❀ ; CHAPTER ONE 。

123 16 65
                                    

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ ❀ ﹌﹌﹌﹌

"Ibu, kalau Selena nak bukak tingkap boleh?"

"Tak boleh. Nanti kepala Selena terputus, padan muka,"

Selena memuncungkan bibir. Bukannya dia nak keluarkan kepala, cuma tangan sahaja. Mahu rasa udara lalu pun tak boleh.

Tetapi Selena menarik bibirnya dengan segera. Dia tidak mahu moodnya rosak disebabkan perkara yang kecil. Selena sudah cukup bersyukur kerana boleh duduk di dalam kereta dan berada di luar selain bilik tidurnya. Pemandangan di luar kelihatan indah walaupun lebih seronok jika dia dapat menikmatinya bersama udara yang meluncur laju melepasi kereta yang dipandu oleh bapanya.

Selena; nama yang bermaksud bulan. Dia mempunyai tubuh yang lemah sejak dari kecil lagi, menyebabkan stamina Selena lebih rendah daripada stamina mereka yang sebaya dengan dia. Gadis beriris ruby itu juga tidak boleh bergerak dengan bebas dalam jangka masa yang lama. Disebabkan itu juga Selena perlu duduk di rumah setiap masa. Ventilator di biliknya adalah benda yang membantunya untuk terus bernafas jika terdapat kecemasan berlaku.

Dan akhirnya selepas enam belas tahun Selena berkurung di dalam biliknya, doktor membenarkannya keluar tetapi dengan syarat, jururawat yang ditugaskan untuk memantau dia selama ini perlu ikut dan menjaga dia. Setelah berbincang, Selena, ibu bapanya dan jururawat itu sedang dalam perjalanan menuju ke kampung, tempat tinggal datuk yang dia rindukan.

"Tak boleh ke tunggu kita sampai sana dulu? Tak reti nak sabar betul," Ah, itu dia. Si jururawat kepoh, Ice Escarcha. Selena tak tahu kenapa nama keluarga dia terlalu membelitkan lidah. Mungkin setiap orang di luar negara mempunyai nama seperti itu.

"Diamlah kau," balasnya, menjeling ke arah Ice yang duduk menghadap tingkap kereta bahagian belakang pemandu. Lelaki yang lebih tua darinya itu mengerling tajam pada Selena sebagai balasan.

"Selena, kita dah nak sampai. Ibu tahu Selena teruja tapi jangan terus belari sana sini," Pesanan ibu Selena disahut 'Baik,' olehnya.

"Kalau tak, kau kena pakai Ivy sepanjang kau kat sini," Sengaja Ice mengangkat 'Ivy' dan menggoyangkannya ke kanan dan ke kiri di hadapan wajah Selena yang berkerut.

Ya, Ivy. Nama yang diberi oleh Selena kepada penyedut oksigen mudah alih. Selain daripada anak patung beruangnya, penyedut oksigen ini telah bersama dengan Selena untuk tempoh masa yang sangat lama. Walaupun dia sering tukar penyedut oksigen itu seperti dia tukar baju, Selana masih memberikan nama tersebut.

Sedang dia menikmati pemandangan, dia dapati terdapat sebuah ladang yang sangat luas. Ia dibahagikan kepada beberapa buah petak. Lebih daripada enam mungkin. Walaupun setelah beberapa minit bapanya memandu di sepanjangnya, padang itu seolah-olah tiada penghujung.

"Macam pernah nampak lah ladang ni," Soal Selena, berasa curiga.

"Ladang atok kau. Kan ada gambar dia bagi kau sebelum ni," jawab Ice.

DANDELIONS | BOBOIBOY THORNजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें