❀ ; CHAPTER SIX 。

43 11 26
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

"Wei, kenapa kau tak balas mesej aku?" Sebagai seorang sahabat, Thorn faham Selena tidak dapat pulang ke kampung dengan lebih awal memandangkan bapanya sibuk mencari rezeki untuk menampung mereka sekeluarga. Namun, dia pasti bahawa ia bukan satu penghalang untuk Selena terus berkomunikasi dengan lelaki itu.

"Oh, pasal tu..."

"Actually, aku ada mintak tolong Tok Aki. Aku tanya bila birthday kau, flavour kek kegemaran kau and ada sesuatu ke yang kau nak. Jadi, aku buat plan dengan Tok Aki buat surprise untuk kau. Tapi, aku ni jenis tak pandai simpan rahsia so, sebab tu aku elak dari chat kau. Aku takut aku bongkarkan pelan sendiri," terang Selena. Pipinya yang tidak gatal digaru sambil tersengih.

Thorn menatap Selena dengan riak wajah yang terkejut. Terharu? Ya, itulah apa yang dia rasa sekarang. Sangat terharu. Hatinya sangat tersentuh dengan usaha yang gadis itu lakukan demi hari lahirnya yang tidak pernah diambil berat oleh Thorn sendiri.

Adakah ini kebaikkan mempunyai seseorang yang dipanggil sebagai kawan? Boleh ke dia dapat merasai perasaan ini jika dia berkawan dengan mereka yang sebaya dengannya di kampung itu sejak dari dulu?

"Selena... Birthday kau bila?"

"Kenapa? Kau nak sambut jugak ke sebab aku sambut birthday kau?" Soalan Selena bernada gurauan. Dia juga menyiku lengan Thorn sambil mengangkat keningnya berulang kali.

"Kau lambat semusim. Birthday aku time musim bunga so means dah lepas," jawab Selena apabila Thorn menjelingnya kerana gurauan yang dilakukan tadi. Mendengar jawapan itu, Thorn yang sedikit kecewa mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"By the way... Tu apa?" Dengan perasaan ingin tahu, jari telunjuk Thorn menunding ke arah sebuah jam yang dipakai pada pergelangan tangan kiri Selena.

"Ni? Jam tangan detak jantung. Ingat tak aku pernah bagitahu kau yang doktor kata aku dah makin baik? Maksudnya, aku dah boleh buat aktiviti berat. Doktor sarankan aku pakai jam ni untuk periksa keadaan jantung aku supaya aku tak overwork badan sendiri," ujar Selena. Lengannya diangkat dan digoyangkan sambil bibirnya mengukir senyuman tipis.

"Thorn, kau tak beli barang dapur ke? Peti sejuk kau ada boost juice and buah je," Ice akhirnya munculkan diri selepas geledah dapur Thorn. Dia bersandar pada pintu, menyilangkan tangan pada dadanya.

"Biasanya, Tok Aki ajak Thorn makan dengan dia. Katanya, dia sunyi. Thorn beli makanan bila Thorn nak makan je,"

"Ah, sebab tu ke kau tak ada rasa keperluan nak beli barang dapur?" Ice mengaru belakang kepalanya. Matanya membulat sempurna sebaik sahaja dia menyedari sesuatu yang amat penting.

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNOnde as histórias ganham vida. Descobre agora