Spek Hitam

200 13 4
                                    

"Hai." Zeliyah menyergah dari belakang. Terkejut beruk Kamelia bila Zeliyah tiba-tiba muncul dengan spek hitamnya.

"Ngko ni buang tebiat ke pakai spek?"

Zeliyah menarik kerusi sebelah Kamelia Dan duduk. Langsung dia tak pedulikan Ilham dan hanya fokus pada Kamelia. Spek matanya dibuka.

"Zeliyah, what's wrong with your eyes?!"

Ardi Dan Ilham turut curious. Laju diorang bangun nak tengok mata Zeliyah namun Zeliyah pakai semula.

"Ketumbit."

"Sampai merah mata. Ish, ish, ish."

"Alah, ketumbit je pun." Ilham bercekak pinggang. Zeliyah hanya memandangnya menyampah. Geram dengan mulut Ilham ni.

"Sakit tahu tak?"

"Alah, tapi ketumbit tu-"

Zeliyah mengetap bibir. Alamak, dia menangis. Kamelia terus tarik Zeliyah dalam pelukan Dan mengusap belakang tubuhnya. Dipandang Ilham garang.

Ardi menepuk bahu Ilham. "Kau minta maaf sekarang."

Ilham meneguk air liur. Zeliyah memandangnya dengan muka secomel panda. Merah padam mukanya.

"Aku minta maaf..."

"Kau duduklah. I ni actually tadi terjatuh masa keluar kereta. Ada budak-budak nampak, diorang gelakkan. Malu~" Jelas Zeliyah. Patut pun dia menangis. Ilham mengeluh lega. Fuh, bukan sebab ketumbit sebenarnya.

"Eeei jahatnya diorang. Takpe, Kamelia ada." Kamelia mengusap-usap rambut Zeliyah. Zeliyah pakai semula spek hitam dia dan mencium bahu Kamelia. Eeei seronoknya dipeluk macamni.

Ardi dan Ilham hanya tengok saja. Tiba-tiba mereka berdua terpandang sesama sendiri. Terus geli-geliman rasa. Perempuan nampak comellah peluk macamtu. Lelaki? Mahu muntah darah esoknya.

"I'm on my period and I'm wearing white pants. Tadi rasa macam senget pad dia. Nanti I bangun boleh tak you tolong tengokkan?" Bisik Zeliyah. Kamelia angguk. Zeliyah bangun, berpura-pura mencari sesuatu diatas meja. Kamelia terus kebelakang sedikit Dan melihat.

"Clear."

Zeliyah duduk semula. Walaupun macamtu, Ardi Dan Ilham faham apa diorang buat.

"Kau nampak cantik." Puji Ilham. Zeliyah pakai spek memang nampak expensive. Namun Zeliyah berkerut dahi.

"Saja kan nak minta maaf cara tu? Aku tak termakanlah!"

"Aku puji je. Aku pun boleh puji Ardi hensem. Abang hensem~" Ilham menyentuh bahu Ardi. Menggelupur Ardi dipuji lelaki sebelahnya. Ditolak Ilham jauh. Kamelia hanya ketawa dengan perangainya. Macam-macam perangai.

Harini diorang tak study sebab minggu depan exam. Jadi instead of buat assignment, diorang fikir nak lepak je.

"Anyone dah order makan?" Tanya Kamelia.

"Dah. " Balas Ardi, sengaja mengenyitkan sebelah matanya pada Kamelia. Kamelia tersenyum. Zeliyah pandang tajam je dekat Ardi. Rasa panas je hati tengok Ardi buat macamtu dekat Kamelia.

Zeliyah ni nak kenyit mata Kang masuk hospital. Ketumbit membesar.

"Zeliyah, can I go to your house tomorrow? Study?" Tanya Zeliyah. Ardi menongkat dagu.

"Can but why not here? We can invite them too."

"Ilham ada hal dengan nenek dia."

"Ha? Nenek aku?" Ilham terangkat kening.

"Kan? Dengan nenek kau kan?" Zeliyah menolak-nolak kaki Ilham bawah meja. Ilham terangguk-angguk kepala.

"Ha, betul! Dengan nenek aku!"

"Tapi aku takde hal." Balas Ardi. Ilham terus hentak kaki Ardi macam nak terbenam 7 kaki ke bawah. "...ada hal. Dengan nenek jiran."

"Nenek...? Why semua dengan nenek? But it's okay. Zeliyah can come to my house. Diingatkan rumah I tak sebesar rumah you so~"

"I just want to study! Not dancing or make a party whatsoever, duh!"

Kamelia ketawa. Dia angguk saja kepalanya. Marah pula si Zeliyah ni. Yelah, nak betulkan kepala bengap Kamelia ni.

Zeliyah Dan Ardi renung Kamelia tapi Ilham?

Renung Zeliyah tidak berkelip.

My Heart's Treasure Where stories live. Discover now