"An..ak kita dah lahir?" Haru biru betul kelahiran anak pertama kami yang ini. Tahu-tahu dah keluar seketul.

"Yaa abang, anak kita dah lamaa tunggu babah dia bangun.. Babah ni, tak boleh kalah betul.. Ibu tak sedar dua tiga jam je, yang dia bantal tak sedar tiga bulan! Haih. Perangai nak menang tu tak boleh tinggal langsung!" Aku membebel panjang. Sengaja nak sembunyikan rasa sedih dan terharu dengan keadaan suamiku.

Ziyaad tersenyum lemah. Dia buka lengannya yang free kepadaku. Tanpa menunggu lama, aku terus memanjat katil Ziyaad dan membawa tubuhku kepadanya. Ziyaad peluk aku dan Zein serentak.

"Abang baru je nak celik ni sayang.. Jangan la berleter lagi sayang, abang tidur balik ni kang!" Ugutnya perlahan. Aku ketawa di dalam linangan air mata.

"Assalamualaikum isteriku." Ubun-ubunku diciumnya lama. Ah, aku rindukan ciumannya. Terasa seperti seluruh kesakitanku melayang pergi dengan sentuhan Ziyaad. Salamnya ku jawab di dalam hati.

"Assalamualaikum, Zein anak babah.." Rambut lebat Zein pula dikucupnya lama. Tak bagitau pun anak dia hero? Macam mana dia tahu ni?

"Abang kan mana pernah salah.. Kan abang pernah cakap, anak sulong kita confirm lelaki.." Seumpama boleh membaca mindaku, Ziyaad menjawab. Eihh nyampah! Confident tak pernah tak over!

"Terima kasih abang. Sebab pulang kepada Fee dan Zein.." Ucapku ikhlas. Ziyaad hanya mengangguk dan mengeratkan pelukannya kepada kami.

Lamunanku terhenti bila Ziyaad hulurkan Fillea Athaila kepadaku. Dah letih lah tu dukung anak dara dia yang montel tu! Tapi cepat sahaja si kecil itu menggeleng. Mana mahunya berpisah dengan babah kesayangan dia. Time nak tidur dengan nak susu je dia cari ibu.

Yang ini pun, kejap aje dah dua tahun.

Nasib baik anak kedua kami tak bikin terkejut macam abangnya. Aku dapat tahu aku mengandungkan dia seawal usia kandungan baru nak mencecah dua bulan.

Ziyaad gembira bukan main. Bertambah hasil cinta kita katanya. Aku ditatang umpama menatang sedulang permata sepanjang kehamilanku yang kedua. Yelah, anak kedua tapi pengalaman pertama kan.

Waktu Fillea Athalia lahir, Ziyaad teman aku di dalam bilik bersalin. Habis lengan dia aku cakar time contraction menyerang. Pasrah aja member dengan peluh menitik di dahi. Nak cakap sakit tak sampai hati sebab bini tengah tanggung sakit yang lagi dasyat.

Fillea lahir cukup bulan. Terus diazankan oleh babahnya. Teruja bukan main dia boleh jadi yang pertama melaungkan kalimah suci di telinga anaknya.

Sedar tak sedar, dah dua tahun Zein jadi abang. Penyayang macam babahnya juga, tapi kadang-kadang nangis penuh rumah bila kena beralah dengan adik.. 

Alhamdulillah, cita-cita aku nak belajar sampai PHD dah pun tercapai.. Semua berkat Ziyaad dan keluargaku yang sentiasa menyokong aku. Zein dan Lea menjadi semangatku.. Di usia hampir 30 tahun, aku dah bergelar Doktor Falsafah. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T..

Lea di dukungan Ziyaad masih tak ada tanda-tanda nak beralih tangan pun. Dipegang kuat baju melayu Ziyaad.

"Sini lah sayang.. Babah nak baca Yassin dekat Paklang tu sayang.." Pujukku lembut. Lea masih menggeleng. Wajahnya disembunyikan disebalik dada babahnya.

Perfectly Imperfect [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu