SL : 48

3.6K 262 13
                                    

"Kenapa bawa saya ke sini?" Tanya Afia tatkala tangannya terus dipimpin Fadhil memasuki butik mewah itu.

"Beli bajulah. Takkan nak main badminton pula..." Jawab Fadhil tanpa mengendahkan riak wajah Afia. Hez yang berada di dukungannya diturunkan ke lantai.

Mencebik bibir Afia, "baju saya banyak lagilah... tak payah la membazir beli lagi. Lagipun tempat ni nampak mahallah." Takut dia lihat dress yang tergantung di sekeliling butik itu. Tengok aje dah boleh agak harganya pasti mahal.

"Baju untuk photoshoot kitalah. Mestilah kena baru dan mahal-mahal." Balas Fadhil bersahaja. Terus dia membelek satu per satu baju yang tergantung di ampaian.

Melopong mulut Afia, "awak memang betul-betul ke pasal photoshoot ni?" Takut juga kalau Fadhil ini hanya pandai berkata-kata. Walhal, tak ada pun.

"Betullah. Aku dah tempah tempat malam tadi."

Afia garu kepala yang tidak gatal itu, "bila kita nak photoshoot ni?"

"Esok."

"Esok?" Jerit Afia. Terbuntang matanya. Terkejut dengan apa yang didengari.

"Ya. Sekarang ni, kau duduk ajelah... biar aku yang pilih baju untuk kau." Arah Fadhil. Masih lagi sibuk membelek satu per satu baju di tempat gantung.

"Awak tahu ke saiz saya?"

Fadhil berpaling ke arah Afia yang masih berdiri di bersebelahannya. Dari atas sehingga ke bawah, Fadhil tilik tubuh itu.

"Aku dah lama hidup sebumbung dengan kau. Mustahillah kalau aku tak tahu. Betul tak?" Selamba Fadhil menjawab buatkan Afia berdecit.

"Jom Hez kita duduk. Biar papa pilih sorang-sorang." Bentak Afia sambil menarik tangan Hez ke arah sofa kecil yang disediakan di dalam butik itu.

Fadhil tertawa kecil. Sedang sibuk dia membelek baju-baju, tiba-tiba pekerja wanita butik itu menghampirinya.

"Sir, anything can I help you?"

"Yes, please. I want one set family suit for wedding." Laju sahaja Fadhil menjawab. Penat juga dia belek-belek, tapi satu pun tiada yang berkenan.

"Sure, sir. You can follow me. I'll show you our best collections." Pekerja itu mempelawa. Laju Fadhil mengekori langkah wanita itu. Sempat dia mengerling ke arah Afia yang sedang duduk di atas sofa dengan mata yang menjeling tajam ke arah Fadhil saat mata mereka bertaut buat seketika.

***

"Kenapa pergi sini pula?" Sekali lagi soalan itu diajukan kepada Fadhil saat kereta yang dipandunya berhenti betul-betul di hadapan pusat gym.

"Aku saje nak tunjuk tempat yang 'merawat' aku dulu. Aku sanggup ke sini sebab tak nak makan ubat tau. Tiba-tiba lepas kahwin dengan kau, kena paksa makan ubat pula..." terjuih-juih bibir Fadhil.

"Tapi Hez yang bagi... bukan saya pun yang bagi." Afia cebikkan bibir. Tubuhnya disandarkan di kerusi kereta. Tangan turut disilangkan dada. Dia pun nak merajuk. Seminggu Fadhil sakit, seminggu itulah Hez yang pujuk papanya sendiri untuk makan ubat. Kalau Afia yang buat, langsung tak jalan.

"Alololo... tak habis lagi ke ni?" Kepala Afia diusap-usap lembut.

"Nanti kalau aku sakit lagi... kau sumbatlah banyak-banyak ubat dalam mulut aku..." Fadhil memujuk.

"Betul ni?" Afia menyoal. Nadanya perlahan, memohon simpati.

"Hmm... bergantung juga. Sebab lepas aku makan ubat tu... aku dah insaf, tak nak makan ubat. Biar baik sendiri aje." Selamba Fadhil membalas. Bibir tersenyum-senyum, mengusik isterinya yang sudah cemberut.

Sugar Love [C]Where stories live. Discover now