BMA 11

2.2K 97 5
                                    

Malam, semua orang berada di meja makan. Datin Juliana dan Nenek Orkid menghidangkan makan malam di atas meja manakala Dato Izlan dan Pak Lan berborak.

Farlan pula hanya diam di situ sambil menggosok perlahan wajahnya yang lebam. Aduh! Sakit.

" Mak Orkid mana Bunga?" soal Datin Juliana setelah makanan siap dihidang di atas meja

" Hmm, Bunga sudah tidur Datin lepas maghrib tadi" jawab Nenek Orkid

" Ha lagi satu mana anak teruna sorang lagi ni?" soal Datin Juliana lalu matanya melilau sekeliling mencari kelibat Izz

" Farlan mana Izz?" soal Dato Izlan

" Izz dia sedang baca buku dekat atas" jawab Farlan. Matanya sempat mengerling ke arah Pak Lan yang merenung tajam ke arahnya. Takutnya.

" Kalau macam tu, saya naik atas panggil Izz"

" Tak payah"

Datin Juliana yang berura-ura mahu naik ke atas dibantut apabila Dato Izlan menghalangnya

" Biarkan dia, anak teruna kamu tu sudah besar. Sekejap lagi dia turun la tu kalau lapar" jawab Dato Izlan sambil menuangkan jus oren ke dalam gelas

Datin Juliana akur lalu duduk di kerusi dan membaca doa sebelum memakan makanan yang terhidang di atas meja.

Di sudut lain pula, Izz tidak dapat memfokuskan dirinya untuk membaca buku kerana fikirannya melayang memikirkan Bunga.

Bunga ditutup kasar lalu diletakkan di atas meja. Kepalanya diurut perlahan memikirkan keadaan Bunga

Dia sudah cederakan Bunganya. Bunga yang patut dibelai, Bunga yang patut disayangi.

"Bunga~~" lirih Izz perlahan

"Arghhhh!!!!" rambutnya dikusutkan

Izz berjalan ke arah jendela biliknya, matanya tertumpu ke arah rumah sederhana besar yang dihuni oleh keluarga Pak Lan

Bilik tidur Bunga yang gelap gelita ditenungnya. Baru tadi dia lihat bilik tidur gadis itu bercahaya. Mungkin gadis itu sedang makan malam bersalam keluarganya di bawah.

Dia pula berasa malu untuk turun ke bawah berhadapan dengan Bunga atas apa yang telah dia lakukan. Pasti gadis itu tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan kepada Bunga pagi tadi

" Huhh.." Izz mengeluh lalu duduk di meja kerjanya semula

Laci meja dibuka lalu sekeping gambar di keluakan. Izz merenung lama gambar itu dengan senyuman yang sinis

" You are really beautiful Bunga, cant wait to make you mine"

" Once I got you, you will be mine forever Bunga, forever~~"

Izz mencium lembut gambar Bunga.

Trtt..Trtt

Izz memandang ke arah telefon pintarnya yang bergetar di atas meja menandakan seseorang menelefonnya

Keningnya terjengket hairan memandang panggilan yang tidak dikenalinya

" Hello!" Izz menjawab panggilan dengan nada marah

Senyap...

" Hello!!" suara Izz naik meninggi. Siapa pula yang telefonnya malam-malam ini

Senyap lagi...

" Hello!!! Kau tak reti jawab ke?!" jerkah Izz, suaranya sudah meninggi.

" Izz~~~" suara perempuan memanggil Izz

" Who are you?! Jangan kacau aku" soal Izz, dia bengang

" Are you forget about me, master~~" Izz tercengang, dia tahu siapa yang menelefonnya

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now