13 (Kejutan)

324 10 5
                                    

Sedang berlangsung acara akad nikah yang hanya dihadiri oleh pasangan pengantin, dua orang saksi dan seorang wali hakim. Kurang dari satunjam, acara tersebut selesai dengan jayanya. Bertempat di pejabat JAIS, Sara Liyana telahpun selamat diperisteri oleh lelaki bernama Shah Rizwan.

Hanya berupa sebentuk cincin emas sebagai maskahwin, Shah lalu menyarungkannya pada jari manis Liya.

Liya hari ini terlihat begitu anggun mengenakan baju kurung berona putih, senada dengan pakaian Shah. Kain velt sederhana turut menghiasi di atas tudung bawal putih yang membaluti kepalnya. Menandakan bahwa hari ini dirinya adalah seorang pengantin.

Liya lantas membalas pemberian itu dengan kucupan pada tangan Shah sebagai suaminya. Namun, belumpun sampai bibir Liya menyentuh tangan itu, Shah telah bertindak merentapnya laju-laju seperti enggan disentuh lama-lama oleh wanita itu.

Liya lalu merunduk dalam dan hanya mencuri pandang wajah lelaki yang telah sah menjadi suami kepadanya itu. Ketat saja tanpa secalit senyum. Dia kembali menunduk tatkala pandangnya bertembung. Shah membalas tatapan Liya dengan cerlungan tajam.

Selesai saja acara, Shah segera menghayun kaki dan melangkah keluar dari bangunan pejabat agama itu. Dibuntuti oleh Liya dari belakang yang terkocoh-kocoh cuba menyaingi langkahnya namun gagal.

Shah terus melangkah menuju kereta tanpa sebarang kata. Bahkan menoleh pada Liya pun dia seperti tidak sudi. Shah masuk segera meloloskan diri ke dalam kendaraannya dan membiarkan Liya melakukan urusannya sendiri.

Cepat-cepat Liya mengejar serta turut masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di kerusi sebelah.

Suasana mencekam di dalam kendaraan itu. Tidak sepatahapun Liya bersuara memandangkan raut wajah lelaki itu ketat semacam saja. Liya pun mula menarik tali pinggang keledar untuk dililitkan pada badannya.

"Awak tahu kan, semua ini saya lakukan sebab apa?" Terdengar suara garau yang datar tanpa nada itu berasal dari sebelah kanannya. Liya menghentikan perbuatannya sebentar. Dia menoleh pada pemilik suara itu pantas.

"Semua ini demi Mas. Saya tak akan lakukannya jika bukan kerana Mas yang minta. Jadi, awak tak perlu mengharap lebih dari perkahwinan ini. Faham?"

Liya pun menurunkan pandangan. Hati yang sayu terpaksa menyanggupi meski batinnya tidak rela. Namun apa dayanya untuk menolak jika ini sudah ketentuan?

Dia sedar akan dosa yang pernah terjadi dalam hidupnya. Tiada mana-mana lelaki pun akan sanggup mengambilnya sebagai isteri jika tahu akan sejarah hitamnya. Liya reda dengan apa jua perlakuan Shah selepas ini. Dia hanya menggangguk dingin tanpa suara. Kereta pun melesat laju sebelum dirinya sempat bersedia.

***

"Mimi. You buat kerja macam mana haa? Macam mana diorang boleh lepas bernikah?" Azhael naik angin. Sedang berhubung dengan Mimi di dalam talian. Lelaki itu kini sedang mondar-mandir di rumah appartment yang dibelinya selepas mendapat wang dari Liya beberapa bulan lalu.

"Mana I tahu? You pun bukannya nak bertindak. Nak harapkan I je, memang tak lah I nak cegah diorang. Karang apa pulak dorang ingat," balas Mimi. Membela dirinya.

"You ni tak boleh pakai la, Mimi. Lain yang I harap, lain yang jadi." Azhael semakin bengang.

"Eiii, you ni asyik nak salahkan I je. Usaha la sendiri. Dahlah. Malas layan you. K bye." Talian ditutup dari pihak Mimi. Tidak kuasa mahu mendengar herdikan lelaki itu lagi. Tahu hanya nak mengarah orang aje.

Lepas ni biar si Azhael tu uruskan sendiri. Mimi sudah berhajat mahu menarik diri. Tidak mahu lagi terlibat dengan subahat ini. Asyik aku je. Dia bukan nak buat kerja. Dasar!

MaduWhere stories live. Discover now