Ch77: Sehingga Rahsia Terdedah

Start from the beginning
                                    

Sarlot terseret ke belakang melanggar dinding. Dia jatuh namun dia bangun semula sambil memegang tukulnya.

Sarlot: Urgh....

Needa: Macam mana? Inilah perbezaan antara kita! Kau semua takkan mampu kalahkan artifak yang ditinggalkan dewa Alchema!!

Gopal buat gaya menembak dengan jarinya dan....

Gopal: Tukaran Makanan!!

Dia menembak senjata Rhenmu dan tukarkan ia menjadi roti lembut.

Needa: Apa...!?

BoBoiBoy: Terbaiklah Gopal! BoBoiBoy Halilintar!! Pedang Halilintar!

Halilintar berlari ke arah Rhenmu dan potong kapak dan belantan yang dipegangnya. Rhenmu lepaskan senjatanya dan tarik keluar tangan yang lain dan tukar jadi pedang gergasi. Ia libas pedangnya ke arah Halilintar dan Halilintar menahan serangannya.

Halilintar: Guh....kuatnya..!!

Yaya terbang ke arah Rhenmu dan tangan graviti merah jambu terhasil di belakangnya.

Yaya: Tumbukan Graviti Berganda-ganda!!

Tumbukan Yaya akhirnya menjatuhkan Rhenmu. Dia teruskan serang Rhenmu dengan tangan graviti untuk halang Rhenmu dari bangun.

Needa bertahan dengan perisai dakwat tapi tumbukan Yaya menyebabkan perisainya retak.

Needa: Khh! Tak boleh jadi!

Needa lompat ke belakang bersama sangkar dakwat yang mengurung Q.Beatrice.

Needa: "Mereka bukannya pengembara ranking tinggi tanpa sebab."

Tiba-tiba,Ying muncul di hadapannya dan tendang dia. Needa terseret ke kanan sambil memegang bahagian yang ditendang Ying.

Needa: Kh! Kau...!!!

Ying: Hehe! Cubalah tangkap aku kalau boleh!

Ying berlari di merata tempat untuk kelirukan Needa. Needa ketuk tongkatnya ke tanah dan...

Needa: *mumble* Gelora Ombak Dakwat!

Dakwat hitam mengalir keluar dan membesar menjadi ombak. Ying memandang ombak dakwat itu dan perlahankan masa.

Ying: Kuasa Slow Mo!!

Semua orang bergerak dengan perlahan. Ying cepat-cepat pergi dari situ dan berdiri di belakang Needa. Masa kembali berjalan dan ombak dakwat tu menghentam dinding dengan ganasnya.

Needa: Heh! Rasakan!

Ying: Rasakan apa?

Terkejut dengan Ying,Needa hayun tongkat ke arahnya tapi Ying mengelak dan lari jauh darinya.

Needa: Kau...!!! Menyusahkan!!

Needa kemudian baling gumpalan dakwat ke arah Rhenmu dan gumpalan dakwat tu masuk ke dalam badannya. Gumpalan dakwat pergi ke arah dadanya dan aktifkan kebolehan Rhenmu.

Needa: Haha...hahahahaha! Habislah korang!

Cahaya biru terang keluar dari dada Rhenmu dan menyinari seluruh tempat. Seketika kemudian, bayang-bayang semua orang mulai bergerak ke arah Rhenmu.

Mieruko: Ugh....apa yang...?

Needa: Inilah dia kebolehan Rhenmu!

Kebolehan Rhenmu adalah mengambil bayang seseorang dan hasilkan bayang pendua,dengan kuasa yang sama seperti badan asal. Cuma,bayang pendua ni dikuatkan dengan emosi negatif seseorang seperti tamak,dengki dan benci.

Needa: Serang mereka semua!!

Odhelia: Tch!

Mereka kini terpaksa berhadapan dengan bayang-bayang mereka sendiri. Pertempuran mereka dengan Rhenmu terhenti kerana mereka terpaksa menentang bayang-bayang mereka sendiri.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now