❀ ; CHAPTER SEVEN 。

49 11 23
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

"Festival bunga api?"

Poster yang berada di atas meja makan diambil oleh Selena sebelum dibeleknya. Setiap patah perkataan padanya dibaca dalam hati lalu dia mengerling ke arah Ice dengan penuh tanda tanya, inginkan jawapan daripada lelaki yang sedang memasak lempeng untuk sarapan mereka.

"Ada makcik bagi aku poster tu semalam kat pekan. Kau pernah dengar kan hujung musim panas ada bunyi bunga api? Sebab festival tulah," Benar kata Ice. Setiap tahun, sebaik sahaja musim panas hampir tamat, Selena akan dapat melihat letupan bunga api di langit dalam pelbagai bentuk dan warna; bunga, bintang serta haiwan. Dia tidak dapat pergi ke setiap festival itu namun, dia berpuas hati dapat melihat corakan bunga api itu dari tingkap bilik tidurnya.

"Ice," Tidak perlu dia mengalihkan anak matanya daripada lempeng yang dimasak olehnya ke Selena untuk Ice mengetahui apa yang perempuan iti cuba lakukan.

"Tengoklah macam mana nanti. Kalau kondisi kau okey, aku bawak kau ke sana,"

"Promise?" Ice tidak membalas dan ia membuatkan Selena mengeluarkan bunyi pelik supaya dapat memaksa lelaki itu berjanji dengan dia.

"I said, depends on your condition," Nada yang digunakan adalah tegas. Bibir Selena dijuihkan.

"Lena, Ice. Ada orang kat luar. Nampak macam baya Lena. Kawan Lena ke tu?" Perbualan di antara mereka yang tidak mencapai kata sepakat disampuk oleh soalan daripada Shouka yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Oh, tu mesti Thorn," Belum sempat Selena ingin bangun daripada tempat duduknya, Ice terlebih dahulu menarik belakang baju Selena, menyebabkan gadis itu terduduk semula.

"Makan dulu baru kau boleh pergi main," Selena berdecit namun, dia akur. Sarapan itu penting untuk membekalkan tenaga supaya manusia dapat menjalani aktiviti harian, dia sedara akan hal itu.

"Jangan masam mencuka muka tu masa makan. Orang tua kata nanti rezeki tak nak masuk," tegur Ice yang menarik kerusi di hadapan Selena.

"Orang tua yang kau cakap tu mesti kau kan?" Tidak semena pipi Selena ditarik kasar oleh Ice. "Kau makan jelah,"

"Ibu pergi bagitahu dialah. Kesian dia nanti kene tunggu Lena," ujar Shouka lalu keluar dari kawasan dapur, tidak mengharapkan balasan daripada mereka berdua. Selepas memastikan wanita itu hilang daripada pandangan mereka, Ice memandang Selena dengan wajah yang serius.

"Selena..." Ice kelihatan teragak untuk menyambung perbicaraannya. Lehernya digosok manakala anak matanya menghala ke bawah.

"Are you sure it's a good idea to hang out with that guy?" Soalan Ice membuatkan Selena memberikan lelaki itu pandangan yang hairan. Kening kanannya dijongket, menandakan dia tidak faham dengan apa yang baru sahaja disoal oleh Ice.

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNWhere stories live. Discover now