Aku bangkit dari duduk. Dulang jug aku bawa masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah petang.


Aku mencuci pinggan dan cawan yang ada di dalam sinki. Sedang aku mencuci, fikiran aku melayang memikirkan masa depan aku dan Dyan. Macam mana aku mahu menyara Dyan sedangkan aku hanya seorang lepasan SPM. Pembelajaran aku pun tidak aku habiskan. Takkan aku mahu bergantung pada papa dan Alang sampai bila-bila.

"Jauh termenung dik"tegur satu suara menyedarkan aku dari lamunan. Kepala ku toleh melihat si gerangan.

"Alang, Dyan mana?"tanya ku.

"Ikut papa jalan-jalan naik motor"jawab Alang menapak ke arah island dapur.

"Oo.."jawab ku ringkas.

"Kau kenapa dik. Termenung je. Kalau ada masalah, bagitahu aku"tanya Alang.

Aku mengeluh berat. Pili air ku tutup dan tangan aku lap menggunakan kain bersih. Badan ku balikkan menghadap Alang.

"Adik terfikir pasal masa depan adik dengan Dyan. Macam mana adik nak sara Dyan. Adik ni, kerja pun tak ada. Kelayakan pun setakat SPM je"ujar ku merendah diri.

"Aku ada. Papa pun ada. Aku boleh sara Dyan. Aku ni abang kau dan aku ni pak cik Dyan. Dah memang jadi tanggungjawab aku"jelas Alang.

"Takkan nak harapkan kau dengan papa je sampai bila-bila"kata ku sedikit mendung.

"Dik, selagi aku tak berkahwin, aku akan jaga kau dengan Dyan. Dan selagi kau tak kahwin lagi, selagi itulah aku akan tanggung kau dan Dyan"tuntas Alang. Tetap dengan pendiriannya. Bibir bawah aku muncungkan raut wajah mendung aku pamerkan.

"Thank you alang. Walaupun kau selalu kacau aku, tapi kau tetap sayang aku"kata ku sedih.

"Ish! Kau ni.. kau adik aku. Macam mana pun aku layan kau, kau tetap adik aku"Alang mengepit perlahan kepala aku di antara lengannya. Sebelah tangannya menggosok kepala aku. Aku tersenyum bahagia.

Walaupun alang ni seorang yang kasar, tapi aku tahu dia seorang yang sangat penyayang. Untung siapa yang bakal jadi isteri alang.

▪️▪️▪️

"Mummy, Daddy Dyan tu acam mana?"soal Dyan.

"Daddy Dyan? Herm..."aku berbaring secara mengiring disamping Dyan sambil mengelus rambutnya yang hitam lagi lebat itu.

"Daddy Dyan tu seorang yang sangat baik. Suka tolong orang. Tapi, Daddy Dyan ni tegas orangnya. Dia juga seorang yang sangat penyayang"cerita ku.

"Daddy kerja apa?"tanya Dyan.

"Daddy kerja dia sama macam uncle Uda".

"Wow.. jadi, Daddy Dyan ni Polish lah?". Aku tertawa mendengar pelat si Dyan.

"Bukan polish sayang.. polis"aku membetulkan sebutan Dyan dan dia mengikut kembali cara sebutan yang betul.

"Dah, Dyan tidur ya. Esok nak pergi school"aku membetulkan selimut Dyan.

"Mummy, Dyan rindu Daddy. Dyan sayang Daddy. Dyan nak mimpi Daddy"tutur Dyan.

Aku terkedu dengan kata-kata Dyan. Seorang budak berusia 5 tahun yang amat merindui bapanya sangat menginginkan bermimpi bertemu dengan bapanya. Kata-kata Dyan membuatkan aku sedikit sebak.

"Iya sayang. We love daddy too. Good night"ubun-ubun Dyan aku kucup lembut lalu menapak keluar dari bilik setelah Dyan melelapkan matanya.

Pintu bilik Dyan ku tutup perlahan. Nafas ku hela berat. Kaki ku atur ke ruang tamu memandangkan malam masih muda untuk aku melelapkan mata.

Aku membuka komputer riba. Laman jawatan kosong aku cari. Mana tahu ada kerja kosong yang memerluka pekerja. Aku tidak boleh bergantung pada alang semata-mata.



Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Alang menapak menuruni tangga. Anak matanya terpandang ke arah ruang tamu yang terang benderang. Kakinya di hayun ke ruang tamu dan terlihat akan aku tertidur menghadap laptop. Alang menggendap sedikit ke arah buku nota aku. Tertera tulisan jawatan kosong di atas buku nota.

"Adik.. adik. Keras betul kau ni kan. Tetap juga nak cari kerja. Haih.."ujarnya sendiri.

"Dik, ooo dik. Bangun. Dah subuh ni"kejut Alang. Terus aku tersentak bangun dari tidur. Melihat Alang berada di samping aku menyedarkan aku dari alam lena.

"Dah pukul berapa alang?"soal ku menenyeh mata.

"Pukul enam lima minit pagi". Kata Alang.

"Astarghfirullah halazim.. adik tertidur dekat sini. Amm.. adik naik dululah mandi solat"kata ku lantas berdiri dan menapak naik ke bilik.


Bersambung....

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now