- sᴇᴍᴘᴜʀɴᴀ -

29 2 0
                                    

Sempurna,
Tatkala mata menyinggah wajah wajah yang seindah juita,
Ketika Itulah hati dan fikiran mengumam seperti ada yang tidak kena,

Kecil saja rasa diri,
Tiada lagi kata yang bisa melawan rasa di dada,
Seperti dibelenggu kaca yang kehilangan pasangannya,
Rasa ingin berlari ke hujung dunia,
Meninggalkan semua rasa sakit dan gelisah yang mencengkam dada,

Tetapi fikiran lupa,
Hati juga alpa,

Bahawa ada yang memerhati,
Ada yang kecewa,
Karyanya dihina manusia,
Bahkan dicalar calarnya kulit yang pernah direka,
Sudah juga disematkan bahawa manusia adalah sebaik baik ciptaan,

Cantik dengan caranya sendiri,
Indah dengan dunianya sendiri,
Sempurna dengan hati yang redha,

Sabar lah,
Malam juga tidak ramai yang suka,
Tetapi dengan hadirnya bulan,
malam adalah waktu yang paling dinanti,
Seperti diri kita yang dihina,
Akan dihiasi dengan indahnya hati yang redha dan ikhlas,

Akhirnya,
Yang dijanji akan ditunai, cantiknya wajah akan menghiasi singgahsana syurganya kelak.

- ISFEYYA -

𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠'𝐬Where stories live. Discover now