Macammana Kalau...

703 18 5
                                    

" Wahai ratna pakaja yang menawan arjuna, terjaganya asmaraloka ini laksana sucinya candra mengambang. Semanisnya gula madukara. Tiada yang rengsam, kerana kita sibuk edan kasmaran lalu kian rasanya jendera latah wilangan. Sekosa kata Dari Bulan Arjuna." Ujar Kamelia sambil membaca buku Kersani, himpunan bahasa-bahasa klasik dari beberapa orang penulis buku terkenal.

"...Bulan Arjuna?" Lain pula yang Zeliyah fokuskan. Kamelia angguk kepala. Wajahnya yang tenang itu kelihatan sejuk dimata Zeliyah.

"Isn't Bulan Iban and...her relationship with Bintang...? You know right?"

"Eh, I know. You must think I'm stupid right? "

"Shut up with your dog."

Kamelia ketawa kecil. "Beli buku je pun. Apalah sangat. "

"So you support dia?"

"I support buku-buku dia. Satu je buku yang I tak pernah beli, buku Cakra Dan Candra dia. I takut nak beli sebab terang-terang dia kata buku tu inspirasi untuk dia dan wife dia."

Fuh, kawan dia masih normal. Ingatkan dah berubah arah terpengaruh dengan Bulan. Kalau betul berubah arah, memang nak kena tepuk ni si Bulan.

"What's your opinion about their relationship?" Zeliyah berani bertanya. Kamelia menongkat pipi, merenung tajam ke Zeliyah.

"...kenapa you tanya?"

"Saja. Demi masa depan...negara...Bangsa...dan cita-cita...?" Zeliyah memberi alasan. Sengaja dia mahu dengar apa pendapat Kamelia. Kamelia senyum. Dia memandang ke luar tingkap.

"Nak cakap lebih-lebih pun you tak faham. You bukan Islam but my opinion as a Muslim, I don't mind. It's their choice, not my right to give an advice. Will they follow us? No. Sama macam I yang dibesarkan dengan Islam. I akan marah kalau orang suruh ikut agama I. Macamtu juga dengan diorang. Diorang akan marah, menyampah. Silap-silap boleh bergaduh besar. I beli buku dia je Zel. Best, buku dia takde pelik-pelik and bagus gila. Dia bukan Muslim pun dia buat buku ada orang Muslim, semua ayat terjemahan dari Al-Quran dia dah kaji. She's a good writer, tak main letak. I respect her lah. Still, I don't support her relationship."

"I see." Agaknya apa reaksi Kamelia kalau dapat tahu Zeliyah macammana? Dia marah? Dia sedih? Kecewa? Takkan nak raikan pula. Tahu-tahu Zeliyah kena campak dekat hutan Amazon, bagi makan ular. Kenyang seminggu anakonda.

"Kenapa sebenarnya you tanya soalan tu? Berminat dengan perempuan?" Tanya Kamelia dengan kening naik sebelah. Dia tahu dia cantik, attractive! Sengaja usik Zeliyah dengan kening begitu. Mukanya pun dah macam orang Arab gitu.

"Kalau I cakap I minat?" Zeliyah tanya balik, menaikkan sedikit kepala agar kelihatan confident. Sekali tengok macam perbahasan dua ahli karporat. Seorang berpakaian ala-ala ustazah fashionista Instagram, seorang lagi berpakaian ala-ala nak ke pejabat sebagai CEO dengan blaus biru muda yang tuck in dalam seluar wide leg jeans.

Orang lalu lalang pun melanga tengok mereka berdua sama cantik, mungkin sepadan.

"Who's that lucky girl?"

"Why you cakap perempuan tu lucky dapat I?"

"Cause I know you since we were in high school, Zel. You never ever have a girlfriend or boyfriend so once you have a crush...that means they're lucky."

"No lah. I have anger issue."

"Anger issue, not baran issue. It's fine. Tapi betul ke you minat perempuan?"

"Kalau you percaya, you bengaplah namanya Kam." (Dibaca Kem. KEM.)

Kamelia ketawa. Dia menghirup chocolate caramel dia atas meja dan angguk pasrah. "Yelah, I bengap. Sorry. You yang cakap you minat."

"I tanya kalau I minat sebab I nak tengok reaksi you!" Suara Zeliyah kian meninggi. Jelaslah dia kata dia ada anger issue. Takut pecah meja kang kalau Kamelia tambah lagi.

"Okay, okay! I kalah!"

Terhambur tawa Kamelia. Zeliyah benar-benar buat dia tergelak dengan perangai dia. Nak berkawan dengan Zeliyah ni kena sabar sikit. Dia disahkan hidap bipolar. Masa lalunya tak best, tak menarik. Bukan jenis yang kena lalu angsa semata-mata nak mengaji. Bukan jenis yang pernah ada pengalaman telekung dipijak orang sebelah waktu sekolah, bukan.

Masa lalu dia jauh lebih buruk.

Perasaan Zeliyah pada Kamelia hanya disimpan dahulu dalam hati. Nanti-nanti saja dia korek benda lain pula.

My Heart's Treasure Where stories live. Discover now