𝟚𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

Elaine berjalan sendirian diperkarangan lobi hotel tanpa dia sedar ramai yang sedang memerhatikannya. Mana tidak nya, dia berjalan sendirian dengan wajah pucat lesi. Nasib Maya sempat menahan langkahnya jika tidak Elaine sudah jatuh menyembah bumi.

"Bo... Bos! Bos! Eh! Bos!!!"Jerit Maya.

"Ah... Eh Maya kenapa ni?" Jawab Elaine pelik melihat pekerjanya.

"Bos tu okay ke tak? Ni merata saya cari bos. Disini rupanya. Muka bos pucat lah. Jom saya ambil kan air untuk bos." Tangan ditarik lembut oleh pembantunya.

"Sa... Saya okay. Bukan kita ada meeting ke?" Elaine menukar topik.

"Ya memang pun. Tapi bos hilang tadi. Dah jom ke bilik mesyuarat client dah lama tunggu bos. Minum dulu sebelum masuk ke bilik tu. Pengsan client tengok hantu mana depan mereka nanti." Bebel Maya.

'Wah! Pekerja membebel dekat majikan nya. Jarang berlaku. Aku la yang terpilih ni. Hahaha.' Kepala Elaine digeleng laju.

Setahunya client ini sepatutnya berurusan dengan abangnya tetapi disebabkan Emir harus keluar daerah jadi dia yang mengambil alih untuk menguruskan projek ini.

"Assalamualaikum. Maafkan saya sebab tuan terpaksa menunggu lama di sini." Ujar Elaine. Dia menundukkan kepalanya tanda hormat dan tanda minta maaf atas kelewatannya.

"Waalaikumussalam. Nice to meet you Elaine Dahlia Jebat Iskandar." Sapa lelaki itu.

Laju dia angkat kepalanya. Siapa gerangan jejaka ini? Bagaimana dia tahu nama nya? Nama penuh pula tu dengan Maya sekali ternganga mendengar sapaan jejaka itu.

"Tuan... Tuan Ayden Darhwish Tuan Zack Fakri?"

"Yes I am!" Senyuman sinis Ayden memberikan seribu maksud yang tersirat. Dengan kakinya bersilang macam gaya orang have-have. Hebat lakonan mu pakcik Oyen.

Elaine kaku di hadapan Ayden ketika itu. Semua ini seperti mimpi. Baru sahaja dia memikirkan tentang keluarga itu tiba-tiba Ayden yang muncul di hadapannya. Jodoh ke ni?

Perbincangan pada pagi itu berjalan dengan lancar walaupun agak janggal untuk berurusan dengan 'pakcik Oyen' tetapi dia harus menyembunyikan tentang hubungannya dengan Ayden daripada diketahui oleh pekerja di sana.

Selesai perbincangan projek bersama AD Pacific Sdn Bhd yang akan berlangsung tidak lama lagi, Elaine dengan hati yang terbuka mengajak Ayden serta pembantunya untuk melawat seluruh kawasan itu.

"Kau.. Kau sihat?" Soal Ayden sambil meneruskan langkahnya seiring dengan gadis itu.

"Sihat. Tuan Ayden?" Terlalu formal pertemuan kita hari ini.

"Stop call me Tuan Ayden. Just call me as usual you called me. Be... Better!" Ujarnya. Bukan kah dia benci dengan panggilan itu.

"Tuan Ayden, saya ke tandas dulu. Nanti saya tunggu Tuan Ayden di lobi ya." Celah pembantunya.

"Cantik pembantu Tuan Ayden. Pandai pilih." Mendatar suara Elaine.

"Cantik lagi kau." Jawab dia laju.

"Saya?? Cantik? Tuan Ayden sihat tak ni? Saya Elaine Dahlia lah. Perempuan malang dan tak guna tu. Masih sama. Ya masih sama Tuan Ayden. Jangan ubah tanggapan tuan pada saya hanya kerana kita akan bekerjasama nanti." Tegah Elaine sebelum berlaku apa-apa yang tidak di ingini.

"Dahlia. S.T.O.P called me that name. Kau kan suka panggil aku pakcik Oyen. What happen to you?" Dia menghentikan langkahnya. Matanya tepat memandangkan mata bulat yang berwarna coklat milik gadis itu.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now