SL : 26

4K 270 17
                                    

"Papa nak jumpa uncle Ijan ke?" Soal Hez saat sepasang matanya melihat jalan yang dilalui seakan-akan mahu ke pejabat Izaan. Hampir setiap hari dia lalu kawasan ini, Hez sudah lali.

"Papa nak bawa mama awak jumpa auntie Ellie aje..." Fadhil menjawab. Hez yang berada di dukungan dipandang sejenak. Terkebil-kebil Afia mendengar panggilan yang digunakan Fadhil pada anak lelakinya itu.

Mama?

Afia berdehem kecil. Sejujurnya, dia berasa janggal kalau mahu biasakan panggilan itu pada Hez.

"Nanti mama Mai nak keluar dengan auntie Ellie, Hez tinggal..."

"Saya nak bawa Hez sekali." Afia memintas laju.

"Hez ikut kak Mai eh?" Tangan Afia dibawa ke kepala Hez. Mengusap-usap rambut tebal itu. Laju sahaja Hez mengangguk.

"Tak menyusahkan kau ke? Nanti nak jalan-jalan dengan Ellie, susah pula kalau ada Hez."

"Tak adalah. Daripada dia menyusahkan awak dan Izaan sebab tinggal sini dan mengganggu awak bekerja, lebih baik saya bawa Hez sekali..." Terus Afia menjawab.

Fadhil hanya menghembuskan nafas. Mahu tak mahu, dia turuti jua. Ada baik juga kalau Hez jalan-jalan di luar. Tak adalah dia ulang-alik dari rumah ke hospital sahaja. Pasti dia berasa bosan. Lagipun, sudah lama Hez tak jalan-jalan di luar. Asyik-asyik dua tempat itu sahaja yang dia tuju.

Sebaik kaki mereka berdua tiba di hadapan pintu bilik pejabat Izaan, Fadhil memulas tombol pintu dan dikuak seluas yang mungkin. Serta-merta mata mereka terbuntang melihat permandangan di hadapan. Dengan tubuh Izaan yang membelakangi mereka. Ada tangan yang melingkari pinggang Izaan dari depan. Semestinya tangan itu milik Ellie. Jarak mereka yang terlalu dekat menyebabkan timbul salah faham. Kelihatan seolah-olah mereka sedang bercumbu.

"Astaghfirullah!! Hez, tutup mata Hez!!" Teriak Fadhil. Terus terlapak tangan besar Fadhil dibawa ke mata Hez. Menghalang permandangan si kecil.

"Kenapa papa, kenapa?" Panik Hez. Berusaha menolak tangan papanya.

"Uish!!" Afia pula seolah-olah terpegun dengan apa yang terpampang di hadapan mata. Mulut ditekup dengan terlapak tangan.

Terus Izaan berpaling ke belakang. Terkejut dengan suara-suara yang bergema di bilik pejabatnya. Tangan yang berada di kedua-dua belah pipi Ellie turut dialihkan.

"Korang memang suka buat kat hospital ke?" Terus Fadhil menerpa ke arah mereka berdua. Hez yang berada di dukungannya diturunkan.

"Apa benda kau merepek ni? Kitorang tak buat apa-apa pun la." Ellie menafikan. Riak wajah tidak puas hati dipamerkan. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dituduh macam-macam.

"Iz, El kan tengah mengandung. Takkan nak buat anak ketiga dah." Kini, tumpuannya beralih pada Izaan. Afia hanya diam memerhati. Dia pula yang tanggung malu menyaksikan kejadian tidak sepatutnya tadi. Fadhil la ni... main terjah bilik pejabat Izaan. Bukan nak ketuk dulu.

"Tu bukan apa yang kau fikirkan, Fad. Bulu mata Ellie termasuk dalam mata dia. Aku tolong tiupkan aje. Edrina pun ada sekalilah dalam ni. Takkan aku nak buat benda yang bukan-bukan depan anak sendiri." Jelas Izaan. Kebetulan Edrina muncul dari sebalik dinding, ruang privasi di bilik pejabat Izaan sambil membawa telefon pintar.

Hez pula laju melangkah ke arah Edrina. Bermain bersama.

"Jangan sampai aku jadi saksi anak kedua korang pula. Afia... kalau kau nak tahu..." Tubuh Fadhil berpaling menghadap Afia yang berada di sebelah. Terkebil-kebil Afia memandang Fadhil. Izaan dan Ellie pula hanya diam menanti bicara Fadhil. Mahu tahu juga apa yang akan dikatakan Fadhil.

Sugar Love [C]Where stories live. Discover now