BMA 18

479 44 5
                                    

Bunga meletakkan kepalanya di atas meja kerana kepenatan. Minyak angin dikeluarkan dari laci meja kerjanya lalu disapukan di dahinya.

Sudah sebulan dia bekerja dengan Izz dan hari-hari Izz memberi kerja yang berat kepadanya. Fail-fail yang bertimbun di atas meja dikerlingnya sebelum satu keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa?" Soal satu suara sebelum Bunga terkejut lalu berdiri tegak memandang gerangan dihadapannya

" A-abang Izz" terkedu Bunga

" Buatkan aku satu cawan kopi panas kurang gula dan hantar terus dalam bilik aku" arah Izz lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Bunga melihat pemergian Izz lalu bergerak ke dapur pejabat. Hari-hari Izz pasti memintanya untuk membuat kopi untuknya. Mungkin kopi yang dibancuh nya sedap.

Bunga meletakkan sedikit gula dan kopi di dalam cawan lalu menuang air panas dan mengacaunya supaya gula dan kopi itu larut. Termenung Bunga seketika sebelum dia dijerkah dari belakang

"Woi betina!!" Jerit seseorang sehingga mengejutkan Bunga

"Astaghfirullah" Bunga mengusap dadanya lalu memandang belakangnya

" Ye cik nak apa-apa ke?" Soal Bunga kepada wanita muda yang sebaya dengannya.

Bunga memandang gadis itu atas bawah. Makeup tebal, gincu merah mak ngah, baju usah dikatakan kurang kain.

" Kau PA tuan Megat kan?" Soal wanita itu sambil menyilang tangannya didada

" Tuan Megat? Maksud awat abang Izz?" soal Bunga semula. Dapat dia lihat wajah wanita itu menahan marah

"Wow! Kau panggil tuan Megat apa? Abang Izz? Wow! Kau betina tak ada hak nak panggil dia abang. Dasar betina kampung datang dari mana" wanita itu naik berang lalu menunjal-nunjal kepala Bunga

" Ouch sakit" dahi Bunga sedikit merah dan ada kesan luka kerana kuku tajam wanita itu mencucuk permukaan kulitnya

" Entah-entah kau jual diri dekat tuan Megat itu yang bukan main rapat korang berdua" wanita itu berbisik di telinga Bunga

" Cik tak ada hak nak cakap macam tu dekat saya!" Memerah wajah Bunga apabila wanita itu mengatakan begitu kepadanya

" Ehhh, suka hati lah mulut aku nak cakap apa pun!" Wanita itu mula naik berang

" Kalau aku nampak kau rapat dengan tuan Megat nahas kau!"

" Kalau saya rapat jugak?"

" Kau memang!!"

'PANG'

Terteleng kepala Bunga apabila dia menerima tamparan padu dari wanita tak cukup kain itu. Pipinya sedikit merah menahan sakit. Tidak itu, cawan air kopi diambil lalu disimbah di lengan Bunga

" Owwww!" Terduduk Bunga kesakitan apabila tangannya melecur teruk akibat simbahan air panas

" Itu amaran aku, Ingat!!!"

" Kalau kau rapat lagi dengan tuan Megat bukan setakat air panas aku simbah dekat kau asid pun aku simbah. Sebab kau tak layak" wanita itu memijak kaki Bunga dan berlalu pergi dari situ.

Memandangkan sudut dapur pejabat agak jauh dari ruangan pekerja lain memang tidak akan tahu kejadian yang berlaku di situ.

" Atok...nenek...sakit" nangis Bunga mengusap-usap lengannya yang melecur

" Jangan nangis Bunga nanti dia tahu" Bunga bangun membasuh wajahnya dan bancuh kopi yang baru untuk Izz




*****

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now