Kencing

416 16 4
                                    

Zeliyah menongkat dagu, memusingkan pen dicelah jarinya. Dia ni selalu practice pusing pen ni tapi tak pernah berjaya. Pernah sekali pen dia tercampak dekat pensyarah. Langsung dia tak mengaku tu pen dia. Namun lama-lama berlatih jadi dah kuat jarinya menahan pen.

"Zel." Ilham berbisik.

"Hm?"

"Aku nak terkencinglah Zel."

"Pergilah bagitahu prof."

"Alah Zel. Kelas lagi 15 minit lagi nak habis kelas ni."

"Dahtu bagitahu aku buat apa?"

"Kejap." Ilham mengangkat tangan berdoa. "Ya Allah, kau pindahkanlah rasa nak terkucil ni pada insan bernama Zeliyah. FUH! FUH! FUH!"

3 Kali dia tiup dekat muka Zeliyah lepas baca doa sebegitu rupa.

PAKK!

Melekat tapak tangan Zeliyah dikepalanya. "Kau nak mampus ke setan?!"

"Alah tapi bukan selalu. Fuh, fuh, fuh!!" Ilham tiup lagi lepas baca selawat. Zeliyah berkerut dahi. Dia keluarkan telefonnya dan buka group kawan-kawan yang berjumlah 4 orang itu.

Lepak's Meal nama groupnya. Kamelia bagi nama. Sebab setiap Kali jumpa mesti ada yang bawa makanan.

"Ilham nak terkencing." -Zeliyah.

"?"
"Why bagitahu kitaorang?" -Kamelia.

"Tulah."
"Kan."
"I pun tanya benda sama." -Zeliyah.

"ZELIYAH!" -Ilham.

"😂" -Ardi.

"Kau ni kan..." Ilham mencebik. Zeliyah ni kalau dah tak tahu macammana nak handle Ilham mesti dia report dekat group. Almaklumlah nak handle Ilham ni lagi susah Dari jaga bayi. Ada saja idea dia nak susahkan Zeliyah.

"Jadi, diam." Tegas Zeliyah. Dah hilang apa yang professor cakap tadi. Tergaru-garu Zeliyah bila tiba-tiba professor cakap fasal tuberculosis. Bukan tadi cakap fasal kanser rahim ke?

"Zeliyah, aku rasa kan-"

PAPP!!

Pencilbox disumbat dalam mulut Ilham. Sampai habis kelas Ilham diam membisu. Trauma ada bekas pemadam menyentuh lidah. Rasa macam nak gosok lidah 77 Kali .

****************
Habis kelas, mereka berdua niat lepak luar universiti je sebab ada kelas lagi lepasni pukul 3. Itupun lepas aktiviti Koko jadi kena gerak pukul 1.30 nanti. Ada masa berbaki sejam sebelum mereka kena gerak.

Namun bagi Bulan jatuh ke riba, Kamelia datang Dan duduk disebelah Zeliyah.

"Zeliyah sayang~"

Zeliyah senyum. Dia berlaga pipi dengan Kamelia Dan dicium pipinya sebelum dia sambung baca novel Stay With Me yang dia beli semalam. "Where's Ardi?"

"At work. Dia takde kelas harini."

" I see. You ada kelas lagi harini?"

"No, tengah tunggu Koko."

"Ah, yes. I ada kelas. I lupa! Kamelia, I can't go to Pustaka Sari with you today, I ada kelas!"

"Ahh~ it's fine." Kamelia senyum. Agak kecewa sebab dia dah plan macam-macam. Zeliyah pula yang rasa bersalah. Dia kenal Kamelia bukan setahun Dua. Dia kenal sangat dah muka Kamelia yang kecewa tu.

" Why not you ajak Ardi?"

"My abah said nak keluar ngan dia kena bawa adik..."

"So?"

"Takde apa pun. Just- nak keluar ngan dia kena bawa adik. Susah, takut dia susahkan Ardi."

"Like Ardi would complain." Celah Ilham. Kamelia berkerut. Betul juga. Ardi tak pernah sekalipun Komen apa-apa dekat Kamelia. Tak pernah bersangka buruk, selalu positif.

"Okay, I'll go with Ardi today!"

My Heart's Treasure Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora