G8

314 36 0
                                    

Damy menutup pintu biliknya kemudian berjalan menuju ke arah lift.

Dia siap berpakaian jaket hud hitam, rambutnya pula sudah didandan cantik. Penampilan walaupun sebagai seorang pemain biasa juga adalah menjadi satu aspek yang penting untuk Gamer Academy. Walaupun Akademi ini hanya dipenuhi dengan ajaran mengenai cara bermain permainan video, dan mengenali setiap alatan permainan video, namun selain itu mereka juga ada subjek-subjek tambahan seperti Fashion and  Self Appearance, Design in Real World, Art.

Mungkin orang luar agak pelik kenapa Gamer Academy dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang pandai bergaya dan sentiasa terjaga penampilan mereka. Namun bagi pelajar Gamer Academy, mereka semua sudah biasa melihat bermacam-macam jenis fesyen dan penampilan menarik di sini. Itu juga menjadi salah satu peraturan mereka ketika bergelar sebagai seorang pelajar Gamer Academy.

Damy berhasrat mahu mengunjungi satu  bangunan baru yang baru sahaja dibuka hari ini di Gamer Academy. Mereka menambah satu bangunan yang dikatakan menjadi kemudahan untuk para pelajar menghabiskan masa lapamg mereka di sana.

Jadi Damy tertanya-tanya agaknya apa yang ada di bangunan baru tersebut.

Ketika dia berjalan ke arah bangunan itu, dari jauh lagi dia dapat melihat ramai betul manusia yang masuk ke dalamnya. Ye lah pelajar Gamer Academy sahaja sudah beribu-ribu. Pastilah mereka semua pun mahu melihat apa yang ada di dalamnya.

Bangunan bewarna hitam, mempunyai cermin bewarna ungu. Sangat cantik!

Di atasnya tertulis satu perkataan.

'The Black Closet'

Oh jadi tu ke nama bangunan tersebut?

Ketika sedang ralik memerhati papan tanda dan maklumat yang diletakkan di hadapan bangunan itu, seorang lelaki dewasa berdiri di sebelahnya.

"Cantik betul bila dah cat bangunan ni ye."

Damy memandang ke arah sisinya. Terkejut dia melihat wajah yang dikenalinya itu berdiri di sebelahnya...

EH NANTI DULU!

BUKAN DIA SEORANG SAHAJA YANG ADA!

"Tengok lah siapa design... Bekas pelajar paling disayangi ni." Kata Zayne.

Bunny hanya menjulingkan matanya ke atas apabila mendengar kenyataan darupada Zayne itu. Menyampah sungguh rasanya apabila dia memuji diri sendiri.

"Kenapa guna warna hitam dan ungu Zayne,... Sakit mata aku tengok, sama macam karakter Hydra kau." Suuin menggosok-gosok matanya. Pedih pulak tiba-tiba.

Dia dengki sebenarnya.

"Kau nak expect aku letak warna apa? PINK?"

"Boleh juga tu, Eden mesti suka." Ujar Leondre yang sudah tergelak terbahak-bahak apabila mendengarkan hal itu.

Leondre yang tadinya terhibur dengan perbualan rakan-rakannya itu terhenti apabila memandang ke arah seorang budak perempuan di sisi Bunny yang seolah-olah tergamam melihat ke arah mereka.

Macam dia kenal wajah itu...

"Jom, kita ushar sikit dalam bangunan baru tu. Aku harap dia orang buat lah macam yang kita nak tu." Zayne terus mengajak mereka semua dan diikuti dengan Bunny, Suuin. Manakala Leondre   berhenti memberi senyuman kepada  Damy. Damy terkejut.

Leondre!

Leondre senyum kat dia!

Leondre, Bunny, Suuin, semuanya ialah ahli pasukan The Tyrants dan Eden! Omg!

Zayne pula turut ada!

Dia tak sangka yang dia boleh jumpa mereka semua depan-depan! Nak pula si Leondre memberikan senyuman kepadanya!

GAMER 3 [OG]Where stories live. Discover now