Ch50: Bahaya Di Stesen TAPOPS

ابدأ من البداية
                                    

Adudu: Tak masuk akal?

Nut: Cuba tengok ni.

Nut tunjukkan mereka mesej yang ada dipindahkan. Mesej tersebut kelihatan rosak. Ia menghilang dan muncul semula dengan pantas.

L.Tarung: Hmm.....aneh betul....

Nut: Saya dah cuba dekod dengan sistem komputer stesen TAPOPS tapi tak berjaya. Kita perlukan komputer yang lebih canggih untuk dekod mesej ni.

K.Kokoci: Hmm....

Adudu: Macam mana dengan Tempur-A? Komputer kat situ boleh tahan jugak.

L.Tarung: Tidak. Sistem komputer mereka takkan dapat membantu kita. Saya rasa.....kita patut cuba minta bantuan luar.

K.Kokoci: Bantuan luar?

L.Tarung: Saya ada kenal seseorang. Dia pernah bekerja di pasaran gelap tapi sekarang dia dah bersara.

Adudu: Pasaran gelap weh....

Probe: Nanti dulu!! Kalau pasaran gelap,cuma ada beberapa alien saja yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang teknologi!!

L.Tarung: Ya. Kenalan saya bukannya yang terbaik,tapi dia mungkin boleh tolong kita.

Nut: *gasp* Apa ni...?!?!

Skrin komputer menunjukkan mesej itu berubah menjadi virus yang kemudian tersebar ke seluruh stesen.

K.Kokoci: Ha?!? Apa jadi?!?

Adudu segera memeriksa komputer lain yang ada. Dia dapat lihat virus itu telah merebak ke seluruh stesen dan kapal yang ada di stesen TAPOPS.

Adudu: Habislah!! Virus tu dah merebak ke seluruh stesen!! Kapal angkasa pun sama!!

L.Tarung: Cepat halang virus tu dari tersebar! Saya akan dapatkan kawan saya!!

L.Tarung melangkah keluar dari situ dan pergi ke biliknya untuk hubungi seseorang.

SKIP TIME

Di planet Cutia,planet percutian yang terkenal dengan aktiviti rekreasi seperti ski air,luncur ombak,casino dan macam-macam lagi,terdapat alien berkulit biru dengan rambut merah panjang sampai ke pinggang.

Dia duduk berjemur di tepi pantai bersama secawan koktail buah di sebelahnya. Pembantunya yang berpakaian butler berjalan ke arahnya dan serahkan telefon yang berdering. Dia ambil telefon tu dan jawab panggilan telefon.

???: Hello? Siapa ni?

L.Tarung: Yo. Ini aku.

???: Tarung!?! Kau masih simpan nombor aku?!!?

L.Tarung: Dah tentu. Aku takkan lupakan apa kau buat 10 tahun lepas!

???: *gulp* Err.....rilek,jangan marah. Aku terpaksa masa tu....

L.Tarung: *sigh* Perkara tu letak tepi dulu. Aku nak minta tolong kau.

???: Kau nak minta bantuan aku?

L.Tarung: Ya. Aku nak kau datang ke koordinat yang aku akan berikan dan kau kena tolong aku.

???: Ada bayaran tak......??

L.Tarung: Nak aku masukkan kau dalam penjara?

???: Tak! Tak! Tak! Aku akan ke sana!

L.Tarung: Bagus.

L.Tarung menamatkan panggilan dan pergi ke bilik simpanan power sfera. Kelihatan Adudu dan Nut berusaha menghalang virus itu dari tersebar lebih luas.

Nut: Kami sedang cuba kekalkan virus tu di stesen ni!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING حيث تعيش القصص. اكتشف الآن