𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Começar do início
                                    

"Sorry saya ada urusan di KL jadi saya terpaksa check out hotel pagi ni." Ayden mengelak daripada berterus terang hal yang sebenar.

"Oh macam tu ke. Baik lah saya akan inform pada pekerja saya. By the way, thank you for visit and spend your good time here. Feel free to come again."

"Thank you Dahlia. Nice to see you. Anyway, mummysaya minta awak datang ke rumah hujung minggu ni tapi kalau awak sibuk tak mengapa lah. Saya akan bagitahu dia nanti." Aik! Sejak bila Ayden pandai cakap elok-elok? Semalam dia mimpi apa?

"Hmm.. Say... Saya datang. In shaa allah saya datang. Kirim salam pada Puan Sofea Hana dan Tuan Zack." Balasnya teragak-agak.

Sejak peristiwa di resort, Elaine langsung tidak mendengar khabar berita tentang Ayden. Hujung minggu yang di nantikan kini sudah tiba. Seingatnya kali terakhir Elaine menjejakkan kaki di banglo itu beberapa bulan yang lalu sewaktu menyelamatkan Adlene Darwina daripada diperkosa oleh adik Emma. Setelah kejadian itu, dia tidak lagi berkunjung ke rumah itu kerana Ayden tidak membenarkan dia untuk berkawan dengan adiknya, Adlene Darwina.

"Assalamualaikum!" Panggil Elaine beberapa kali.

Elaine mencuba menekan loceng di hujung pagar itu tetap tiada yang membuka pintu itu. Elaine sudah kehabisan tenaga dek cuaca yang begitu panas dan dia mula berasa kehausan. Akhirnya dia mengalah dan terus duduk di kaki jalan.

"Hoi! Kau buat apa dekat sini?" Jerit Ayden sambil berjalan ke arah gadis itu.

"Pa.... Pakcik Oyen... Tak kerja ke?" Elaine menukar topik tetapi soalan nya tidak dihiraukan oleh jejaka itu.

Bunyi hon mengejutkan Elaine yang berada di luar rumah banglo itu.

'Siapa pula ni?' Berkerut wajah Elaine melihat kereta mewah yang baru sahaja melintasi dihadapannya.

"Tu mummy aku dah sampai. Tepi la. Nak mati awal ke?" Jerit Ayden tangannya laju menarik Elaine ke tepi.

"S... Sorry. Pakcik Oyen. Saya balik dulu lah. As..."

"Woi! Kau sini!! Masuk sini. Saja kan bagi aku je yang kena marah dengan mama sebab tak bagi kau masuk." Panggil Ayden.

Puan Sofea Hana dan Tuan Zack meluru keluar dari perut kereta itu lalu menghampiri Elaine yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah mereka.

"Lama ke Elaine tunggu tadi. Maaf la mummy lupa nak suruh Elaine datang petang sikit." Wanita separuh abad itu terus memeluk tubuh Elaine. Jelas terpancar kegembiraan di wajah pasangan itu saat melihat Elaine bersama mereka.

"Mum... Mummy? Ish Puan Sofea sihat tak ni? Kenapa panggilan jadi begitu pula?" Elaine memandang pelik.

Tak mungkin kehadiran wanita separuh abad itu ke rumahnya dengan perbincangan tempoh hari telah di persetujui oleh umi dan abangnya?

"Kamu akan jadi menantu mummy selepas ini. Jadi biasakan diri kamu di rumah ini ya." Senyuman Puan Sofea Hana tampak begitu manis sekali.

Hai seronok nak dapat menantu ke?

"Err.. Puan Sofea ada apa nak jumpa saya?"

"Kita masuk dulu. Elaine dah makan?" Sapa Tuan Zack.

"Be... Dah.. Dah saya baru je balik dari makan tadi." Menipu lagi Elaine Dahlia. Perut tu dah keroncong bunyi pelbagai jenis lagu masih lagi nak menipu.

"Dia tipu mummy. Dahlia belum makan lagi." Sampuk Ayden dari belakang. Elaine hanya mencebik menahan geram dan amarah nya terhadap jejaka egois itu. Wajah pucat Elaine tidak mampu menyembunyikan bahwa dia sedang kelaparan.

MY AYDEN DARHWISH [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora