalau sayang makan," matanya mengerling ke arah Adyan dan Aryan. Dua-duanya sudah mencebik bibir. Hana terpaksa mengangguk apabila tangan Ziyyad sudah sampai ke mulutnya.

Pasrah.

Zayyad hanya memerhati saja tingkah laku Ziyyad. Sejak dah ada isteri ni bukan main perangai dia, macam baru keluar dari taman permainan. Bahagia betul! Tapi kalau masih single, bayangkan dia keluar dari rumah ais. Macam itulah tu.

"Lepas ni Ziyyad terus balik mansion sendiri ke? Tak tidur rumah mama dulu?" soalan Tengku Farah memecahkan suasana hening yang menghiasi kawasan ruang makan. Ziyyad berpaling ke arah Tengku Farah.

"Tak kut, mama. Ada orang tu nak sangat duduk rumah mama, katanya rindu dengan mama." perli Ziyyad seraya matanya memandang ke arah Hana. Si nakal seorang ni! Hana angkat peace memandang sang suami.

"Okaylah tu, lagipun Hana mesti penat baru discharge kan. Apa salahnya tidur dekat rumah mama? Nanti mama minta kak Qis sediakan bilik bawah tu. Senang sikit pergerakan Hana," lembut saja bicara Tengku Farah. Siapa saja dengar, mesti berebut nak jadi menantu!

"Tak apa mama, lagipun Yad tak bawa kerusi roda dia. Nanti dia nak kemana-mana, biar Yad yang dukung aje. Kan.. yang?" kepala berpaling memandang isterinya yang sedang minum air, mujur tak tersedak.

"Hah, iye.." jawabnya pendek, masih kekok. Dengan Ziyyad lagi hari-hari nak usik dia. Bibir pun dah penat nak senyum. Tengku Farah hanya menggeleng kepala dengan telatah anak menantunya. Ada saja perangai.

Usai saja selesai menikmati makanan, Hana memerhati Ziyyad membasuh pinggan. Betapa beruntungnya dia dikurniakan suami sebaik Ziyyad sehingga dia lupa untuk bersyukur. Dia lupa yang setiap pasangan berkahwin itu sebenarnya saling melengkapi. Kekurangannya dilengkapi Ziyyad, begitu juga sebaliknya.

Ziyyad mengelap tangan di tuala kecil tepi singki sebelum menuju ke tempat isterinya. Dia mencangkung lantas melangut memandang Hana. Dah kenapa? Ada kerusi tapi taknak duduk.

"Sayang.. abang lupa nak belikan aiskrim Baskin Robbins yang sayang minta tu. Sorry—" air mata memenuhi kelopak matanya, membuatkan Hana rasa sebersalah. Pantas, jemari runcingnya mengesat air mata Ziyyad.

Mujurlah, tiada orang lain di ruang makan kalau tak terpaksa tahan mata tengok drama mereka berdua. Karang, ada yang jiwa single meronta.

"Eh.. tak apalah awak, Hana tak kisah pun. Awak dah bagi Hana makan udang berempah tu pun, Hana dah bersyukur. Tak payah susahkan diri awak untuk Hana. Boleh?" lembut bicara Hana menyapa sistem pendengarannya.

"Tapi.. abang tetap rasa bersalah. Tak.. sikit pun sayang tak pernah buat apa susah, tak pernah sama sekali. Malah dengan sayanglah, abang rasa tenang." jujurnya, ikhlas. Hana hanya mampu mengukir senyum tipis.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now