∘°∘6∘°∘

Start from the beginning
                                    

"Sejak bila Hana setuju nak jadi bakal isteri awak? Kan Hana dah cakap yang Hana tak nak ada kena mengena dengan awak. Haih, susahlah cakap dengan orang tak faham bahasa ni." marah Hana sebelum pagar dikunci rapat.

"Memang tak faham bahasa pun sebab aku hanya faham kau. Okay, aku takkan ganggu kau lagi dan aku akan cuba elak untuk bertembung dengan kau. Itu yang kau nak kan?" tutur Ziyyad lemah. Dia tidak mahu berjauhan dari Hana tetapi gadis itu yang memintanya. Lagipula mereka bukannya ada apa-apa hubungan.

"Yes, itu yang saya nak. Malam ni, semesta jadi saksi yang ini adalah pertemuan terakhir antara kita berdua. Takkan ada lagi pertemuan antara Hana dan Ziyyad. Duit tu saya akan serahkan pada Aryan bila dah cukup nanti." tukas Hana sebelum langkah diatur masuk ke dalam rumah.

Dalam tanpa mereka berdua sedari, ada yang mendengar setiap inci bicara antara kedua manusia itu. Senyuman sinis diherotkan pada bibirnya. Dia tersenyum kemenangan kerana dia yakin yang Hana Kayyisa hanyalah miliknya seorang.

"You're always mine, Hana. Nobody can take you from me. What is mine will always be mine. Remember that, sweetheart." bisik hatinya sendiri sebelum langkah kaki diatur menuju ke Honda Civic hitam miliknya.

[⋆✿⋆]

ZIYYAD tersedar dari lenanya apabila ruang kosong sebelahnya tenggelam. Mata dipisat-pisat sebelum sistem penglihatannya terhias dengan wajah Zayyad. Entah apa matlamat manusia ni datang ke biliknya.

"Oi! Dahi kau panas ni, kau pergi mana semalam?" terkejut Ziyyad apabila tiba-tiba disergah sedemikian rupa oleh Zayyad. Tangan Zayyad masih terletak elok di dahi Ziyyad.

"Aku tak pergi mana-mana pun, tak payah risaulah. Kejap lagi kebahlah ni. Macam tak biasa." bidas Ziyyad kasar seraya itu langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi. Keluhan berat terlepas dari bibir Zayyad.

Sejak kecil lagi, Ziyyad memang mudah diserang demam kerana tahap imunitinya yang rendah. Tetapi demam kali ini tidak seperti demam yang dialami Ziyyad selalu. Demam ini dah macam.. demam rindukan seseorang.

"Aku keluar dulu, kejap lagi aku bawa bubur. Kalau kau tak makan bubur tu, memang patah riuk tulang kau aku kerjakan." ugut Zayyad kasar. Ziyyad hanya diam saja mendengar bicara abangnya.

Usai membersihkan diri, langkah kaki diatur ke walk in closet. Sehelai tracksuit diambil lantas disarungkan ke tubuh. Ziyyad mengorak langkah menuju ke katil lantas katil itu dipanjat. Ipad dipegang kemas.

Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Ipad diletakkan di tepi. Mungkin kerana belum makan dan terlalu hadap skrin dari tadi. Pintu biliknya dikuak luas hingga tersembul wajah Zayyad yang berdiri di ambang pintu. Kelihatan jejaka itu sedang memegang dulang berisi bubur.

"Makan. Kalau taknak makan, kau jangan haraplah lepas ni kau boleh jumpa perempuan tu lagi. I know you so well, Ziyyad." tegur Zayyad. Dulang diserahkan pada Ziyyad.

"Dia ada nama, jangan panggil macam tu. Lagipun bukan dia nak jumpa aku lagi. Jadi aku taknak makan," lemah saja nada Ziyyad. Dia benar-benar merindukan Hana. Gadis pertama yang sudah mencuri hatinya.

"Haih, susah cakap dengan kau ni. Mana pergi Ziyyad yang dingin? Yang kalau perempuan tergolek sekalipun dia tak kisah. Kenapa yang aku nampak ni Ziyyad yang cengeng? Ziyyad yang tak boleh hidup tanpa perempuan?" berdas-das soalan yang dilontarkan oleh Zayyad.

Ziyyad hanya pandang wajah abangnya tanpa sebarang reaksi. Dia sendiri pelik dengan perubahan dirinya. Semenjak pertama kali bertemu dengan Hana, aura gadis itu benar-benar menarik perhatian.

DEAR KAYYISAWhere stories live. Discover now