G3

2K 274 103
                                    

Pada pagi itu, Loren sudah lama terpacak di hadapan pintu kelas Gamer Academy, sempat dia menjenguk ke dalam kelas tersebut.

Seorang gadis sedang duduk di hadapan monitor sambil mencatat beberapa nota di dalam buku nota kecilnya.

Loren hanya memerhati gadis itu dari pintu kelas tersebut.

Damy fokus pada game yang dipermainkan oleh Minus-Y secara live di youtube. Jika dia 'detect' sedikit kesalahan yang dilakukan oleh Minus-Y, dia akan mula mencatat di buku nota kecilnya. Minus-Y agak terkenal pada tahun ini dikalangan Gamers. Sedangkan para Pro-Gamers juga mencari siapakah Minus-Y.

Loren mendekati gadis itu sambil mencuri lihat apa yang dicatatkan oleh gadis itu. Dia memanjangkan lehernya ke arah permukaan kertas kecil yang dipegang gadis itu.

Berkerut-kerut Loren membaca:

'Dia tak banyak gerak belah kiri'

'Minus-Y ada kucing sekor'

'Jari tangan dia lawa'

Wait-

WHAT?

"Bruh."

Damy terkejut apabila mendengar sebuah suara di belakangnya. Damy berpaling melihat ke arah seorang lelaki berpakaian serba hitam dan berkasut putih itu menghampirinya.

Cepat-cepat Damy menarik buku nota kecilnya di dakapannya. Dia tidak mahu lelaki itu melihat apa yang ditulisnya.

"Aku dah nampak" Ujar Loren kemudian dia mengambil tempat di tepi meja gadis itu. Damy hanya memerhati Loren yang mula mengeluarkan laptop mahalnya.

Damy yang baru sedar bahawa disebelahnya itu ialah Loren iaitu anak kepada Eden terus terkedu melihat lelaki itu.

Loren hanya mengabaikan gadis itu yang sedang memandangnya.

Kelas itu masih sunyi tanpa penghuni kecuali mereka berdua yang rajin datang seawal itu.

Loren meletakkan laptop nya di atas meja kemudian mula menghidupkan laptop tersebut.

Laju jarinya menaip 'Minus-Y'  di search Youtube.  Kebetulan ketika itu Minus-Y masih live.

⊂(´・◡・⊂ )∘˚˳°⊂(´・◡・⊂ )∘˚˳°⊂(´・◡・⊂ )∘˚˳°

Munich,Germany

Munich,Germany

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GAMER 3 [OG]Where stories live. Discover now