G4

2K 265 62
                                    

Kelas pertama bakal bermula pada pagi itu. Damy hanya memerhati semua pelajar senior yang mula memasuki kelas itu .

Ramai senior mereka yang menegur Loren yang berada di sebelah gadis itu. Damy hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan senior-senior di sekelilingnya.

"Loren! nice to meet you" Tegur seorang senior lelaki yang baru melintasi hadapan Damy.

Loren dengan muka tanpa riak hanya memberikan sedikit senyuman kepada senior yang menegurnya itu.
Selepas senior itu mengambil tempatnya, Loren kembali mengeluh sambil bermain dengan tablet nya.

Damy hanya tersenyum memerhati Loren disebelahnya itu. Pasti sukar bukan menjadi anak kepada Pro Gamers terkenal. Dia sedikit memahami apa yang dilalui oleh Loren ketika itu.

"Loren"

Loren memandang ke arah Damy yang menyapanya.

"hm?" balas Loren malas.

"kau vvip students kan?" soal Damy.

Loren hanya memerhati mata Damy.

"ye.. kenapa?" soal Loren menjawab soalan gadis di sebelahnya itu.

"Kenapa belajar kat kelas ni? kenapa tak join vvip students kat aras atas?" soal Damy lagi.

Loren hanya mendiamkan dirinya seketika selepas mendengar soalan daripada Damy itu. Dia sebenarnya sudah muak dengan perkara itu. Bila semua orang sibuk memandang tinggi kepadanya dan menanyakan mengapa dia masih berada di kelas bawahan seperti ini sedangkan boleh sahaja dia belajar di aras vvip students ditempatkan.

Adakah itu perlu menjadi satu isu kepada mereka? salah ke dia mahu bermula dari awal?.

"hier ist besser" keluar tuturan german lelaki itu dimana yang bermaksud (Here is better) . Damy agak terkejut sebenarnya mendengar bahasa German dari mulut Loren. Baru dia tahu lelaki itu boleh berbicara German, walaupun ibu dan ayahnya ialah orang Jepun. Mungkin Loren banyak diajar oleh Eden dan Luke yang fasih berbahasa german.

"Ich verstehe" balas Damy. Loren hanya memandang sekilas gadis itu kemudian dia kembali fokus pada kelas yang akan berlangsung.

Professor memasuki kelas itu dan mendapat dirikan hormat dari semua pelajar.

"Guten Morgen, wie geht es dir heute"

"Fein" balas satu kelas membuatkan Professor tersenyum ceria.

Gamer Academy yang sekarang memang wajib menggunakan bahasa German sepenuhnya ketika belajar. Mereka mahu mengajar para pelajar di situ supaya lebih fasih berbahasa German. Kerana mereka juga bakal berlawan di negara itu jika perlawanan besar berlangsung atau apa sahaja perlawanan.

Agak sukar bagi pelajar-pelajar daripada negara luar mahu membiasakan diri mereka di Gamer Academy. Sebab itu juga ramai pelajar di situ asalnya daripada German seperti Damy. Bagi anak pro gamers yang pernah menuntut di Gamer Academy sangat beruntung kerana mereka sudah pasti belajar bahasa German daripada ibu atau bapa mereka seperti yang dilalui oleh Loren.

"Was du lernen heir,.."
Translation: What you'll learn here.

Professor memulakan sesi pengenalan pembelajarannya pada hari itu dan dia memandang setiap wajah murid-muridnya sebelum pergi ke setiap meja mereka untuk menerangkan satu demi satu perkara yang mereka bakal belajar di kelasnya.

"Strategisieren Sie Ihren Pro-Gaming-Karrierefokus, Ihre Zielorientierung und Ihren Ansatz"
Translation: Strategize your pro gaming career focus, goal orientation and approach.

GAMER 3 [OG]Where stories live. Discover now