Lily: *gulp* "Aku tak rasa aku boleh terima kejutan lagi."

Mereka pergi ke tingkat atas. Terdapat tangga di tepi dinding yang menuju ke atas yang boleh dilipat dan disimpan. Mereka naik ke atas dan tiba di attic room.

Attic room dengan sofa di kedua belah kiri dan kanan serta bantal yang banyak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Attic room dengan sofa di kedua belah kiri dan kanan serta bantal yang banyak. Ada kusyen dengan gambar kucing diletakkan bersama dan lantai di situ dilapisi karpet yang lembut menutupi seluruh lantai.

Gopal: Tak sia-sia kita tutup lantai dengan karpet!!

Ying: Yalor!

Lily: *dah rasa pening*

BoBoiBoy: Tempat terakhir,basement rumah!

Lily: Ada lagi....?!?!

Mereka turun ke bawah dan pergi ke pintu bersebelahan pintu menuju ke garaj. BoBoiBoy buka pintu dan berjalan turun ke bawah diikuti yang lain. Suis lampu ditekan dan lampu dinyalakan menerangi seluruh basement rumah.

 Suis lampu ditekan dan lampu dinyalakan menerangi seluruh basement rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terdapat sofa panjang dengan meja kotak serta karpet bulu. Ada peti sejuk mini di sebelah kiri basement dan rak buku di sebelah kanan. BoBoiBoy dan kawan-kawan gunakan cat berwarna kelabu terang pada dinding bagi mewujudkan suasana aman di situ.

BoBoiBoy: Dan lawatan rumah kita dah tamat. Apa pendapat kau Lily?

Sayangnya,Lily dah pun pengsan sebaik saja dia lihat basement rumahh mereka.

Yaya: Alamak!

SKIP TIME

Lily: Ugh.....hm?

Lily terjaga dan bangun. Dia dapati dia berada atas sofa di rumah tamu rumah mereka. Lily perasan bantal yang digunakannya terasa sangat empuk dan selesa begitu juga sofa yang dia duduki.

Lily: Seriuslah rumah ni?! Semuanya benda yang aku tak pernah tengok sebelum ni!! Sofa dan bantal ni empuk gila!

Lily bangun dan lihat keluar tingkap. Kelihatan Yaya,Ying dan BoBoiBoy sedang menggali tanah bersama Longlimb Tragan Crab.

Lily: Apa yang mereka buat tu?

Fang: Kau dah bangun?

Fang berjalan ke arah Lily bersama segelas air sejuk. Dia letak cawan tu atas meja dan duduk di sofa berhadapan dengannya.

Fang: Maaflah. Mesti kau terkejut tengok rumah kami kan?

Lily: Uh....ya.....ini kali pertama aku datang ke rumah....macam ni....

Fang: Kalau kau kali pertama datang ke rumah kami,kau takkan berhenti terkejut. Percayalah.

Lily: Hahahah....

Fang: Gopal ada masak makan malam. Kau nak makan dengan kami sekali?

Lily: Takpe. Aku boleh je makan kat luar. Apa yang mereka bertiga buat kat luar tu?

Fang: Hm? Mereka tengah bina rumah latihan.

Lily: Ruang latihan? Bawah tanah?

Fang: Ya.

Lily: Bukan ke korang dah ada basement?!?

Fang: Tak. Ada lima ruang berbeza yang kami nak bina. Basement, ruang latihan,lagi tiga tu aku tak boleh cakap. Pecah rahsia kami.

Lily: Alah.....

Fang: Tapi kau cuma perlu tahu satu benda.

Fang keluarkan seketul mineral kecil dan letak atas meja. Lily ambil mineral tu dan periksa dengan teliti.

Lily: Ini......Quartz!! Mana kau dapat!?!

Fang: Lepas kami kalahkan Rock King kami kutip semua mineral yang tumbuh di belakang dia.

Lily: Kalau ada orang tahu tentang perkara ni,habislah korang!

Fang: Kami akan uruskan mereka. Jangan risau. Lagipun.....kami ada kawan kami.

Fang memandang Longlimb Tragan Crab yang ada di luar. Lily letak mineral tu atas meja dan berjalan menuju ke pintu rumah.

Lily: Aku kena balik! Esok aku nak pergi jalankan tugas!!

Fang: Okey!

Lily pakai kasut dan terus tinggalkan rumah mereka dan kembali ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai,dia berkurung dalam bilik tidur dan berselubung dalam selimut.

Keesokannya,Lily berjumpa dengan Mieruko untuk beritahu apa yang dia nampak semasa dia pergi ke rumah BoBoiBoy dan kawan-kawan semalam.

Mieruko: Ruang bawah tanah? Benda pelik?

Lily: Ya! Ada banyak benda yang saya tak tahu di rumah mereka! Dan rumah mereka sangat besar!!

Mieruko: Besar mana?

Lily: Lebih kurang sama dengan tukul datuk bandar.

Mieruko: Nasib baik saya tak pergi semalam.

Sementara itu,Fang memandang longgokan besi di hujung garaj. Dia bersama Yaya dan Gopal memakai sarung tangan tebal dan topeng muka.

Fang: Cetak biru tu ada dengan kau?

Yaya: Ada.

Gopal: Bahan-bahan lain semuanya ada.

Fang: Bagus. Mari kita bina....

G,Y,F: Robot pembantu kita.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now