2🍯 (Terima Kasih)

575 11 4
                                    

Mastura telah selamat mendapat rawatan di sebuah hospital selepas dikejarkan dengan segera. Berkat bantuan yang dihulur ikhlas oleh gadis bernama Liya, keadaan Mas kini berangsur stabil. Sementara menunggu ketibaan Shah, suaminya, Mas sudahpun selesai dirawat.

Kondisi wanita itu telah mengundang rasa janggal di hati Liya yang masih berada di situ. Bagaimana tidak? Sewaktu dijumpai tadi keadaannya begitu membimbangkan seperti sudah tiada harapan untuk membuka mata semula. Bersama darah segar yang dimuntahkan secara tiba-tiba dari mulutnya, Mastura kelihatan benar-benar sudah tenat.

Namun, sebaik dia dibawa ke hospital dan diberi sedikit rawatan, keadaan Mastura kini perlahan mula stabil. Bahkan lebih aneh lagi, doktor juga memberitahu bahwa Mastura sudah tidak apa-apa.

Seperti ada sesuatu yang janggal terjadi pada wanita itu. Terdetik hatinya untuk mengambil tahu, namun risau nanti di anggap busy body pula. Tapi, dia benar-benar ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Akhirnya Liya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita yang lebih muda dari pada Mastura itu. Gadis itu kini sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil tempat Mastura terbaring. Liya lalu menghampiri buat bertegur sapa dengannya.

"Er, Cik. Maaflah kalau saya agak menyebok. Boleh tahu tak? Sis ni sebenarnya sakit apa? Tadi nampak macam serius, tapi sekarang dah okey pulak?" Liya bertanya.

Gadis itu tersenyum manis sembari menghulurkan tangan tanda perkenalan. Maka dengan hati terbuka Liya menyambut huluran tangan tersebut disertai senyum mesra.

"Nama I Syamimi. Panggil Mimi je. I ni sepupu suami dia, abang Shah. Kak Mas ni dia mengalami sakit misteri. Kena buatan orang," tuturnya.

Gadis bernama Mimi itu nampaknya boleh tahan celupar sikit mulutnya. Bicaranya yang tidak bertapis itu dengan lancar sahaja dia hamburkan.

Pertuturan Mimi itu membuat Liya sedikit kaget. Dia sudahlah kurang faham dengan perkara sebegitu. Tetapi untuk kali ini, rasa ingin tahunya semakin menjadi-jadi.

"Haish. Apa Mimi cakap macam tu? Tak baik. Jatuh fitnah nanti." Mastura yang telahpun sedar pantas memintas kata-kata Mimi. Dia tidak mahu menyimpan perasangka seperti itu. Kerana dia yakin, segalanya adalah ujian dari Allah.

"Apa yang fitnahnya kak Mas? Dah jelas-jelas kak Mas sakit ni akibat perbuata orang. Sampai doktor pun tak dapat nak detect apa penyakit kak Mas. Lagi nak cakap fitnah," balas Mimi dengan selamba. Tak lupa, tampang kerek turut dipamer sekali. Itu merupakan ciri khasnya bila sedang tidak puas hati.

Liya hanya memerhati kedua wanita itu bersembang secara berselang seli. Hendak menyampuk tidak reti. Akhirnya Liya memilih untuk mendiamkan diri.

"Adik. Nama adik apa?" Suara lembut Mastura didengari oleh Liya, dan kali ini dituju padanya.

"Er, saya sis?" Liya menunjuk dirinya sendiri.

Mastura mengangguk kecil bersama senyum yang dikuntum di bibir pucatnya. "Kak Mas nak ucap terimakasih banyak-banyak sebab tolong kak Mas. Suami kak Mas pula masih on the way dari Banting. Terimakasih banyak atas pertolongan awak," tutur Mastura. Lemah lembut bicaranya. Wajahnya yang pucat tetap berusaha menghadirkan sebaris senyum yang mendamaikan. Jauh sekali dari duka mahupun kecewa.

Dia tahu penyakitnya itu bila-bila masa sahaja boleh datang menyerang. Dan anehnya, meski pelbagai rawatan dilakukan tidak akan berkesan jika ianya belum cukup 40 minit menyerang tubuh, sakitnya itu tetap tidak akan reda. Jika sudah cukup tempoh 40 minit, maka sakit tersebut akan reda dengan sendiri. Mastura tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas semula. Bagaimanapun, dia tetap berterima kasih atas usaha gigih gadis itu membawanya ke hospital.

MaduМесто, где живут истории. Откройте их для себя