Ch45: More Dragon

Comincia dall'inizio
                                    

Iragan: "Apa yang mereka fikir masa mereka bina rumah ni?"

Iragan duduk di sofa di ruang tamu. Dia dapat rasakan betapa selesanya sofa yang dia duduk.

Iragan: Woah~ Lembut betul!! Tidur pun sedap ni!!

BoBoiBoy dan Fang pergi ke dapur untuk bercakap,meninggalkan Iragan di dapur berseorangan.

Fang: Macam mana budak tu boleh datang sini?!

BoBoiBoy: Entah. Rasanya dia dengar dari Deomena tentang kita.

Fang: *facepalm* Habislah kita. Macam mana kalau ada naga lain datang ke sini?

BoBoiBoy: Itulah. Aku risau jugak kalau ada apa-apa jadi pada penduduk bandar.

Fang: Macam nilah. Kau pergi layan dia sementara aku pergi kejutkan Gopal. Dia tengah tidur dalam bilik dia.

BoBoiBoy: Okey.

Fang pergi ke tingkat atas untuk kejutkan Gopal sementara BoBoiBoy bancuh air oren untuk Iragan dan hidangkan pada dia.

BoBoiBoy: Nah. Sebab kau tetamu rumah.

Iragan: Terima kasih!

BoBoiBoy duduk di hadapan Iragan dan tenung dia. Iragan nampak macam budak kecik,tapi status dia sebagai Drago Rex mengatakan sebaliknya.

BoBoiBoy: Kenapa kau datang ke sini? Sebab nak jumpa kami je atau kau ada perkara lain?

Iragan: Tak sangat. Aku datang sebab nak jumpa korang,nak tengok manusia mana yang berjaya tarik perhatian Deomena.

BoBoiBoy: Serius? Itu je?

Iragan: *nod* Untuk naga macam kami,hal kerajaan makhluk lain tak berapa menarik perhatian kami. Tapi korang berbeza.

BoBoiBoy: Hmm....

Iragan: Betul,aku tak tipu.

BoBoiBoy: Baiklah. Katakan kami dapat perhatian korang semua,apa yang korang nak buat?

Iragan: Tak pasti. Kami kena berbincang kejap sebelum buat keputusan. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku yang termuda antara semua Drago Rex.

BoBoiBoy: Termuda? Berapa umur kau?

Iragan: 380 tahun.

BoBoiBoy: *jawdrop*

Iragan: Hahahahahahahaha!!! Aku selalu dapat reaksi macam tu! Hahahahahahaha!!!!

BoBoiBoy: "Biar betul dia ni?!?!"

Yaya dan Ying masuk ikut pintu belakang. Mereka pergi ke dapur dan basuh tangan sebelum pergi ke ruang tamu.

Yaya: BoBoiBoy,mana Fang?

BoBoiBoy: Dia pergi kejut Gopal kat tingkat atas.

Ying: Haiya! Entah-entah dia pun pergi tidur sekali!

BoBoiBoy angkat semua cetak biru dan letak di sebelah sofa. Yaya dan Ying duduk di sofa bersebelahan BoBoiBoy untuk menghilangkan penat selepas bekerja untuk masa yang lama.

Iragan: Oh ya. Korang tak tahu aku siapa kan?

Yaya: Erm....tak sangat.

Iragan: Okey,aku Iragan! Undead Dragon Lord dan salah satu dari tujuh Drago Rex yang ada!!

Ying: Tujuh?

Iragan: Ya! Ada tujuh naga yang memimpin Lembah Naga dan naga lain di seluruh dunia!!

BoBoiBoy: Kat mana Lembah Naga ni?

Iragan: Di sempadan benua! Betul-betul dekat dengan laluan nak ke Giant Five Archipelago!

Yaya: Sempadan benua....jauh jugak tu.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora