BMA 3

2.2K 109 7
                                    

" Bunga bangun...nanti lambat ke sekolah" Nenek Orkid mengejutkan Bunga yang masih tidur 

" Ermm...nenek sekejap. Bunga nak tidur, penatlah" jawab Bunga

" Bangun cepat, nanti nenek beritahu atok biar atok ikat Bunga di pokok belakang rumah ni mahu" mendengar sahaja ugutan nenek Orkid, Bunga terus mencelikkan matanya. Dia tidak mahu diikat di pokok berhantu belakang rumah mereka lagi kerana kali terakhir atok mengikatnya di situ akibat dia pernah pulang lewat ketika bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan agam itu. Habis orang di dalam rumah itu risau akan Bunga. 

" Bunga taknak!!!" jerit Bunga lalu berlari pantas masuk ke dalam bilik air 

" Bunga nanti sudah siap datang sarapan di rumah Dato ye...nenek ada di sana" pesan nenek kepada Bunga

" Baik nenek!!" jerit Bunga dari dalam bilik air 

Setelah siap membersihkan badan, Bunga menunaikan solat subuh sebelum ke sekolah. Walaupun dia masih kecil, atoknya telah mengajarnya menunaikan solat dan mengaji. Atoknya sangat tegas jika dia tidak menunaikan solat. 

Selesai solat, Bunga memakai tudung sekolah putih bersihnya dan meletakkan sedikit bedak talkum di wajahnya. Jam tangan kecil Doraemon miliknya di ambil lalu dipakai di pergelangan tangan kecilnya. Dia sangat menyanyangi jam kecil itu kerana jam itu pemberian dari Datin Juliana sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-9 tahun.

Beg sekolah diambil sebelum berjalan ke rumah Dato Izlan.  Dia hanya masuk dari pintu belakang memandangkan pintu belakang dan dapur sangat dekat. Tangan kecilnya mengetuk pintu belakang dan alangkah terkejutnya dia seseorang membuka pintu belakang itu dengan cepat 

" Kenapa?" soal Izz dengan suara kerasnya

" A--Abang Izz, terkejut Bu--Bunga" Bunga menundukkan wajahnya

Izz menaikkan keningnya lalu tangannya laju memegang dagu Bunga dan mengangkat wajah gadis kecil itu

" Asal kalau depan aku, kau asyik menunduk. Aku tak suka. Look at my face" Izz berbisik di telinga Bunga

" Bu---Bunga" gugup Bunga 

" Hahh!! Izz, Bunga masuk sarapan cepat, nanti atok tunggu lama" sergah nenek yang baru tiba di situ 

Izz memberi ruang kepada Bunga untuk masuk ke dalam rumah. Bunga duduk di meja makan sebelum Izz duduk di sebelahnya

" Kau nak makan apa? nasi goreng? roti?" soal Izz sambil menyapu jem coklat di roti 

" Ermm..Bunga nak nasi goreng. Boleh?" Izz mengerling tajam Bunga dari tepi matanya

" Tak boleh!" jawab Izz, Bunga pula terkejut. Tadi tanya lepastu tak boleh pula

" Kau kena makan roti, banyak karbohidrat. Kalau kau makan nasi goreng banyak minyak. Nanti terbantut tumbesaran kau. Jadi orang kerdil " Izz memberikan roti yang disapu jem coklat tadi kepada Bunga 

" Terima kasih abang Izz" ucap Bunga sebelum menggigit roti itu

" Hmm..sama-sama" jawab Izz

Suasana antara Bunga dan Izz kembali tegang sehinggalah Dato Izlan dan Datin Juliana datang ke arah mereka

" Ehh? Bunga dan Izz pun ada. Awal Izz bangun" Datin Juliana datang mencium wajah Izz serta wajah Bunga

" Erm..wangi Bunga. Tengok Abang Izz tak mandi lagi" Datin Juliana saja mahu mangusik Izz

" Mama....." 

" Hehehehehe...sorry. Izz kamu dah fikir ke nak homeschool or public school. Kalau Izz mahu homeschool, mama want hire a private teacher for you. Kalau Izz mahu public school, sebelah sekolah Bunga ada sekolah menengah. Kan Bunga?" Datin Juliana memberi cadangan kepada Izz

BUNGA MY ANGELWhere stories live. Discover now