6🍯 (Jalan Mati)

283 12 1
                                    

Shah Rizwan menghayun langkah laju di koridor hospital itu, cemas. Langkahnya tergesa-gesa sehingga hampir terlanggar katil pesakit yang sedang ditolak oleh dua orang staf hospital berkenaan.

"Ish. Ketepi lah. Dan-dan ni pulak lah nak lalu," tempiknya. Serentak dengan perbuatannya menolak katil kosong itu hingga sedikit berpusing. Mujur saja tiada pesakit di atasnya. Jika tidak, mesti dah tergolek ke lantai.

Dua orang misi hanya terpinga-pinga memerhatikan lelaki itu yang sudah berlalu dengan mempercepat langkah. Sempatlah juga misi tadi berbisik sesama sendiri, memberi tanggapan akan sikap orang tersebut. Dia yang langgar, tiba-tiba nak marah orang. Apa dah!

Shah tidak peduli pun meski orang mengata dirinya di belakang. Yang dia tahu, dia mesti segera melihat keadaan isterinya.

Dalam keadaan begini, keutamaannya hanyalah Mastura. Bahkan dia sanggup membatalkan meeting yang sepatutnya berlangsung tadi bersama pengarah syarikat yang merupakan bapa saudaranya sendiri, yaitu Tuan Emran. Mastura adalah lebih penting dari segalanya. Bahkan dari nyawanya sendiri.

Langkah lajunya terhenti sebaik dia tiba di hadapan wad yang diberitahu oleh Liya. Shah langsung menuju ke sana. Terlihat di depan wad, Liya sedang duduk di kerusi menunggu dengan wajah cemas. Segera Shah datang menghampiri.

"Hei. Mana isteri aku? Apasal dia jadi macam tu balik? Baru tiga hari lepas dia kena, dan hari ini jadi lagi. Setahu aku, dia akan jadi macam tu paling kerap pun seminggu sekali. Tapi semenjak kau ada ni, dia kerap pulak kena. Kau ada buat benda tak elok ke dekat dia?" Shah mengamuk membabibuta. Bukan sahaja dalam telifon Liya kena marah, bahkan depan-depan pun kena. Paling teruk, siap kena tuduh bukan-bukan lagi.

Liya kurang faham dengan herdikan dan tuduhan Shah yang tidak berasas itu. Dia lalu bangkit mengangkat punggung. Niatnya mahu membela diri dan menafi segala tuduhan Shah itu. Namun niatnya terbantut saat dilihat wajah garang lelaki itu sungguh menggerunkan untuk tatapannya. Akhirnya memilih untuk menundukkan wajah. Bibirnya cuba menzahirkan kata meski gementar.

"Tak. Saya..."

"Apa kau nak cakap lagi? Kau nak bela diri apa lagi?" Pantas Shah memangkas kata-kata Liya, membuatkan gadis itu terpempan menelan air liur. Terketar-ketar lututnya mendengar herdikan pedas lelaki itu tanpa mampu membela diri.

"Abang!"

Keduanya serentak mengalih pandang ke arah munculnya suara itu. Mastura telah tiba di muka pintu dengan keadaan sudah stabil.

"Mas. Ya Allah. Mas tak apa-apa? Abang risau sangat-sangat, Mas." Dengan segera Shah mendapatkan Mastura dan memeluk erat wanita itu.

Namun Mastura malah bertindak menolak dada Shah agar lelaki itu meleraikan pelukan. Bahkan Mastura juga memandang tunak suaminya itu dengan tenungan tajam.

"Kenapa abang marah dia?" tanyanya. Dia mempersoal tindakan Shah memarahi Liya tanpa sebab.

Shah terkedu. Soalan Mastura tidak mampu dijawap. Kini kekacauan hatinya sudah mula reda dengan melihat keadaan Mastura sudah sestabil itu.

"Mas, abang..."

"Mas tanya, kenapa abang marah dia? Dia tak salah, abang," marah Mastura dengan suara lembutnya. Sementara Liya hanya diam tertunduk, dan hatinya terasa segan.

"Mas. Abang risaukan Mas. Abang jadi hilang arah bila tahu Mas dalam keadaan begitu."
Shah memberi alasan. Bahu isterinya dipegang dengan kedua tangan.

"Abang risaukan Mas, sampaikan marah semua orang? Tuduh orang lain yang bukan-bukan. Begitukah abang?" soalan Mastura semakin serius. Dan Shah sekali lagi tidak mampu menjawap. Dia sedar dia telah silap menyembur orang sesuka hati.

MaduHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin