❀ ; PROLOGUE 。

129 19 17
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Beep.

Aku bosan. Itulah bunyi yang selalu bergema di seluruh ruang bilik tidur aku. Sudah naik muak aku mendengarnya setiap hari. Pagi, tengah hari, petang mahupun malam.

Setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Sejak kecil lagi, aku dikelilingi oleh bunyi tersebut bersertakan empat lapisan konkrit yang mengurung aku daripada menjejakkan kaki ke luar. Tidak dilupakan tentang ventilator yang setia berada di sisi katil aku ─ sebagai langkah berjaga-jaga jika terdapat kecemasan mahupun perkara yang tidak dijangka berlaku. Sejujurnya, aku masih tidak faham bagaimana ia berfungsi walaupun setelah lima belas tahun aku memakainya.

Sebuah gajet yang dipanggil telefon juga tidak dapat membantu aku menghilangkan perasaan bosan ini. Tiada apa yang menarik untuk dilihat pada skrin itu.

Mesej? Panggilan telefon? Telefon aku tidak sama sekali menerima semua perkara itu.

Aku tidak ada seseorang untuk dipanggil sebagai teman ─ adakah ia juga dipanggil sebagai kawan? Tak. Adakah kedua-dua ini adalah perkara yang sama? Aku tidak pasti. Namun, ada sesuatu yang boleh dilabelkan dengan panggilan kedengaran istimewa itu; anak patung berbentuk beruang yang dihadiahkan oleh datuk aku semasa aku berumur lapan tahun.

Itulah kali terakhir datuk datang melawat cucu perempuan tunggalnya, aku. Kata ibu, kesihatan datuk semakin teruk. Dia tidak mampu berada lama di dalam kereta api dari kampung untuk menuju ke sini.

Kasihan datuk. Aku mahu berjumpa dengannya. Mahu bermain dengannya. Mahu berbual tentang pelbagai benda dengannya. Malangnya, keadaan aku tidak mengizinkan hajat aku untuk tercapai.

Datuk selalu bawa buku bergambar atau kepingan foto yang ditangkap olehnya di kampung sebagai buah tangan ketika dia datang melawat aku. Matahari, langit yang kebiruan serta kemerahan, laut, serangga, pokok yang besar, bunga yang pelbagai warna ─ aku suka semua yang ditangkap oleh datuk.

"Bila Selena dah sembuh, tok nak bawak kamu keliling satu dunia. Tok nak bawak kamu tengok semua benda yang kamu tak pernah lihat sebelum ni. Tok janji,"

Aku ingat janji datuk. Aku pun tidak sabar untuk lihat perkara yang indah di luar sana bersama datuk.

Bagaimana rasanya apabila menghirup udara segar di luar?

Bagaimana rasanya berjalan di bawah cahaya matahari yang membakar kulit?

Bagaimana rasanya ditolak oleh angin yang kencang semasa menunggang basikal?

Bagaimana rasanya berlari di atas pasir bersama ombak melanggar dari hujung jari kaki hingga ke betis?

Aku mahu mendengar kicauan burung.

Aku mahu mendengar deruan ombak.

Aku mahu tahu segala rasa itu.

﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌

« S.ELENA'S CORE MEMORIES »

ELENA'S CORE MEMORIES »

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" bosan. bosan. bosan. bawak aku keluar dari sini. bebaskan aku dari badan yang tak berguna ni. apa salah aku sehingga diberikan ujian sebegini ? "

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

my third time trying to
write a romance story TT

©latteracha

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNWhere stories live. Discover now