Pantun

171 14 3
                                    

Kamelia berlari masuk kedalam masjid. Dia tersenyum bila nampak Zeliyah sedang duduk bersama-sama yang lain namun dia menjadi perhatian. Mungkin kerana dia cantik.

Mungkin juga kerana dia memang perhatian ketika itu. Dia mengisi sesuatu borang sebelum dia angkat kepala dan turut tersenyum memandang Kamelia.

"Lambat."

"Zeliyah~" Kamelia tak dapat tahan sebak. Dia lari pada Zeliyah. Tubuhnya dipeluk erat-seeratnya bersama tangisan yang membanjiri. Siapa tak terkejut? Baru malam semalam Zeliyah bagitahu, Subuh tadi baru Kamelia baca. Tahu-tahu je Zeliyah dah buat keputusan macamni. Membahagiakan hati ibunya.

"...dengan tudungnya...you look so pretty~" Kamelia mengelap air matanya. Zeliyah pun tak dapat tahan sebak. Dia tersenyum, menunjuk pada Ilham yang sedang merenung mereka berdua. Seketika muka Ilham berubah merah.

Apahal semua pandang dia?

Ardi yang tersenyum. Kamelia nampak cantik gila masa ni.

Kamelia cium pipi Zeliyah. Dia merangkak pada Azura dan bersapa dengannya. Kamelia ni manis orangnya. Azura memang suka Kamelia ni. Kalau dia ada anak lelaki dah lama dia kahwinkan je Kamelia dengan anak dia.

Malangnya Kamelia dah berpunya.

"Kita tunang waktu ni jugalah. Lambat lagi nak Zohor. Cik Azura..." Ibu Ilham, Faizah mendekati Azura. Ayahnya pun mengikut kat belakang.

"Alah, kami Dari Johor! Pantun tu wajib! Takde yang nak menyahut pantun ke?" Tanya ayah Ilham, Tarmizi. Tergelak yang lain tengok Tarmizi terpaling teruja. Ardi merangkak kedepan.

"Saya sambut challenge pakcik!"

"Pergh, semangat eh anak muda! Okay. Buah keranji dalam perahu, suruh makan, dia makan. Suruh mengaji dia tak mahu. Dah ready ke tu untuk menyempurnakan rukun Islam 5 waktu?"

"Candra mengambang dek perginya suria, hilang seketika pergi ke pasar. Hal rukun Islam 5 waktu biarlah rahsia, lepasni semuanya Ilham yang ajar." Penuh klasik ayat yang diberi Zeliyah. Ardi tak sempat nak balas. Terkedu Tarmizi dibuatnya.

"Kehadiranmu begitu rawak, saya sayang awak." Ilham membalas. Bertepuk tangan yang lain tengok mereka berdua membalas sesama sendiri namun Zeliyah mengalihkan pandangan kearah lain.

"Kita dah Haram." Ujar Zeliyah, tidak mahu membuat Zina hati. Tersengih Ilham. Comelnya tunang dia!! "Nak dengan Kamelia juga."

Zeliyah peluk Kamelia erat. Ilham hanya tersenyum, tahu yang mereka berdua takkan bersama tapi...

"Kalau sekali kan je kahwin diorang ni tak boleh ke?" Tanya kakak Ilham, Ilyana.

"Haahlah kan? Ardi pun rumahnya dekat je. Ajak nenek sekali." Sokong Faizah.

"Bagitahu Cik Non lah."

Kamelia mendekati mereka bertiga. Rasa keliru. "Keluarga korang saling mengenali?"

"Mak kitaorang adik-beradik."

"Sepupu?!"

"Ya."

KTAK!

Kena juga ketuk kepala dengan Zeliyah. Dah tahu dia ada bipolar, lagikan dirahsiakan. Terus Zeliyah rasa sebak dan peluk Kamelia erat.

"We'll be cousins~ aaaaa~!!!"

My Heart's Treasure Where stories live. Discover now