14: (27 Pahala)

456 13 3
                                    

Seminggu sudah Liya menjalani kehidupannya sebagai isteri kepada Shah Rizwan. Namun tetap tiada yang berubah di dalam hidupnya. Dia masih harus menjalani hari-harinya seperti biasa.

Tugasnya di rumah itu tidak ubah seperti orang gaji. Memasak, mengemas rumah, menyiapkan keperluan Mastura, dan sebagainya. Liya tidak kesah pun melakukannya. Untuk Mas yang sedang sakit, sikitpun Liya tidak keberatan.

Dia sedar di mana kedudukannya di rumah ini. Meski statusnya adalah sebagai isteri, namun tidak sesekali Liya mempersoal akan tuntutan hak keatas dirinya. Dengan keadaan dirinya seperti itu, sudah kira bagus dah tu orang berbaik hati mahu mengahwininya.

Ya, walaupun setiap paginya mesti dilalui dengan ketegangan setiap kali menghadap wajah bengis Shah. Lelaki itu selalu memandang dirinya serba tak kena dalam melakukan setiap perkara. Kadang kala hati ingin berontak. Tapi apa saja daya yang dia ada untuk mempersoalkan? Nak tak nak tetap kena hadap.

Kopi yang dia hidang seperti biasa, tiba-tiba menjadi pahit bagi lidah Shah. Padahal dia sudah mencicipinya terlebih dahulu sebelum diberikan.

Makanan yang dia telah hidang, disuruh kemas semula kerana Mastura masih belum bersedia untuk makan. Liya turuti sahaja tanpa sebarang bantahan.

Tipu! Tipulah kalau Liya tidak terasa hati. Ya, dia memang sedang makan hati. Tapi kembali dia peringatkan pada dirinya, apa hak untuk dia mempertikaikan hak tuan rumah? Walaupun pada dasarnya dia amat berhak, tetapi Liya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Lagi-lagi dengan keadaan Mas yang sakit. Tak apalah, sabar je!

Yang penting gaji bulanan Shah tetap berikan untuknya. Itu dah cukup bagus! Sudah cukup modal nanti, bolehlah dia buka semula perniagaan bakerinya. Buat masa ni, sabar dulu.

Liya duduk termenung menyika air mata di pipi sambil menatap wajah ibu dan adik di dalam telifon bimbit. Rindunya dia pada kedua manusia itu.

Liya tidak tahu bagai mana untuk memberitahu ibu akan statusnya saat ini ialah sebagai isteri kedua. Serba salah Liya ingin mengabarkan. Risau ibunya akan memandang serong padanya nanti.

"Maafkan Liya, bu. Liya buat semua ni demi ibu dan adik. Liya sudah tidak mampunyai apa-apa melainkan hanya ibu dan adik. Liya sanggup korbankan masa depan Liya asalkan wang bulanan untuk ibu dan adik kekal terjamin. Liya juga tidak tahu, sampai bila Liya akan hidup begini. Liya rindu ibu."

Telifon bimbit didekatkan skrinnya. Bibir dilabuhkan pada wajah ibu serta adiknya. Rasa rindu yang menggunung mamaksa air matanya untuk keluar lebih banyak lagi. Liya menangis semahu-mahunya.

Tok tok tok...

"Liya! Liya buat apa dalam bilik tu?"

Terdengar ketukan pintu dari luar, disusul oleh panggilan yang dia yakini adalah suara Mastura. Cepat-cepat Liya menyudahi kesedihan. Air mata dikesat laju. Dalam sekelip mata, Liya sudah berjaya mengubah mimik muka menajdi ceria. Lantas dia bergegas membuka pintu.

"Eh, kak Mas. Iya kak?" sapa Liya setelah membuka pintu.

"Dah nak magrib. Jom solat berjemaah. Abang dah nenunggu dah tu di ruang solat. Mari cepat."
Mastura yang sudah siap mengenakan kain telekung lalu mengajaknya. Hari ini kondisi wanita itu sedikit membaik. Dia sudah mampu menuruni tangga seorang diri tanpa bantuan.

Sebentar Mastura menilik wajah Liya. Meski gadis itu sudah mempamer wajah ceria, namun kesan basah di mata merahnya terlihat jelas dan tidak dapat disembunyikan.

"Liya. Liya tak apa-apa ke? Liya nangis eh?"
Mas pun menyoal.

"Eh, tak adalah kak. Liya cuma, sakit mata," bohongnya. Bersama senyum palsu Liya cuba mengelabuhi Mastura.

