Epilog

5.6K 224 18
                                    

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berdiri di bawah pokok rendang di hadapan kantin sekolahnya. Sudah menjadi rutin untuk dia tunggu di pokok tersebut di sepanjang waktu rehatnya.

Sekonyong-konyong kembarnya datang mendekati dengan membawa makanan daripada kantin. Harini umi tak kasi bekal, tak sempat masak.

"Nah, aku beli nasi kat kau." Zuhdee Eiskandar menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada kembarnya. Bersama susu strawberi kegemaran mereka. Hairan, semenjak dua menjak ni tak pernah nak makan kat kantin. Selalu makan bawah pokok ni.

"Kau tunggu sapa, Is?" Nasi dibuka tanpa menunggu si kembar. Perut berkeroncong meminta diisi tidak boleh dibiarkan lagi.

"Adalah. Mana boleh bagitahu kau." Ujarnya sambil tangan turut sama membuka bungkusan nasi di hadapan. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

"Awek ke?"

"Taklahhhh." Ziyaad menafi. Padahal memang tengah tunggu seseorang yang istimewa. Eihhh baru umur 12 tahun dah gatal!

"Dah bagitahu umi belum?"

"Pasal apa?

"Beg bekal yang kau hilangkan tu." Ujar Zuhdee selamba. Sengaja nak usik kembarnya ini.

"Alah sebenarnya bukan hilang punn." Susu disedut sehingga kempis kotak.

"Pastu?"

"Aku kasi awek aku!" Katanya sambil terseringai.

"Ishh kau ni! Gatalnya! Budak-budak mana boleh bercinta!" Protes Zuhdee.

"Kau je yang budak-budak. Aku dah tua tau, jadi aku boleh la bercinta."

"Tua dua minit pun kecoh.." Zuhdee buat muka menyampah. Tak habis-habis lagi bangga dia lahir dulu.

"Siapa budak perempuan tu? Cerita lah sikit.."

"Comel budaknya. Putih gebu. Rambut dia haritu bertocang. Haritu dia nangis dekat sini sebab lupa bawa duit makan. Habis merah muka dia. Itu yang aku bagi bekal aku tu." Zuhdee tekun mendengar cerita.

"Aku sengaja tunggu sini.. Mana lah tahu dia tak bawa duit lagi.. Boleh lah aku bagi duit dekat dia.. Lepas tu minta balik bekas bekal aku tu.."

"Entah-entah budak tu baru tahap satu tak, Is? Rehat diaorang mana sama dengan kita." Kata Zuhdee.

"Ah biarlah. Mana lah tahu dia ada je dekat-dekat sini."

"Ikut suka kau la, Is. Jangan lambat masuk kelas pula, nanti cikgu report ayah mati kita!" Zuhdee angkat punggung. Malas nak layan kembarnya ini.

Ziyaad hanya hantar pemergian kembarnya dengan jelingan mata..

Dia yakin gadis bertocang itu akan muncul satu hari nanti! Ketika Ziyaad bangun, terasa seperti jarum menyucuk di bontotnya. Ziyaad gagau objek tersebut. Pin nama siapa tercicir ni?

Ziyaad baca nama di pin tersebut.

'Feeya Athiya."

"Entah. Tak kenal pun. Tak apalah, simpan sajalah. Esok mana tahu tuan dia datang minta.." Bebel Ziyaad seorang diri.

Kanak-kanak tersebut bangun beredar ke kelas 6 Amanah setelah loceng sekolah berbunyi. Haihh, mana lah pergi si pipi pau rambut tocang tu.. Tak jumpa juga harini..

Doanya esok ada lah kesempatan untuk bertemu budak perempuan tu. Nak berkawan!

...........................................................................

Author Note;

Hi Assalamualaikum semua! Selamat berpuasa. Alhamdulillah dah selesai cerita saya yang tak seberapa ini. Minta ampun dan maaf kalau tak begitu memuaskan. Semua yang buruk datang daripada saya, yang baik semua daripada Allah S.W.T.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca karya pertama saya yang tidak matang ini. Saya tak akan lupakan semua komen-komen positif yang korang tinggalkan dekat sini. Semangat bethol nak menulis bila baca komen korang hehehe.

Ada satu quotes yang saya cukup suka. 'Kekuranganmu akan tampak sempurna pada mata yang tepat." Lebih kurang gitu lah. Being a person with so much insecurities, that quotes sooth me so much.

Saya doakan semua orang jumpa Ziyaad masing-masing. Yang menerima semua ketidaksempurnaan pada diri kita sebab sesungguhnya tak ada yang sempurna melainkan Allah, pencipta seluruh Alam.

Untuk Ziyad yang entah di mana, aku pinjam nama hang jadi hero Wattpad aku tau weh! Thankyou jadi crush first aku kat sekolah dulu ahakzzzz.

Jumpa di special chapter nanti. InShaAllahh!

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now