❀ ; CHAPTER EIGHT 。

44 12 41
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

"Ow!"

Secara refleks, Selena memasukkan jari telunjuknya yang luka akibat terhiris oleh pisau ke dalam mulutnya. Thorn yang duduk berhadapan dengan Selena mengerutkan batang hidungnya.

"Ish, kau ni. Buang kulit bawang pun boleh luka," omel Ice yang bangun dari kerusi dan mengambil tisu lalu menarik jari Selena keluar dari mulutnya. Perlahan-lahan dia membalut luka Selena menggunakan tisu tersebut, memastikan semua darah yang keluar telah dilap.

"Guna jelah jari kau macam Thorn. Sibuk nak pakai pisau buat apa?" Sambungnya. Dia sengaja menekan luka Selena, menyebabkan gadis itu terjerit kesakitan.

"Kat rumah aku pakai pisau bila tolong ibu, elok je tak luka. Kat sini baru aku luka," Muncung sedepa bibir Selena dibuatnya, cuba pertahankan dirinya.

"Kau tak rasa bawang ke dalam mulut...?" Soal Thorn, mengangkat kening kanannya. Betul juga. Kedua-dua belah tangan Selena digunakan untuk membuang kulit bawang putih sebentar tadi.

"Blueh!" Selena menjelirkan lidahnya, wajahnya juga berkerut kerana berasa jijik dengan rasa bawang putih yang tiba-tiba meresap ke seluruh ruang mulutnya selepas Thorn menegur akan perihal itu.

"Nah, nah," Thorn menuang air tembikai ke dalam sebiji gelas lalu dihulurkan kepada Selena untuk membuang rasa yang kurang enak di dalam mulutnya. Selena apa lagi, pantas diteguk air tembikai itu.

"Engkau duduk situ diam-diam. Nak habis dah pun bawang putih ni," ujar Ice selepas menampal plaster pada jari Selena yang luka.

Kemudian, tangannya sambung melakukan kerja yang tergendala sebentar tadi. Seulas bawang putih yang direndam di dalam sebuah mangkuk berisi air sejak malam semalam diambil dan kulitnya dibuang satu per satu. Thorn, mengulangi langkah yang sama dan lama-kelamaan, semua bawang putih yang berada di salam mangkuk itu habis dibuang kulit.

"Selena," panggil Thorn. Selena memandangnya sambil berkelip mata.

"Apa?" Sebaik sahaja Selena habis menyoal, Thorn laju mendekatkan tangan kanannya dengan hidung Selena. Akibatnya, bau bawang putih yang melekat pada tangannya memasuki rongga hidung Selena. Gadis itu menepis tangan Thorn, terbatuk beberapa kali untuk mengeluarkan bau bawang putih yang sudah sampai ke ruang tekaknya.

"Ah! Apa masalah kau?" Thorn terkekek ketawa. Sengaja mencari masalah dengan Selena. Ice yang berada di antara mereka hanya menghiraukan kanak-kanak bawah umur itu. Dia bangun dan membuang air rendaman tadi serta memasukkan bekas yang menyimpan bawang putih tadi ke dalam peti sejuk.

"Kalau korang nak main kat luar, pergi sekarang. Kejap lagi bila dah pukul enam baru mengada nak keluar," beritahu Ice. Dah macam nada bapa-bapa pula. Jam di dinding dikerling, tepat menunjukkan pukul empat petang.

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNWhere stories live. Discover now