Galeri Seni

250 14 3
                                    

Kamelia turun dari kereta. Adiknya yang berumur 14 Tahun itu juga turun dari kereta. Adik lelaki. Walaupun muda 10 Tahun Dari kakak dia, dia jauh lagi tinggi Dari Kamelia. Nak dekat tinggi dengan Ardi. Lagi beberapa tahun dah boleh surpass Ardi.

Ardi yang parkir di kotak belakang tersenyum. Terukir juga senyum di muka Kamelia. Hensem betul bakal suaminya memakai kemeja putih yang lengan sudah dilipat ke siku. Ardi juga ada pakai tie hitam. Segak.

"Let's go inside, shall we?" Ajak Ardi. Namun adik Kamelia, Akmal Jauhari memegang tangan Ardi. Terkejut Ardi. Namun Akmal juga pegang tangan Kamelia. Kamelia dah ketawa melihat perangai adiknya Cuba jarakkan mereka berdua.

"Good boy. Let's go." Kamelia meneruskan jalannya kehadapan. Sepanjang jalan, Ardi asyik mengintai Kamelia senyap-senyap agar Akmal tak nampak. Bukan boleh percaya si Akmal ni. Risau Ardi tak bertelur balik nanti, Naya!

Mereka masuk ke galeri seni itu. Mulanya bertiga namun Akmal lepaskan tangan sebab nak ke tandas. Bila Akmal dah takde, patutnya mereka boleh rapat sesuka hati namun tidak. Masih di posisi sama, merenung sebuah lukisan seorang perempuan dengan muka kelihatan marah memandang keatas.

"Artemisia Gentileschi. I know nothing about art. Mind explain?" Tanya Ardi.

"Artemisia Gentileschi. Sejujurnya Artemisia ni baru 3 Kali I nampak lukisan dia so tak tahu sangat. Better you tanya Zeliyah. Dia pakar bab painting ni. Dia kan ada galeri seni sendiri?" Balas Kamelia selembut mungkin. Ardi terus berganjak jauh sikit.

"Yeke? I see~ secara jujurnya tak pernah jejak galeri dia."

"Ouh, haahlah. Korang kenal kitaorang kat universiti."

"Betul, so memang tak sempat."

"Don't worry. Selagi Allah izinkan, kita sempat nak ke sana berempat. Hanya perlu minta izin Zeliyah je..."

"Yup! Just believe it. Lagipun dia baik hati. "

"Yeah..."

"Eh, by the way harini Ilham-" Ardi menggigit bibir. Alamak, takut terkantoi pula.

"Hm? Apa?" Kamelia perlu korek. Macam ada something. Ardi geleng-geleng kepala.

"Nanti Zeliyah mungkin ada bagitahu awak."

"Ouh, okay." Begitu je. Takpelah. Selang beberapa saat adiknya Akmal datang pegang tangan dia Dan Ardi semula. Umur dah 14 Masih manja dengan kakak dia seorang ni. Kamelia tahu Akmal rasa berat nak lepaskan Kamelia pada lelaki lain.

"Akmal dah boringlah kak tengok gambar ni. Tak rasa apa pun. Kat luar ada buah Dan aiskrim! Makanan bergoreng pun ada. Nak beli boleh?" Tanya Akmal dengan muka seceria mungkin. Kamelia muncung. Masalahnya dia nak tengok lagi.

"Pergi dengan Abang Ardi lah." Melihatkan muka Kamelia, Akmal peluk lengan Ardi. Kamelia ketawa nampak muka keliru Ardi. Comel je.

Aish, astaga.

"Ardi nak ikut Akmal ke?" Tanya Kamelia. Tak boleh juga paksa Ardi pergi. Kang dia merungut dalam hati Kang.

"It's fine. Nak ngorat kakak dia kena ngorat adik dia dulu." Kata Ardi. Akmal pun tersenyum dengan ayat dia. Dipukulnya bahu Ardi. Terkejut Ardi.

"Abang ni comellah."

"Ehhh~" Ardi dah pandang serong. Kamelia tak fikir sangat. Memang perangai Akmal macamtu. Jenis lembut sikit tapi dia normal (kot).

***************
Mata Zeliyah fokus pada TV di dapur itu. Sambil makan pudding, dia dapat rasa sendiri debaran dalam cerita The Maze Runner ni. Favourite character dia Thomas sebab comel.

"Sayang, nanti dah makan tolong Umi belikan ikan boleh? Teringinlah Umi nak makan asam pedas." Pinta ibu Zeliyah, Azura. Zeliyah ni anak angkat. Umur dia 12 Tahun Azura ambil dia. Masa tu dia sorang je anak dalam keluarga ni. Tiba-tiba lepas 2 Tahun muncul Dua ketul baby kembar.

"Ya, umi."

Sebab tulah Zeliyah ni bukan Islam tapi dia tahu semua benda. Mak dia tak paksa dia masuk Islam Dan tukar IC. Mak dia yakin dengan ketentuan Tuhan. Tu yang Zeliyah kagum dengan mak dia ni.

"Kakakkk!!!" Adik bongsunya, Raees Arjuna berlari kearah Zeliyah dan dihulurkan satu surat yang diikat kemas. "Ada surat untuk kakak."

"Untuk kakak?"

"Ya, untuk kakak!"

Zeliyah mengambil surat ditangan Raees. Dia membuka surat tersebut lalu dibaca. Raees sibuk nak panjat kerusi dan baca surat yang tertera.

"Eh, sibuklah." Zeliyah berganjakkan tubuhnya ke tepi dan baca didepan Raees agar tidak Raees membaca.

"Alah, nak baca juga! Kakak! "

"Tak boleh."

Wajahmu indah bak taman bunga. Semua orang menyukaimu bagaikan manisan yang dihurung semut. Aku juga begitu namun aku King! King of ants! So saya hanya tengok je awak dihurung sebab awak special. Special for me. -Rid.

Rid? Who's Rid?

Ini maknanya dia ada secret admirer lah kan? Fuh, kalau Zeliyah bagitahu yang dia ni tak suka lelaki...

"Kakak~ nak tengok juga~"

"Jom kakak belanja McD." Zeliyah menjatuhkan surat itu. Terus lupa Raees pada surat dan terus turun dari kerusi.

"Cendana! Kakak nak belanja McD!"

Dipanggilnya adik kembarnya. Memang tak boleh duduk diam betul adiknya seorang ni. Nasib baik comel. Huh.

Tapi Rid?

Who's Rid?

My Heart's Treasure Where stories live. Discover now