32: Cubaan Menghasut

423 20 1
                                    

"WAH, Lama Mimi tak datang sini. Mimi sihat?" Tetap dengan sikap ramahnya, Mastura berbasa-basi. Mimi sudah dipersilakan duduk serta dihidangkan minuman oleh Siti, orang gaji Mastura.

"Sihat, Alhamdulillah. Maaflah Kak Mas, Mimi lately ni sibuk sikit. Kak Mas macam mana? Macam ceria sikit dah Mimi tengok." Tanpa segan silu Mimi menikmati minuman yang dihidangkan.

"Alhamdulillah, Mimi. Kak Mas masih menjalani rawatan islam seminggu sekali. Setakat ini cukup membantu. Kak Mas dah kurang sikit sakit-sakit macam dulu," tutur Mastura. Ikhlas!

"Urm, baguslah kalau begitu. Lagipun, Kak Mas kan dah ada Liya. Mana perlu Mimi lagi dah," kata Mimi. Ala-ala merajuk.

"Eh, apa Mimi cakap macam tu? Liya tu memanglah ada. Tapi kalau Mimi pun sering datang sini, Kak Mas lagi suka. Boleh kita membawang sama-sama." Matura mengekek. Niatnya hanya mahu menghidupkan suasana.

Namun seperti biasa, Mimi hanya membalas dengan senyum tawarnya. Matanya juga sudah mula meliar ke setiap sudut rumah seperti mencari sesuatu. Setelah itu dia kembali mengubah pandangan pada Mastura semula. "Oh ya. Tak nampak pun madu Kak Mas tu. Mana dia?" tanyanya.

"Liya? Liya tak ada. Dia baru je keluar dengan abang. Hari ini dia ada appoiment check-up," terang Mastura.

Sejenak Mimi berjeda. Wajah suci Mastura dipandang sinis. Lantas terbentuk sebaris senyum sumbing yang tak berapa ikhlas. Membuat Mastura mula merasa aneh dengan perubahan ekspresi muka gadis itu.

"Kak Mas boleh kan biarkan abang Shah dengan perempuan tu aje. Tak cemburu ke?" kata Mimi tiba-tiba.

Automatik senyum di wajah Mastura langsung terpadam. "Kenapa Mimi tanya macam tu? Liya tu kan isteri abang Shah juga. Tengah sarat mengandung pulak tu." Mastura cuba menyedapkan hati yang sebenarnya mula terusik dengan kata-kata Mimi.

Mimi sekali lagi memperlihatkan tawa sinisnya. "Mimi bukan apa, Kak Mas. Mimi kesihan je dekat Kak Mas ni. Iyalah, sejak-sejak perempuan tu mengandung, abang Shah bukan main lagi melekat dengan dia. Kak Mas tak makan hati ke?"

Mastura tidak tahu harus menjawap apa. Dia hanya terpana memandang Mimi. Yang jelas perasaan di dalam mulai huru-hara. Tetapi dia masih cuba untuk mengembalikan aura positif agar hatinya tidak lagi dirundung oleh perasaan negatif tersebut. Dengan tegar dia cuba mengukir senyum manis dan kemudian menerangkan pada Mimi, bagaimana hubungannya dengan Liya selama ini.

"Pasal tu Mimi tak perlu risau. Kak Mas tak kesah pun. Bahkan Kak Mas bangga dengan abang. Iyalah, dulukan abang susah nak terima Liya. Tapi lama kelamaan, abang pun menyayangi Liya, sama macam dia menyayangi Kak Mas."

"Ceh. Iyala tuh sama macam menyayangi Kak Mas. Entah-entah abang sayang dia lebih. Iyalah, nak dapat anak dah kan. Silap-silap nanti bila dia dah beranak, abang Shah pun sibuk dengan anak dia. Sedangkan Kak Mas yang beriya satukan mereka ni dapat apa? Nothing!"

Untuk kali ini Mastura mula kerutkan wajahnya. Dia tak mengerti dengan apa yang Mimi maksudkan. "Kenapa Mimi cakap macam tu? Liya tu baik dengan Kak Mas. Dia pun bersetuju untuk sama-sama menjaga anak dia dengan Kak Mas nanti. Kami akan sama-sama menjadi ibu kepada anak-anak dia."

"Percayalah Kak Mas dengan yang dia cakap tu. Ingat senang ke nak mengandung nak beranak bagai? Lagi-lagi kembar macam tu. Ni, perut ni, kena toreh, tau. Lepas tu Kak Mas boleh fikir yang dia nak bagi anak dia pada Kak Mas macam tu aje? Kesihannya!" sinis Mimi.

Jatuh air muka Mastura mendengarnya. Jelas dia terasa dan amat terkilan. Ya, dia tahu Mimi ini macam mana orangnya. Jenis lepas cakap, dan tak pandai bertapis kata. Tapi tidak sepatutnya dia berkata begitu. Tidakkah gadis ini merasa perkara itu terlalu sensitif untuk disinggung di depan dirinya?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MaduWhere stories live. Discover now