Namun, Mastura tidak mudah percaya. Riak wajah dan nada bicara sangat jelas kedengaran yang gadis itu sedang memendam kesedihan. Membuatnya terasa untuk mengegahui.

"Liya jangan tipu kak Mas. Liya ada masalah ke? Atau, Liya terasa hati dengan kelakuan abang selama ini?"

"Eh, tak adalah kak. Liya tak fikir pun pasal tu."
Kembali dia berbohong.

Perlahan Mastura menyentuh bahu Liya dan mengusapnya lembut. Tatapnya redup memandang Liya penuh simpati.

"Kak Mas faham, Liya. Mesti Liya terasa hati kan dengan kelakuan abang pada Liya. Kak Mas akan cuba pujuk abang lagi agar dia dapat melayan Liya sebagaimana seorang isteri."

"Eh, tak apa kak Mas. Jangan begitu. Liya tak apa-apa. Kak Mas tak perlu fikir pasal Liya. Yang penting sekarang, kak Mas kena fikir untuk terapi tu, supaya kak Mas cepat sembuh."

Mastura tersenyum lembut. Dia mengangguk kecil meski tidak menjawap.

"Sudah. Jom, ambil telekung Liya. Kita solat berjemaah."

Liya pun tersenyum lalu mengiakan. Lantas dia masuk semula ke dalam bilik untuk mengambil kain sembahyang miliknya.

Setelah itu, kedua wanita yang sudah lengkap mengenakan kain telekung itu segera bergegas menuju ruang solat di mana Shah sudah sedia sebagai imam.

"Allahuakbar, Allahuakbar, Asyhaduallaiha illallah. Waasyhaduanna Muhammadarrosulullah. Hayya alassolah, hayya alalfalakh. Qodqomatissolah, qoddqomatissolah. Allahuakbar Allahuakbar. Lailaha illallah."

Lafaz iqomah itu kedengaran perlahan dari arah belakang. Shah menoleh bila suaranya agak berlainan. Dia yakin itu bukan suara Mastura.

Benar sahaja, Liya telah melafaz iqomah tadi menandakan mereka sudah sedia mendirikan solat. Dua orang wanita telah sedia menjadi makmum di belakang Shah. Wajah Shah bertukar masam. Keningnya berkerut, lalu mulutnya bergumam.

"Heh. Perempuan kotor nak jadi makmum aku. Kau ingat kau layak ke menghadap Tuhan dengan kekotoran tu?" Shah membidas perlahan, namun cukup pedih kedengaran.

Liya tertunduk sayu tidak menjawap. Untuk kesekian kali gelaran 'perempuan kotor' itu dihambur lancar oleh mulut Shah kepadanya. Bohong kalau hatinya tidak terluka dengan kata-kata itu. Namun dia sudah lali.

"Abang. Apa abang cakap ni?" sampuk Mastura. Perbuatan suaminya itu tidak disetujui sama sekali.

"Mas. Yang Mas pergi bawak perempuan kotor ni masuk ke sini buat apa? Abang nak solat berjemaah dengan Mas je. Rosak pahala tak pasal-pasal karang." Kembali Shah menempik sinis. Wajah Liya langsung tidak sudi dipandang.

"Abang. Apa hak abang cakap macam tu? Siapa kita nak menilai dosa pahala? Abang tak berhak perlakukan dia macam tu. Dia juga isteri abang, sama macam Mas. Jika abang mengharap pahala berjemaah, tapi abang menidakkan hak dia untuk menyertai, abang boleh jatuh dayus, abang."

"Kak Mas, tak apa. Liya solat di bilik saja. Abang dan kak Mas teruskan solat. Liya keluar dulu." Tidak mahu menyaksikan suami isteri itu bertelingkah angkara dirinya, Liya lalu memutuskan untuk keluar. Tak apa. Solat sendirian pun tetap dapat pahala. Liya pun memutar langkahnya untuk segera keluar.

"Liya, tak perlu kemana-mana. Kita tetap teruskan solat seperti biasa. Mari sini."

Liya tidak dapat meneruskan langkahnya bila Mastura menghalang dirinya untuk keluar. Tangannya ditarik perlahan, dan diminta untuk kembali semula pada posisi.

Mahu tidak mahu, Shah akhirnya terpaksa meneruskan solat berjemaah yang dipimpin olehnya. Diiringi oleh kedua makmum di belakang, mereka mengharap 27 pahala dari ibadah ini.

MaduWhere stories live. Discover now