3🍯 (Membaking)

408 12 1
                                    

Liya akhirnya akur untuk ikut pulang ke rumah Mastura dan Shah apabila sepasang suami isteri itu bersungguh-sungguh memujuknya. Ikutkan hati, dia sebenarnya segan dan kurang selesa. Tetapi kerana tidak mahu menghampakan Mastira yang seperti amat berharap, Liya pun terpaksa menyanggupi.

Mastura yang sudah kembali stabil itu juga telah dibenarkan pulang oleh doktor malam itu juga. Sungguh misteri sekali sakit yang diderita oleh wanita itu. Sekejap kelihatan tenat dan amat tersika. Namun dengan hanya sedikit rawatan oleh doktor, dia pun kembali normal seperti tiada apa.

Hal itu telah mengundang rasa pelik di hati Liya, sekaligus risau untuk ikut bersama pulang ke rumah mereka. Namun kerana tidak mahu Mastura kecil hati, Liya abaikan saja perasaannya itu.

Keikutsertaan Liya pulang ke rumah Shah dan Mastura itu nampaknya telah mendatangkan rasa tidak sedang di hati Mimi. Gadis itu sedari tadi berkerut saja mukanya tak reda-reda. Lagi-lagi ketika melihat Mastura tersenyum gembira kerna Liya bersetuju untuk tinggal sementara dengannya, makin beranginlah Mimi nampaknya.

Tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu. Yang pasti dia tidak senang bila Shah terlalu mengikutkan saja segala kehendak isterinya. Baginya, Mastura terlalu mengada-ngada. Dan Shah pula dilihat berlebihan dalam melayannya

"Ceh! Orang lain pun berbini jugak. Tapi tak adalah sampai macam hamba abdi macam tu sekali. Apa yang bini dia nak, semua dia turutkan. Ikut je jari telunjuk bini tu." Mimi mengomel seorang diri sambil menyaksikan mereka telah bergerak pulang bersama-sama. Sementara dirinya, ada ke patut Shah tinggalkan begitu sahaja di depan hospital? Tak guna punya abang sepupu!

Sekejap! Bukan kau ke yang menolak bila Shah ajak balik sekali tadi? Kau memberi alasan yang boyfriend kau sekejap lagi nak datang pickup, sementara kereta kau telah didawa oleh towing untuk dihantar ke pusat service. Tiba-tiba pulak nak complain kena tinggal.

Mimi lalu menggulingkan anak mata bila dia teringat kembali akan penolakannya barusan. Ya, memang benar. Mimi telah menolak ajakan Shah dan Mas apabila mereka mempelawa untuk menghantar dirinya pulang. Mimi beralasan yang dia telah menghubungi teman lelakinya untuk datang menjemput.

Oopss. Pembetulan. Bukan teman lelaki. Tetapi hanya kawan lelaki sahaja. Hanya rakan, tidak lebih. Sekadar partner bekerja sama. Tidak tahu kerja sama apa yang mereka lakukan.

Tidak lama, sebuah Volkawagen Golf berwarna putih tiba di hadapan Mimi. Gadis itu pun menyeringai kegirangan. Kawan yang ditunggu telahpun sampai akhirnya.

"Hai Az! Sampai pun you. Lambat tau I tunggu you," tegurnya dengan gaya geletis.

Lelaki yang tidak lain dan tidak bukan adalah Azhael itu hanya menyungging senyum sumbing di bibir, dan membiarkan Mimi masuk serta menghenyak punggung pada seat sebelah. Tanpa sebarang kata, lelaki itu lalu melanjutkan pemanduan menuju ke destinasi berikutnya.

****

Pagi yang indah dan nyaman. Cuaca juga sepertinya sedang bekerja sama dengan mood hati hari ini. Membuat jiwa yang sentiasa dihiasi ketenangan itu bertambah semarak bersama bahagia.

Mastura mengatur langkah menuruni tangga menuju ke lantai bawah, di mana suaminya sedang menikmati sarapan seorang diri. Hanya sekadar roti bakar dan secawan kopi, tentu ianya perkara kecil bagi Shah untuk menyiapkannya sendiri.

Sedang Shah asyik menikmati sarapan, matanya lalu diubah ke arah tangga tika bayangan Mastura dikesan sedang turun dan menuju ke arahnya.

Cepat Shah menyudahi minumnya dan bergegas menyambut kedatang Mas yang baginya masih terlalu lemah itu.

"Mas. Kenapa turun? Abang ingat sekejap lagi abang nak bawa sarapan ke bilik." Shah telah menyambut Mastura yang baru tiba di kaki tangga. Isterinya itu lalu dipimpin untuk dibawa duduk di meja makan.

MaduWhere stories live. Discover now