❀ ; CHAPTER FOUR 。

60 13 39
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

"Ibu, tak boleh ke kita tunggu Thorn?" Soalan Selena itu membuatkan Shouka berasa serba salah. Dia memandang ke arah suaminya yang mengeleng sebagai jawapan. Azuki juga berasa simpati. Anak tunggalnya itu sudah mempunyai kawan pertamanya namun, mereka tidak dapat berjumpa sebelum mereka sekeluarga pulang semula ke bandar.

"Sorry, Lena. Kita kena cepat sebab ayah ada urusan penting. Musim panas tahun depan kita datang sini balik, okey?" Tahun depan? Selena dapat merasakan bahawa ia akan mengambil masa yang panjang sebelum tiba musim panas yang seterusnya.

"Okay..." Selena akur. Dia tahu dia tidak boleh membantah. Bukannya ibu bapanya itu sengaja melarang dia berjumpa dengan Thorn. Masa yang mencemburui mereka.

"Ayah, kitorang balik dulu. Jaga kesihatan ayah. Jangan buat kerja berat. Mintak Kenji buatkan," pesan Azuki. Tok Aki tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

Dia kemudian merasakan badannya dipeluk oleh seseorang yang bertubuh kecil darinya. Tok Aki membelai rambut Selena dengan lembut sebelum melutut supaya matanya separas dengan mata cucunya. Selena memeluk datuknya sekali lagi dengan erat.

"Selena jaga diri tau kat sana. Hantarlah mesej kalau rindu atok. Kalau Lena nak call pun boleh," Tok Aki mengusap kedua belah pipi Selena dengan penuh kasih sayang. Masa berlalu dengan begitu pantas. Tidak puas hatinya ingin manjakan cucunya.

"Okay, atok pun jaga diri," Selepas menguraikan pelukan, Selena membuka pintu dan masuk ke dalam kereta bapanya. Tingkap diturunkan lalu mereka melambai tangan kepada Tok Aki─ kecuali Ice.

Tok Aki meletakkan kedua belah tangannya di belakang pinggang. Dia melepaskan keluhan kecil.

'Mana kau pergi, Thorn?'

❰ ❀ ❱

"Eh? Dorang dah pergi?" Thorn, dalam keadaan yang tercungap dan dadanya turun naik dengan laju, menyoal. Tangan kirinya sedang memegang beg plastik berwarna jingga.

"Kau buat apa sampai lambat datang?" Soal Tok Aki semula selepas mengangguk kecil.

"Dia kata nak makan buah pic sebelum balik semalam. Thorn belikan untuk dia tadi tapi semua kedai dah habis stock. Yang ada pun kat kedai Makcik Masako," terang Thorn sambil berjalan lalu duduk di pondok kayu kecil yang terletak berdekatan dengan rumah Tok Aki.

Tok Aki merenung pekerja paling mudanya itu dengan lama. Kedai runcit Masako? Biar betul budak ni? Kedai runcit itu terletak di hujung pekan. Ia boleh mengambil selama lima belas minit ke dua puluh minit untuk tiba di sana. Pekan di kampung ini bukan kecil namun, besar ─ bersesuaian dengan jumlah penduduk di sini.

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNWhere stories live. Discover now