- ᴄɪɴᴛᴀ ɪᴛᴜ ʙᴜᴛᴀ -

49 4 0
                                    

Ramai yang berkata " cinta itu buta",
Hanya kerana telah dilukai oleh orang,
Padahal tidak ramai yang menyaksikan ketulusan cinta,

Bahkan,

Cinta itu tiada mata,
Juga tiada lidah,
Juga tiada rasa,

Apa yang kamu harap dari cinta yang sentiasa indah?,
Padahal atma mu tahu bahawa tiada cinta yang agong selain darinya,

Terus saja memeluk orang dan akhirnya berduka,
Terus saja menyalahkan orang walhal diri dulu yang melakar cinta,

Cinta itu tidak perlu dilihat,
Tetapi perlu dirasa oleh jiwa yang dalam dan teduh.

- ISFEYYA -

𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠'𝐬Where stories live. Discover now